top of page

4: Petrus Menyangkal Yesus









Lukas 22:54-62 (AVB) 54 Setelah menangkap Yesus, mereka membawa Dia ke rumah imam besar. Petrus pun mengikut dari jauh. 55 Mereka memasang api unggun di tengah-tengah halaman rumah itu lalu duduk di sekeliling. Petrus juga duduk antara mereka. 56 Apabila seorang hamba perempuan melihat Petrus duduk berdekatan dengan api unggun, dia memandang kepadanya dan berkata, "Orang ini juga bersama Dia."

57 Tetapi Petrus menyangkal katanya, "Perempuan, aku tidak mengenal Dia!"

58 Sejurus selepas itu, seorang lain pula melihat Petrus lalu berkata, "Ya, engkau seorang daripada mereka itu." Tetapi Petrus menjawab, "Bukan, aku bukan!"

59 Kira-kira sejam kemudian, seorang lain pula berkeras mengatakan, "Tentulah orang ini juga bersama Dia kerana dia juga seorang Galilea."

60 Tetapi Petrus berkata, "Aku tidak memahami apa yang kaukatakan." Pada ketika itu juga, sedang Petrus berkata-kata, ayam berkokok. 61 Tuhan berpaling dan memandang kepada Petrus lalu Petrus pun teringat akan apa yang dikatakan Tuhan kepadanya bahawa, "Sebelum ayam berkokok pada hari ini, engkau akan menyangkal Aku sebanyak tiga kali." 62 Petrus pun keluar lalu menangis dengan amat kesalnya.


Apabila Yesus ditangkap, Petrus adalah di antara mereka yang mengikut dari jauh. Seperti yang telah dinyatakan Yesus sebelumnya, Petrus akan menyangkal Yesus tiga kali. Petrus adalah murid Yesus yang tidur bersama dengan Yesus, berjalan dengan Yesus, melihat mujizat Yesus, mendengar pengajaran Yesus, melihat Yesus berjalan di atas air dan sebagainya.


Petrus menunjukkan kemanusian yang lemah, apabila menyangkal Yesus kerana takut untuk ditangkap.


Banyak umat Kristian di dunia yang sekarang ini, sedang menghadapi penganiayaan dan penghinaan oleh mereka yang tidak percaya. Penganiayaan bunuh di abad ini, adalah lebih banyak daripada jumlahan penganiayaan bunuh abad-abad yang sebelumnya.


Apabila kita berhadapan dengan kegagalan, nampaknya tidak ada kebaikan yang boleh kelihatan. Tetapi Tuhan sentiasa boleh menggunakan kegagalan kita untuk kemulianNya. Malah kegagalan yang terburuk kita boleh menjadi kejayaan terbesar kita.





Yesus menyatakan kepada Petrus.


Lukas 22:32 (AVB) Tetapi Aku telah berdoa untukmu supaya imanmu tidak goyah. Apabila kamu kembali kepada-Ku, kuatkanlah saudara-saudaramu.


Yesus melakukan 3 perkara untuk membantu kita di dalam kegagalan:


  1. Yesus berdoa untuk kita. Dia menyatakan bahawa Dia telah berdoa untuk Petrus.

  2. Yesus percaya kepada kita. Yesus akan menggunakan kegagalan kita. Sebelum Petrus gagal (menyangkal Yesus 3x), Yesus telah memberikannya visi bagaimana Tuhan boleh menggunakan kegagalan Petrus untuk kebaikan. Yesus tahu Petrus akan menyangkalNya 3x tetapi Dia juga tahu, bahawa Petrus akan kembali.

  3. Yesus menunjukan belas kasihan (mercy). Yesus lebih mahu menunjukkan belas kasihannya kepada kita apabila kita memintanya. Sebab itu di dalam Yohanes 21, Petrus dipulihkan.


Selepas kegagalan Petrus, Yesus mati dan bangkit pada hari ke-3, Yesus mengingatkan Petrus bagaimana kebaikan boleh datang daripada kegagalan.




Yohanes 21:15-17 (AVB) 15 Selepas sarapan bersama-sama, Yesus bertanya kepada Simon Petrus, "Simon anak Yohanes, adakah kamu benar-benar mengasihi-Ku lebih daripada mereka ini?" Petrus menjawab, "Ya Tuhan, Engkau tahu bahawa aku mengasihi-Mu."

Yesus berkata kepadanya, "Berilah anak-anak domba-Ku makan." 16 Bagi kali kedua Yesus bertanya, "Simon anak Yohanes, adakah kamu benar-benar mengasihi-Ku?" Petrus menjawab, "Ya Tuhan, Engkau tahu bahawa aku mengasihi-Mu." Yesus berkata kepadanya, "Peliharalah domba-domba-Ku." 17 Bagi kali ketiga Yesus bertanya kepadanya, "Simon anak Yohanes, adakah kamu mengasihi-Ku?" Petrus sedih kerana Yesus bertanya kepadanya bagi kali ketiga, "Adakah kamu mengasihi-Ku?" Lalu dia menjawab, "Tuhan, Engkau mengetahui segala-galanya. Engkau tahu bahawa aku mengasihi-Mu!" Yesus berkata kepadanya, "Berilah domba-domba-Ku makan.




Tiga kali Yesus bertanya kepada Petrus, “Adakah kamu benar-benar mengasihi-Ku”.


Matius 16:18 (AVB) Oleh itu ketahuilah engkau Petrus, batu yang kukuh, dengan asas batu pejal inilah akan Kubina jemaah-Ku. Alam maut pun tidak dapat merobohkannya.


Tuhan membina gerejaNya di atas seorang yang gagal. Apakah yang akan kita menjadi, daripada kegagalan kita? Inilah pilihan kita.


Renungan:

  1. Adakah masanya kita menyangkal Yesus di dalam hidup kita?

  2. Adakah kita menghadapi kegagalan yang amat sekali sekarang? Apakah respon kita?

  3. Apakah respon Petrus mengajar kita untuk melakukan yang sama? Bagaimana dengan Yudas? Apakah perbezaan respon Yudas dan Petrus.


Doa:

Tuhan, saya adalah anak Mu. Saya tahu, janji Tuhan ialah Tuhan tidak akan meninggalkan saya. Saya menyerahkan hidup saya ke tangan Mu. Saya mengaku, saya telah menjalani hidup mengikut kehendak diri saya dan bukan kehendak Tuhan. Berikan kami kekuatan untuk mengetahui bahawa kegagalan saya adalah batu loncatan untuk kejayaan yang telah Engkau sedia untuk saya. Ubahlah saya menjadi seorang yang lebih menjadi seperti Kristus. Dalam nama Yesus Kristus saya berdoa. Amen.

Elder AWK

bottom of page