top of page

"Overthinking" Itu Dosa?


Adakah yang sudah kahwin, masih overthinking tentang suami/isteri? ... "Di mana dia pergi?" "Siapa dia jumpa?" "Kenapa lambat pulang? Mesti dia jumpa si anu..." "Apakah dia ada perempuan lain/lelaki lain?" "Adakah dia akan setia kepada saya?" "Dia ada bayar kah bil elektrik?" "Dia ada chat sama ex-girlfriend/ex-boyfriend dia?" “Adakah dia cintai saya?” “Dia masih ingat ex dia?” “Kenapa dia masih friend di FB dengan .....”

Semua fikiran overthinking ini adalah penyakit rohani, mental dan emosi. Dosa di depan Tuhan. Spekulasi, andaian, sangka buruk dan cemburu yang tidak tentu arah. Atau, kemungkinan besar kamu kahwin "cowboy", dengan melawan segala nasihat baik dan amaran-amaran awal, membutakan diri kepada hal yang terang lagi bersuluh dan sekarang dapati diri sebagai orang yang diperbodohkan oleh diri sendiri.

2 Timotius 1:7 (AVB) "Allah tidak memberi kita roh ketakutan, tetapi kuasa, kasih dan tatatertib. (fikiran tertib & waras)."

2 Korintus 10:5 (AVB) "mematahkan hujah-hujah dan segala yang meninggikan diri menentang pengenalan Allah, menundukkan semua fikiran supaya mematuhi Kristus,"


Filipi 4:8 (AVB) "'Akhir sekali, saudara-saudaraku, apa sahaja yang benar, apa sahaja yang mulia, apa sahaja yang adil, apa sahaja yang suci, apa sahaja yang indah, apa sahaja yang dipandang tinggi — jika ada sesuatu yang baik dan jika ada sesuatu yang terpuji — tumpukan fikiran kepadanya. '

Sumber : Facebook Pr Edmund Kumar

bottom of page