top of page

Iman Biji Sesawi



Matius 17:20 (AVB) Yesus menjawab, "Ini kerana kepercayaanmu tipis. Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, sekiranya kamu mempunyai iman sebesar biji sawi, kamu dapat berkata kepada gunung, 'Beralihlah ke situ!' maka bukit itu akan beralih. Tidak ada satu pun yang mustahil bagi kamu"


Efesus 2:8-10 (AVB) 8 Kamu telah diselamatkan dengan kasih kurnia-Nya melalui iman – ini bukan daripada kamu sendiri tetapi adalah kurnia Allah – 9 bukan kerana usaha amalmu supaya tiada seorang pun yang dapat bermegah. 10 Kerana kita ini buatan-Nya, dicipta dalam Kristus Yesus untuk melakukan perbuatan baik, yang telah disediakan terdahulu oleh Allah untuk kita lakukan.


Saudara-saudari, hari yang lepas, kita mendengar jawaban Yesus tetang kegagalan mereka menghalau roh iblis daripada seorang budak adalah kerana iman mereka tipis atau mereka kurang percaya. Di dalam perkataan lain, iman mereka "kecil".


Tetapi, di dalam perkataan yang sama, Yesus menyatakan "Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, sekiranya kamu mempunyai iman sebesar biji sawi, kamu dapat berkata kepada gunung, 'Beralihlah ke situ!' maka bukit itu akan beralih. Tidak ada satu pun yang mustahil bagi kamu."


Wow, satu kenyatakan yang sangat mendalam. Biji sesawi adalah kecil saiznya.


Mungkin, ekspektasi kita adalah untuk Yesus menyatakan

  • kalaulah kamu ada iman yang lebih besar

  • kalaulah kamu ada iman yang lebih mendalam

  • kalaulah kamu ada iman yang lebih hebat

  • kalaulah kamu ada iman yang lebih memenuh


Tetapi Yesus mengatakan, jikalau kita mempunyai iman "sekecil" biji sesawi, kita boleh mengalihkan gunung.


Ini seolah-olah bertentangan.


Mereka tidak boleh menghalau roh iblis kerana iman mereka tipis.

Tetapi, jikalau iman mereka "sekecil" biji sesawi, mereka akan berjaya.


Elder Ann WK


Comentarios


bottom of page