top of page

Jikalau Kita Mahu Hidup, Berikan Hidup Kita kepada Orang Lain.


Make your time on earth count for eternity. 


Kita semua diberikan saat dan minit yang sama di dalam satu hari. Kita semua diberikan satu matlamat yang sama iaitu menjadi lebih seperti Kristus. 


Salah satu karakter Yesus ialah “tidak mementingkan diri sendiri” (not selfish). Jadi, jikalau matlamat kita di hidup ini ialah untuk menjadi lebih seperi Kristus, kita haruslah menjadi orang yang “tidak mementingkan diri sendiri”. Kerana ini bermakna Yesus adalah kasih. 


“Allah sentiasa adil dan tidak akan melupakan kerja serta usaha kasih yang telah kamu tunjukkan untuk nama-Nya, iaitu kamu telah dan sedang melayan orang yang salih.” (‭‭Ibrani‬ ‭6‬:‭10‬ ‭AVB‬‬)


Ganjaran kita di syurga adalah akan bergantung kepada apa yang kita lakukan di dunia. Satu hari kita semua akan berhadapan dengan Tuhan. Di dalam konteks masa kita di Marketplace, Tuhan akan bertanya “Apa yang telah anda lakukan, dengan apa yang diberikan kepada kita di Marketplace ? “ Apakah yang akan kita katakan ? “Saya dapat menjanakan banyak duit, bersara dan mati?”


Kita diletakkan di dunia adalah untuk lebih daripada itu. Mari kita hidup dengan tidak mementingkan diri kita dan berikan hidup kita kepada orang lain demi kerajaan Allah. Mungkin apabila ditanya satu hari nanti kelak, kita boleh menyatakan “saya telah memberikan yang terbaik untuk Tuhan. Saya telah menyerahkan segalanya. Apa yang saya ada saya berikan untuk perkembangan kerajaan Tuhan dan untuk Injil”


Salah satu perkara yang utama yang boleh kita lakukan ialah untuk memberikan hidup kita kepada orang lain. Menjadi murah hati dengan apa yang diberikan kita di Marketplace - wang, sumber tenaga, masa dan talenta kita. Upah kita adalah di syurga satu hari nanti. 


Make your time on earth count for eternity. 


Jadikanlah hidup kita bermakna untuk kekekalan. 


Bantulah orang lain untuk mengenali Kristus di Marketplace. Bantu mereka untuk menemui tujuan hidup mereka di dalam Kristus. Kita mendewasakan mereka di dalam Kristus di tempat pekerjaan. Kita membantu mereka mencari panggilan Tuhan di dalam pelayaran mereka. Kita membantu mereka melakukan dan mengambil bahagian di dalam misi. 


Apabila kita memberikan hidup kita, kehidupan kita bergerak ke dimensi yang baru. Kita akan mendapat makna yang baru di dalam kehidupan kita dan di dalam pekerjaan kita di Marketplace. Satu keterujaan yang baru. Satu “excitement” yang baru. 


Apabila kita mula memberikan hidup kita, kita mula hidup dengan kepenuhan berkat Kristus. 


bottom of page