top of page

Jangan Susah Orang Lupakan kita


“…Aku dilupakan seolah-olah aku sudah mati, aku umpama barang terbuang..” Mazmur 31:13


Pemazmur berkata tentang sikap musuh-musuhnya dan juga jiran-jirannya sewaktu pemazmur didalam keadaan yang sangat susah, kesedihan dan penderitaan.


Dimana musuh-musuhnya memandang hina akan dirinya sewaktu pemazmur didalam kesusahan, demikian juga jiran-jirannya apabila mereka melihat dirinya di jalan, mereka menghindar daripada dirinya. Mereka merasa takut di kelilingnya.


Pemazmur mendengar mereka berbisik tentang dirinya, mereka berbalik melawan dirinya dan berencana untuk membunuh dirinya.


Namum pemazmur tidak tergugat dengan semuanya ini sebab dia sedar bahawa Tuhan tetap mengasihi dirinya dan bersama-sama dengannya, hal ini telah menyebabkan dirinya sentiasa bergembira dan bersukacita.


Demikian juga dengan diri kita pada hari ini, sewaktu kita didalam kesusahan dan kesulitan banyak orang yang pada masa yang lalu, sewaktu kita hidup senang akan menjauhkan diri mereka daripada kita. Mereka mulai tidak mengenal diri kita, namun satu hal yang perlu kita sedari bahawa Tuhan bersama-sama dengan kita dan menjaga kita.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, berterima kasih kepada Mu yang Tuhan kerana tidak berubah terhadap diri kita, baik dalam keadaan yang baik atau tidak baik, Dia tetap sama terhadap kita. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

ความคิดเห็น


bottom of page