Matius 6:5-15 (AVB)
5 "Apabila kamu berdoa, janganlah seperti orang munafik. Mereka suka berdoa sambil berdiri di saumaah dan di simpang jalan supaya dilihat orang. Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, mereka itu sudah pun mendapatkan ganjaran mereka. 6 Tetapi kamu, masuklah ke dalam bilik, tutup pintu dan berdoalah kepada Bapamu yang tidak dapat dilihat dengan mata. Dia mengetahui apa yang kamu lakukan secara tersembunyi dan akan memberikan ganjaran kepadamu.
7 Ketika berdoa, jangan curah-curahkan kata-kata yang tidak bermakna, seperti orang yang tidak mengenal Allah. Mereka menyangka Allah akan mengabulkan permintaan mereka kerana doa mereka itu panjang. 8 Jangan berbuat seperti mereka. Bapamu tahu apa yang kamu perlukan sebelum kamu memohonnya.
9 Berdoalah demikian:
'Ya Bapa kami yang di syurga,
sucilah nama-Mu.
10 Datanglah kerajaan-Mu.
Terlaksanalah kehendak-Mu
di bumi sebagaimana di syurga.
11 Berilah kami makanan untuk hari ini.
12 Ampunkanlah kesalahan kami
sebagaimana kami mengampuni mereka yang bersalah terhadap kami.
13 Janganlah biarkan kami tergoda,
tetapi selamatkanlah kami daripada yang jahat.
Engkaulah yang empunya kerajaan, kekuasaan dan kemuliaan selama-lamanya. Amin.'
14 Jika kamu mengampuni orang yang bersalah terhadapmu, Bapamu yang di syurga akan mengampunkan kesalahanmu juga. 15 Tetapi jika kamu tidak mengampunkan kesalahan orang, Bapamu yang di syurga juga tidak akan mengampunkan kesalahanmu."
Ketika Tuhan Yesus sedang mengajar orang ramai di sebuah bukit , pengikutNya meminta Tuhan Yesus mengajar mereka bagaimana mereka harus berdoa. Apa yang menyebabkan pengikutNya membuat permintaan itu?
Pastinya, satu daripada sebab utama ialah semasa mereka mengikuti Dia, mereka telah melihat Dia banyak berdoa dan mendengar doa Dia dan mendapati bahawa cara Tuhan Yesus berdoa sangat menarik, berkuasa dan berbeza sama sekali dengan orang yang dianggap alim iaitu guru guru Taurat, orang Farisis serta orang Saduki.
Tanpa ragu-ragu, Tuhan Yesus telah mengajar pengiku-pengikutNya bagaimana Jangan berdoa dan bagaimana mereka Harus berdoa
Perkara pertama yang Tuhan Yesus ajar mereka ialah JANGAN BERDOA SEPERTI ORANG MUNAFIK
5 "Apabila kamu berdoa, janganlah seperti orang munafik. Mereka suka berdoa sambil berdiri di saumaah dan di simpang jalan supaya dilihat orang. Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, mereka itu sudah pun mendapatkan ganjaran mereka. 6 Tetapi kamu, masuklah ke dalam bilik, tutup pintu dan berdoalah kepada Bapamu yang tidak dapat dilihat dengan mata. Dia mengetahui apa yang kamu lakukan secara tersembunyi dan akan memberikan ganjaran kepadamu.
Apa yang tidak kena dengan doa orang munafik? Tuhan Yesus menjelaskan bahawa ia adalah kerana niat mereka itu salah. Mereka berdoa di tempat awam di mana terdapat ramai orang supaya dilihat orang, bukan untuk didengar Tuhan!! Tujuan mereka ialah untuk menonjolkan diri mereka dan mendapat tepukan manusia dan memberi gambaran bahawa mereka orang yang alim.
Sebaliknya, Tuhan Yesus mengajar pengikutNya supaya bila mereka berdoa, mereka harus masuk ke dalam bilik sendiri di mana tiada orang melihat mereka atau mendengar doa mereka kecuali Tuhan. Apa yang mereka lakukan secara tersembunyi Tuhan tahu dan berkenan dan Dia yang akan memberi ganjaran kepada mereka.
Dari pedoman hari ini, kita dapat membelajar dua perkara penting mengenai doa
Pertama, niat kita berdoa adalah amat penting. Tujuan utama dan pertama kita berdoa adalah kerana ingin bersama dengan Tuhan dan berbicara dengan Dia secara peribadi dan intim. Jangan sekali kali berdoa untuk menonjolkan diri dan berdoa dengan keinginan mendapat pujian daripada manusia. Mata kita harus tertuju kepada Tuhan dan mulut kita tertuju kepada telinga Dia, bukan kepada mata manusia dan telinga manusia.
Kedua, kita boleh bermunafik sambal melakukan perkara baik! Kita perlu berjaga jaga supaya keinginan hati kita adalah untuk mendapat pujian Tuhan dan berkenan kepada Dia dan bukan untuk mendapat perhatian dan menerima tepukan manusia. Apa yang penting bagi Tuhan adalah kejujuran kata kata kita yang mengalir dari kemurnian hati kita.
DOA
Tuhan Yesus, aku bersukur kerana telah belajar dua perkara penting daripada renungan hari ini. Ampunilah aku di mana aku pernah berdoa sebagai seorang munafik di mana aku pernah menonjokan diri di depan orang oramai untuk mendapat tepukan dari kawan kawan ku serta jemaatku.
Tahirkan dan sucikan hatiku dari niat yang tidak murni dan tidak menyenangkan hati Engkau Tuhan. Berikan aku kerinduan untuk selalu ingin mendekati Engkau secara bersendirian dan berbicara dengan Engkau secara intim.
Dan di mana aku perlu berdoa atau diminta berdoa di depan umum, pimpinlah aku supaya aku akan selalu berdoa dengan segala keikhlasan dan kejujuran seperti dipimpin oleh Roh KudusMu dan bukan dipengaruhi dengan pengharapan manusia dan suasana keadaan yang sekian ada
Dalam Nama Tuhan Yesus, Amin.
Ps. Lam Kee Hing
Comentários