top of page

Dendam tetap Membara jika Tidak Ada Pengampunan


2 Samuel 13:22-23, 26-28, 32, 37, 39 (AVB)

     22Absalom tidak mahu bicara sepatah kata pun dengan Amnon, tentang yang baik ataupun yang buruk. Dia membenci Amnon kerana Amnon telah memperkosa adiknya, Tamar. 23Setelah dua tahun berlalu, Absalom mengadakan pengetaman bulu domba di Baal-Hazor, berdekatan dengan Efraim. Lalu Absalom mengundang semua anak raja.

     26Jadi, Absalom berkata, “Kalau tidak, izinkanlah Amnon, abangku, pergi bersama kami.” Kata raja kepadanya, “Untuk apa dia pergi bersamamu?” 27Tetapi Absalom mendesaknya, sehingga dia mengizinkan Amnon dan semua anak raja pergi bersamanya. 28Kemudian Absalom memberikan perintah kepada para pelayannya demikian, “Perhatikan! Pada masa hati Amnon begitu girang dengan air anggur, dan pada masa aku berkata kepadamu, ‘Ajar Amnon,’ bunuhlah dia. Jangan takut! Aku yang memberimu perintah, bukan? Bertindaklah dengan berani dan jadilah orang yang perkasa.”

    32Tetapi Yonadab, anak Simea, abang Daud, angkat bicara. Katanya, “Jangan tuanku sangka bahawa semua anak raja yang muda itu tewas dibunuh. Hanya Amnon yang mati, kerana Absalom memang sudah berniat demikian sejak hari Amnon memperkosa Tamar, adiknya.

    37Absalom melarikan diri dan pergi ke daerah Talmai anak Amihur, raja Gesur. Setiap hari Daud berdukacita kerana anaknya itu.

  39Raja Daud rindu bertemu dengan Absalom kerana kesedihannya atas kematian Amnon sudah terlipur.


PENGAJARAN/ REFLEKSI.

1. Apakah saudara pernah disakiti oleh seseorang teman, saudara mara ataupun orang lain? Biasanya orang yang pernah disakiti terutamanya tanpa alasan pasti akan membalas perbuatan yang mereka lakukan.


2. Kita harus ingat bahawa perbuatan itu tidak baik di hadapan TUHAN, sebab TUHAN kita adalah TUHAN yang Maha pengasih, penyayang dan pengampun. Dia rela mati di salibkan di kayu Salib kerana mahu mengampuni segala dosa kita. Apakah saudara rela mengampuni orang yang pernah menyakiti hatimu, sepertimana yang TUHAN Yesus lakukan bagi kita?


Apa yang berlaku dengan Absalom dan Amnon adalah kerana Absalom sakit hati terhadap Amnon kerana Amnon telah merogol adiknya Tamar dan akhirnya Absalom mahu membalas perbuatannya dengan membunuh Amnon.


Firman TUHAN pagi ini mengajar kita supaya kita tidak membalas kejahatan dengan kejahatan tetapi balaslah kejahatan dengan kebaikan sebab TUHAN sendiri yang akan membalas bagi pihak kita. Jangan bertindak mengikut kehendak hatimu!


DOA

Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amen!


Rev. Ali Langgit

Comentarios


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page