top of page

Berdoa Dengan Hati Yang Bersih


“…Aku mahu orang lelaki berdoa di mana-mana sahaja dengan hati yang suci, tanpa kemarahan ataupun pertengkaran....” 1 Timotius 2:8


Paulus menyatakan keinginan hatinya terhadap kaum lelaki dimana-mana pun mereka berkumpul, supaya mereka harus tetap berdoa. Dimana kedua tangan mereka diangkat ke surga sewaktu mereka berdoa tanpa kemarahan ataupun pertengkaran. Hal ini bererti hati mereka harus bersih daripada segala dosa iaitu bebas dari kemarahan atau perselisihan.


Untuk menyebabkan mereka (kaum lelaki) berdoa berkenan kepada Tuhan, mereka harus membebaskan diri mereka daripada kemarahan atau perselisihan dengan bertobat kepada Tuhan. Sebab semuanya itu boleh mengganggu hati mereka sewaktu berdoa.


Oleh itu untuk menyebabkan kita untuk berdoa dengan tenang dan focus hati kita haruslah bersih daripada segala dosa.


Oleh itu, apabila kamu hendak mempersembahkan pemberian di atas mazbah kepada Allah, lalu teringat bahawa saudaramu sakit hati terhadap kamu, tinggalkanlah pemberianmu di hadapan mazbah. Pergilah berdamai dahulu dengan dia, barulah kembali lalu persembahkan pemberian kamu itu kepada Allah. Matius 5:23-24


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon pengampunan daripadaMu atas segala dosa-dosa saya, bersihkan saya dengan darahMu agar saya layak dihadapanMu. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin.


Pr Patrick Taie

 
 
 

Comments


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page