1 Petrus 5:8 (AVB) Kawallah dirimu dan berwaspadalah, kerana musuhmu Iblis merayau seperti singa yang mengaum mencari mangsa.
Efesus 6:11 (AVB) Pakailah selengkap senjata Allah, supaya kamu dapat bertahan terhadap tipu daya iblis.
Sama seperti apapun tabiat yang baru yang mahu kita terapkan ke dalam kehidupan harian kita, kita perlu membuat keputusan terlebih dahulu. Kita mempunyai keinginan untuk membina kehidupan doa yang konsisten, kerana itu adalah kehendak Tuhan di dalam hidup kita. Buat keputusan untuk kita berkomitmen untuk berdoa setiap hari.
Membuat keputusan adalah lebih daripada motivasi. Ia memerlukan disiplin.
Walaupun, ia memerlukan disiplin dan mati untuk diri kita sendiri, tidak ada di dalam dunia ini yang lebih memuaskan daripada doa. Membina kehidupan doa yang konsisten adalah KUNCI untuk kita hidup mengikut kehendak dan rancangan Tuhan di dalam hidup kita.
Tanpa doa, kita membiarkan pintu kita terbuka untuk musuh kita masuk. (1Petrus 5:8)
Dengan doa yang konsisten, bukan sahaja kita dilengkapi dengan segala senjata Allah (Efesus 6:11), tetapi juga kita akan berjalan dengan kedamaian dan kegembiraan Tuhan di dalam hidup kita.
Membina perhubungan yang intim dengan Tuhan adalah keputusan yang terbaik, yang boleh kita lakukan sebagai anak Tuhan. Kerana tanpa Tuhan, kita adalah bukan apa-apa.
Komuniti Digital
Comments