top of page

Di Ambang Maut (Pengalaman Seorang Pesakit Covid-19) : Hannah Siew

Hannah Siew


Bagaimanakah jangkitan Covid-19 saya bermula


Pada hari ketiga selepas disuntik vaksin di sebuah pusat pemberian vaksin, saya mula berasa tidak sihat. Saya percaya saya telah dijangkiti di situ sebab saya kemudiannya mendapat tahu bahawa empat orang yang lain di pusat itu juga didapati positif. Tambahan pula, saya tidak pergi ke mana-mana selepas disuntik vaksin. Simptom-simptom yang mulai muncul termasuklah suhu badan yang semakin meningkat, batuk kering yang berterusan dan pening kepala yang teruk dengan kehilangan deria merasa dan bau, kelelahan dan kesakitan otot-otot. Saya semakin lemah sambil saya kehilangan selera dan hanya makan sedikit. Saya hampir rebah di bilik mandi dan terpaksa bergegas ke katil dengan rambut dan badan yang basah kuyup.


Saya tinggal berseorangan di rumah. Suami saya berada di luar negara dan tidak dapat kembali selama setahun setengah kerana kawalan perjalanan. Oleh itu, saya terpaksa memohon pertolongan jiran saya, seorang doktor perubatan. Dia terkejut mendengar keadaan saya yang tenat sekali dan menegaskan bahawa saya harus memandu ke hospitalnya untuk ujian swab. Pada 1 pagi pada 13 Julai, hospital menelefon untuk melaporkan ujian saya menunjukkan saya dijangkiti dengan sejumlah besar virus itu, disyaki varian Delta.


Saya dinasihati memasuki hospital serta-merta. Dengan itu bermula siri menelefon. Beberapa kawan saya dari kalangan doktor berusaha membantu saya mendapatkan tempat katil di hospital di Selangor. Tetapi setiap hospital yang kami telefon menjawab, “Maaf, wad kami sudah penuh.” Oleh itu, suami saya mengatur dari luar negeri sebuah ambulan untuk menghantar saya ke hospital di Ipoh, Perak pada awal- awal pagi. Akan tetapi, beberapa peraturan yang harus diikuti kerana SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya tidak jadi berangkat ke Ipoh.

Sementara itu, suhu tubuh saya meningkat dan badan kedinginan sampai menggigil. Kemudian pertolongan Tuhan muncul. Seorang doktor di sebuah hospital swasta berkata, “Saya kenal nama Puan Siew. Kami ada satu katil kosong. Kami akan sediakan untuknya.” Jiran saya seorang doktor memberitahu saya bahawa jika saya dibiarkan keseorangan di rumah, kemungkinan besar, saya akan termasuk 700 orang dalam 3 bulan ini dibawa ke hospital dalam keadaan maut.


Perjalanan ke ambang maut


Di hospital, keadaan saya melarat dengan cepat. Percakapan menjadi sukar disebabkan demam panas yang kuat. Setiap kali saya cuba bercakap, tulang-tulang rusuk saya bergetar dengan sakit. Menarik nafas pun sukar kerana menyebabkan kesakitan amat perit pada otot-otot di dada. Tulang-tulang rusuk saya yang lembut menghalang saya daripada bernafas, namun saya begitu terdesak untuk mendapatkan udara ke dalam paru-paru saya. Saya merasa seperti sedang lemas di dalam air.


Saya sedar kehadiran para jururawat dan para doktor yang berbincang dengan bisikan khuatir, "Tahap oksigennya rendah dan bahaya pada 88. Tahap keradangan darahnya semakin meningkat". Saya menanya pakar penyakit berjangkit itu adakah saya perlu rawatan ICU. Dia menjawab, "Kemungkinan, apapun boleh terjadi. Kami tidak tahu bagaimana teruknya serangan virus itu. Kami sedang memantau keadaan kamu dengan rapi."


Saya mula membayangkan sama ada saya masih dapat bertahan kerana sebilangan kawan Kristian saya sudah pun meninggal kerana jangkitan Covid itu. Saya berasa sedih atas kehilangan kawan-kawan ini. Selama seminggu saya berbaring di hospital dengan hanya tiga penambahan kecil pada tahap oksigen saya. Pada suatu malam, suhu badan saya mencapai 39.9 °C . Saya berasa benar-benar sakit dengan serius sekali. Bilik di sekeliling saya berputar. Saya mulai bimbang bahawa saya akan meninggal dan merupakan satu tambahan statistik kiraan maut Covid-19.


Fikiran saya yang bermacam-macam


Begitu banyak fikiran bercampur-aduk dalam otak saya. Akan tetapi sungguh menakjubkan, saya berasa tenang. Saya berdoa, "Tuhan, saya tidak takut mati sebab saya tidak lama lagi akan bersama-sama-Mu di rumah syurgawi saya. Lagipun, kami semua akan mati satu hari nanti. Apa yang penting ialah untuk bersama-sama-Mu dalam kekekalan seperti yang dijanjikan oleh Engkau."


Kemudian timbul pula satu fikiran lain, "Tetapi saya belum siap untuk pergi dari dunia ini." Saya berdoa dengan sungguh-sungguh, "Begitu banyak tugasan-Mu yang belum saya selesaikan. Saya ingin selesaikannya. Lagipun Tuhan, saya tidak dapat berjumpa dengan suami dan anak-anak saya sejak setahun setengah yang lalu kerana larangan pergerakan. Tuhan, izinklah saya melihat mereka". Saya kemudian mengangkat kedua-dua lengan saya yang lemah ke atas sambil merayu berkali-kali, "Tuhan, tolong curahkan penyembuhan-Mu ke atas wanita yang kasihan ini.... saya belum siap untuk mati.... tolonglah sembuhkan saya. "


Suatu lawatan daripada Ilahi


Dengan tiba-tiba saya merasakan suatu tiupan angin meniup menerusi saya, menyentuh kedua-dua lengan saya yang terangkat sehinggalah ke tubuh saya. Secara perlahan-lahan saya berasa kekuatan mula meresapi ke dalam seluruh tubuh saya. Saya tahu Tuhan sedang menyembuhkan saya. Saya dapat bernafas. Kemudian saya tertidur dengan nyenyak.


Saya dikejutkan dari tidur oleh suara amat teruja seorang jururawat yang telah datang untuk mengalihkan tiub oksigen saya untuk memeriksa tahap oksigen saya. "Tahap oksigen kamu telah hampir kembali kepada normal! Perubahan yang begitu mendadak, daripada 80+ ke 96. Itu menakjubkan!"


Saya mulai duduk. Saya dapat bernafas. Saya dapat berkata-kata. Saya tahu Tuhan sedang menyembuhkan saya ketika saya merasakan angin itu dan kehadiran-Nya secara dekat. Selepas sepuluh hari di hospital, saya dibenarkan pulang dengan tiada kesan luka di paru-paru dan tiada kesan sampingan di bahagian lain tubuh saya. Walaupun saya masih belum sihat sepenuhnya dan mengambil masa dua minggu lagi untuk memulihkan kekuatan setelah kehilangan 7 kg, pengalaman itu telah mengajar saya banyak pelajaran yang amat berharga. Saya lebih sedar bahawa Tuhan dekat dengan saya ketika saya berseru kepada-Nya. Dialah penyembuh saya, kota benteng saya, kubu pertahanan saya dan Tuhan saya yang benar dan hidup. Saya tidak mengerti mengapa sesuatu hal berlaku, tetapi saya akan menyerahkan diri saya ke dalam tangan-Nya apa jua yang terjadi.





(Diterjemahkan oleh domba2domba daripada artikel Asian Beacon bertajuk, "From The Brink Of Death A Covid 19 Victim's Experience" yang ditulis oleh Hannah Siew)


4 Comments


Amenn bagi Tuhan tidak ada yang mustahil🙏

Like
AWK
AWK
Oct 12, 2021
Replying to

Amen

Like

Dania G
Dania G
Sep 08, 2021

Terima kasih atas perhatian Sdr Ann Wan Kuan yang menelefon Puan Siew dan berdoa untuknya sewaktu dia melarat di hospital.

Like

AWK
AWK
Sep 07, 2021

Puji Tuhan. Tuhan kita sangat baik.

Like
bottom of page