top of page

Dosa Menimbulkan Keresahan Dalam Hati



“…Aku mengakui dosaku; hatiku cemas memikirkan kesalahanku.…” Mazmur 38:19


Pemazmur berkata kepada kita bahawa sewaktu dia mengingatkan kembali akan segala dosa-dosanya maka hatinya menjadi “..gelisah, cemas, menyesal..”. hal ini berkata kepada kita bahawa dosa menyebabkan hati pemazmur tidak tenang sewaktu dia memikirkannya.


Oleh itu pemazmur mengakui dosa-dosanya, sebab kegelisahan yang timbul oleh kerana perbuatannya sendiri. Dosa adalah sesuatu pelanggaran akan perintah-perintah Tuhan yang diberikannya kepada kita. Oleh itu setiap pelanggaran akan perintah Tuhan adalah dosa.


Oleh kerana dosa maka hati pemazmur terus terganggu, dimana dia kehilangan jaminan akan perlindungan, penyertaan dan pertolongan Tuhan. Dengan itu pemazmur berkata “...aku mengaku kesalahanku, dan tidak akan menutup-nutupinya. Aku cemas karena dosaku dan tidak akan merasa tenang oleh kerananya.”


Dengan itu janganlah ada dosa yang masih menguasai hati kita sebab dosa hanya akan memyebabkan hati kita kehilangan damai, sukacita dan ketengangan. Dosa adalah jalan iblis untuk memusnahkan kehidupan kita “sebab upah dosa adalah maut”.


Oleh itu jauhilah dosa daripada menguasai hati kita, dengan mengakui segala kesalahan kita dan bertobat. Ikutilah segala perintah Tuhan dengan membiarkan kebenaran Firman Tuhan sentiasa bertakta didalam hati kita, dengan membiarkan Roh Kudus menguasai dan memimpin kita setiap hari.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, mengakui dosa-dosa saya, kuasailah saya dengan Roh Mu setiap hari, dan FirmanMu sentiasa berkuasa didalam hati saya. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie



Yorumlar


bottom of page