Kita bersyukur kepada Tuhan untuk satu hari yang sangat istimewa bagi setiap kita yang bergelar wanita, suatu hari di mata seluruh dunia memberi penghargaan dan ingatan kepada wanita yang sungguh berharga dan berbahagia. Tuhan menenunkan dalam diri wanita sifat-sifat ilahi iaitu kekuatan, keunikan, kasih sayang, kepekaan dan kesediaan untuk berkorban untuk generasi masa depan.
Wanita istimewa dianugerahkan dengan martabat yang luar biasa untuk menghidupkan imej Tuhan dalam mengaplikasikan firman Tuhan dalam kehidupannya sehari-hari. Maka setiap kesempatan dalam hidumu akan dimanfaatkan menjadi saluran kasih Tuhan seperti dalam firmanNya: Dan Tuhan sumber segala kasih karunia, yang telah memanggil engkau dalam Kristus kepada kemuliaan-Nya yang kekal, akan melengkapi, meneguhkan, menguatkan dan mengokohkan kamu, sesudah kamu menderita seketika lamanya. – 1 Petrus 5:10. Tetapi kerana kasih karunia Tuhan, aku adalah sebagaimana aku ada sekarang, dan kasih karunia yang dianugerahkan-Nya kepadaku tidak sia-sia. – 1 Korintus 15:10.
Biarlah engkau terhitung di antara wanita seperti dalam Amsal 31:29 Banyak wanita telah berbuat baik, tetapi kau melebihi mereka semua. Wanita adalah anugerah Tuhan yang sangat berharga kepada dunia. Peliharalah hidupmu sebagai wanita yang beribadah. Terimalah kebenaran bahawa engkau disayangi oleh Tuhan, jangan takut, sentiasa kekal positif, dan pulihkan paradigma pemikiran dan alam sedarmu bahawa engkau sangat berharga dan sedang dan akan terus dipersiapkan oleh Tuhan untuk melakukan sebuah pekerjaan yang baik. Efesus 2: 10.. Karena kita ini buatan Tuhan, diciptakan dalam Kristus Yesus untuk melakukan pekerjaan baik, yang dipersiapkan Tuhan sebelumnya. Ia mau, supaya kita hidup di dalamnya. Saya menyeru agar setiap wanita istimewa memberikan dirimu untuk melayani Tuhan dan menjadi terang bagi dunia.
Wanita bukanlah luar biasa kerana mereka telah berjaya mengelakkan kesukaran hidup tetapi sebaliknya seorang wanita itu luar biasa kerana caranya dan bagaimana ia berjaya menghadapi dugaan hidup. Perananmu dalam masyarakat mungkin berubah dari semasa ke semasa, tetapi pengaruh hidupmu sentiasa ketara dan berdampak. Engkau selayaknya dihargai dan diiktirafkan kerana kemampuanmu melakukan tugas walau pun dalam hal yang terkecil sekalipun. Engkau menjadi wanita penolong yang maksimal dalam keluarga kita, pelayanan, komuniti dan pekerjaan.
Saya menyeru, marilah mengambil langkah sebagai murid Kristus dengan mepersiapkan dan melipatgandakan skill dan kemahiranmu agar dapat menjadi bejana yang berkarya bagi kemuliaan Tuhan. Pilihanmu setiap hari adalah untuk menjadi teladan dalam perkataan dan perbuatanmu melalui cara, pilihan dan tindakan serta komunikasi. Bertekadlah untuk menggunakan setiap kesempatan dalam hidupmu untuk melakukan dengan lebih baik lagi dan berkenan kepada Tuhan dalam segala hal yang dilakukan. Setiap wanita harus penuh semangat dan teruja untuk menyesuaikan diri dalam menempatkan dirimu sebagai wanita pemimpin dan memimpin generasi penerus iaitu anak-anak muda agar mereka juga dipersiapkan dalam perjuangan iman mereka.
Perkasa dirimu sebagai wanita. Seluruh perjalanan harianmu adalah mengerjakan mandat penolong dengan hati Ezer. Oleh itu, perlu fokus kepada hal yang penting untuk membantumu memenuhi tujuan agung-Nya. Seorang wanita yang kuat akan sentiasa bersemangat dan dapat menghadapi masalah sepanjang perjalanannya. Menjadi seorang wanita yang mempunyai kekuatan dan tujuan memberikan kemuliaan kepada Tuhan dan ia membebaskan fikiranmu dari kurungan keputusasaan. 2 Korintus 3:3 menuliskan: “Karena telah ternyata, bahwa kamu adalah surat Kristus, yang ditulis oleh pelayanan kami, ditulis bukan dengan tinta (dakwat), tetapi dengan Roh dari Tuhan yang hidup, bukan pada loh-loh batu, melainkan pada loh-loh daging, iaitu di dalam hati manusia”. Hal ini mengingatkan kita, “Hidupmu adalah surat yang dapat disiapkan dan dilihat oleh semua orang. Kristus sendiri menulisnya – bukan dengan dakwat, tetapi dengan Roh Tuhan yang hidup; tidak dipahat menjadi batu, tetapi diukir menjadi kehidupan manusia .” Jika anda ingin menjadi wanita yang mempunyai kekuatan dan tujuan, anda mesti terlebih dahulu meniru Kristus dalam kehidupan seharian anda dan sentiasa berusaha untuk melayani orang lain.
Peringatkanlah dirimu setiap hari bahawa anda harus membawa penghormatan dan kemuliaan kepada Tuhan dan hidup dalam perkenananNya Tuhan. Etika kerja anda, integriti anda dan misi anda semuanya harus mencerminkan Kristus dan kasih-Nya. Seorang wanita yang kuat dan mempunyai tujuan akan menjalani hidupnya untuk Tuhan, tidak kira apa yang mereka lakukan atau di mana mereka berkhidmat. Matlamat tertinggi mereka adalah untuk mengangkat Kristus, untuk mencerminkan sifat dan tingkah laku-Nya. Jika anda seorang wanita yang berkemauan keras, orang lain akan sering menjadikan dirimu sebagai contoh dan teladan. Filipi 1:27a berkata, “Hanya, hendaklah hidupmu berpadanan dengan Injil Kristus” Pada akhirnya, hidup bermatlamat adalah tentang harapan. Jika anda boleh berpegang pada harapan bahawa Tuhan memang mempunyai rancangan untuk hidup anda, seperti yang dijanjikan dalam Yeremia 29: “Sebab Aku ini mengetahui rancangan-rancangan w apa yang ada pada-Ku mengenai kamu, demikianlah firman TUHAN, yaitu rancangan damai sejahtera dan bukan rancangan kecelakaan, untuk memberikan kepadamu hari depan y yang penuh harapan.” Anda akan berjaya melalui hari- hari sukar yang tidak diketahui dan kemudian, hari-hari sukar untuk memenuhi tujuan yang berani. Tuhan menugaskan engkau sebagai wanita yang terus melakukan pekerjaan yang baik dengan mandat sebagai wanita penolong.
Selamat menyambut hari wanita sedunia.
“LORD, MAKE ME A CHANNEL OF YOUR LOVE”
Pastor Asong Ngau
コメント