top of page

Bertobatlah Dan Datanglah Kepada Tuhan



“…Ya Allah, lepaskanlah aku daripada maut, dan selamatkanlah aku, lalu dengan sukacita aku akan memberitakan keadilan-Mu.…” Mazmur 51:16


Pada masa ini pemazmur “…sedang menanggung akibat dosanya yang telah dilakukannya iaitu berzina dan membunuh. Oleh kerana penderitaan yang dialami oleh pemazmur daripada akibat dosanya maka pemazmur memohon anugerah Tuhan.


“…Ya Allah, selamatkanlah aku dari hukuman mati. Ya Allahku, Engkaulah satu-satunya yang menyelamatkan aku. Biarlah aku bernyanyi tentang semua yang baik yang telah Kaulakukan untukku…”


Oleh kerana dosa maka pemazmur terdorong untuk datang kepada Tuhan, untuk memohon pelepasan daripada hutang darah sebab dosa yang telah dilakukannya dengan membunuh Uria melalui pedang bani Amon.


Perbuatannya yang telah dilakukanya telah menekankan hati nuraninya, walaupun pemazmur tidak membunuhnya secara langsung dengan tangannya sendiri. namun pembunuhan Urai dirancang olehnya sendiri.


Itulah sebabnya pemazmur merasa tertekan oleh kerana akibat perbuatannya ini, dengan itu pemazmur memohon Tuhan melepaskannya daripada maut dan selamatkannya. Dia berjanji bahwa setelah itu dia akan memuji Allah dan memberitakan keadilan-Nya.


Bagaimanakah dengan diri anda pada hari ini, sewaktu anda sedar telah melakukan sesuatu dosa? Apakah tindakan anda terhadap dosa anda? Apakah anda mengikut langkah pemazmur ini?


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon pengampunan daripadaMu, atas dosa-dosa saya, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

bottom of page