top of page

Hiduplah Takut Akan Tuhan Sentiasa


“…Marilah, hai anak-anak semua dan dengarlah nasihatku, aku akan mengajar kamu menghormati TUHAN..…” Mazmur 34:12


pemazmur menceritakan tentang syukurnya yang sangat mendalam akan pertolongan Tuhan yang sangat luarbiasa dalam hidupnya. Secara duniawi pemazmur adalah seorang pemuzik, negarawan, dan tentara yang ternama dan sebagainya.


Namun dia tidak berkata kepada anak-anak, “aku mahu mengajar kepada kamu bagaimana saya bermain kecapi, atau bagaimana saya memegang pedang dan tombak, atau melepas anak panah, atau bagaimana mengurus negara.”


Tetapi dia berkata “…Marilah, hai anak-anak semua dan dengarlah nasihatku, aku akan mengajar kamu menghormati TUHAN…” dia berkata demikian oleh kerana pengalaman peribadi hidupnya. Dimana dia kehilangan segalanya, dan dia mendorong dirinya untuk menjadi berpura-pura gila agar dirinya dapat selamat.


Oleh kerana pengalaman ini maka pemazmur berkata “...aku akan mengajar kamu menghormati TUHAN. (Takut akan TUHAN). Sebab dia tahu apa yang lebih baik daripada semua yang dia pernah miliki selama ini adalah hidup takut akan Tuhan.


Menghormati TUHAN bererti membenci kejahatan; aku membenci kesombongan dan keangkuhan, tingkah laku jahat dan dusta. (Amsal 8:13) oleh itu untuk menjaminkan keberlangsungan hidup kita didunia ini kita perlu hidup takut akan Tuhan.


Doa: Bapa yang di surga, ajar saya untuk terus mejalani kehidupan yang takut akan Tuhan sentiasa selama saya hidup didunia ini, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

bottom of page