top of page

Ketika Tuhan Mengajar Kita Melepaskan


Pengkhutbah 3:6


ada waktu untuk mencari, ada waktu untuk membiarkan hilang; ada waktu untuk menyimpan, ada waktu untuk membuang;


Ada saatnya Dia tidak meminta kita untuk menambah apa yang ada dalam genggaman kita, tetapi mengendurkan dan melepaskan apa yang ada dalam genggaman tersebut.


Bukan kerana apa yang kita pegang itu jahat, dan bukan juga kerana kita gagal menjaganya.


Sebaliknya, kerana musim telah berubah dan Tuhan setia menuntun umat-Nya selangkah demi selangkah, termasuk saat langkah itu memerlukan ketaatan.


Kita sering menyamakan kesetiaan dengan mempertahankan. Kita menganggap melepaskan sebagai kekalahan.


Namun firman Tuhan membongkar anggapan itu: ada waktu untuk mencari, dan ada waktu untuk melepaskan. Ketaatan tidak selalu berbunyi “teruskan”; kadang ketaatan berbunyi “cukup”.


Namun pertanyaannya bukan, “Sejauh mana saya mengasihi ini?” Pertanyaannya adalah, “Sejauh mana saya mempercayai Tuhan?”


Jika Tuhan yang memberi, Dia juga berhak menentukan waktunya. Tuhan tidak pernah mengambil tanpa maksud.


Dia tidak menutup satu musim tanpa menyediakan yang lain yang lebih sesuai, lebih membentuk, dan lebih memuliakan Dia.


Genggaman yang terlalu keras sering kali menghalang kita menerima apa yang Tuhan ingin letakkan di tangan kita yang terbuka.


Ketaatan dalam melepaskan membuka ruang bagi pekerjaan Tuhan yang baru. Ia memerdekakan hati daripada keterikatan yang halus tetapi mengikat.


Ia menukar kegelisahan dengan damai, kerana kita belajar bersandar bukan pada peranan, tetapi pada Peribadi yang memanggil.


Hari ini, berhentilah sejenak dan bertanya dengan jujur: Adakah saya sedang memegang sesuatu yang Tuhan sudah minta dilepaskan?


Jika ya, jangan takut. Ketaatan anda tidak sia-sia. Musim baru Tuhan menanti mereka yang berani percaya walaupun harus melepaskan segala sesuatu.


“Melepaskan dengan taat lebih mulia daripada memegang dengan hati yang keras.” Oleh Pr Jerry Ignacius Sumber : Whatsapp Channel @ jerry ignacius

Comments


bottom of page