top of page

Hal yang Sukar Dilepaskan dalam Hidup

ree

Apabila Yesus mendengar ini, Dia berkata kepadanya, “Masih ada satu kekuranganmu. Jual segala hartamu dan berdermalah kepada orang miskin. Engkau akan mendapat harta di syurga. Kemudian, datanglah dan ikut Aku.”

— Lukas 18:22 (AVB)


Yesus berkata kepada pemimpin Yahudi itu bahawa berdasarkan pertanyaannya, jelaslah bahawa dia sudah mengetahui kesepuluh hukum Allah — jangan membunuh, jangan mencuri, jangan memberikan kesaksian palsu, dan hormatilah ayah serta ibumu.


Bukan sahaja dia tahu semua hukum itu, tetapi dia juga mengakui bahawa sejak muda, dia telah menuruti semuanya. Namun ketika Yesus mendengar pengakuannya, Yesus menyingkap sesuatu yang lebih dalam — perkara yang masih belum diserahkan sepenuhnya dalam hidupnya. Lalu Yesus berkata kepadanya:


“Jual segala hartamu dan berdermalah kepada orang miskin. Engkau akan mendapat harta di syurga. Kemudian, datanglah dan ikut Aku.”


Apabila dia mendengar kata-kata ini, hatinya menjadi sangat sedih, kerana dia memiliki banyak harta. Kekayaannya telah mengikat hatinya, dan dia tidak sanggup untuk melepaskannya demi mengikut Yesus.


Kisah ini mengingatkan kita bahawa setiap orang mempunyai sesuatu yang sukar dilepaskan dalam hidup — mungkin bukan harta, tetapi sesuatu yang lain yang menahan kita daripada mengikut Yesus sepenuhnya. Ia boleh jadi kebanggaan, kedudukan, keinginan, hubungan, atau hal duniawi yang kita genggam terlalu erat.


Yesus tidak menolak kekayaan, tetapi Dia menegaskan bahawa apa pun yang lebih kita kasihi daripada Tuhan akan menjadi halangan untuk kita mengikut-Nya sepenuh hati.


Oleh itu, renungkanlah: Apakah hal yang paling sukar untuk engkau lepaskan dalam hidup ini supaya engkau dapat benar-benar mengikuti Yesus dengan sepenuh hati?


Doa

Tuhan Yesus, ampunilah aku jika masih ada perkara dalam hidup ini yang menguasai hatiku dan menjauhkan aku daripada-Mu. Ajarlah aku untuk melepaskan segala yang menghalang hubunganku dengan-Mu, dan menjadikan Engkau satu-satunya yang utama dalam hidupku. Tolonglah aku untuk mengikut-Mu dengan hati yang bebas dan tulus. Di dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa, amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page