top of page

Kasih kepada Tuhan sebagai Pendorong Hidup

ree

Tuhan menjawab, “Marta, Marta, engkau khuatir dan bersusah payah tentang banyak perkara.” Lukas 10:41 AVB

 

Tuhan Yesus menegur Marta kerana dia telah menjadikan dirinya sangat khuatir selain menyusahkan diri sendiri dengan terlalu banyak perkara. Akibatnya, dia muram dan sangat keletihan lalu dia mula merungut tentang semua kerja yang dilakukannya untuk melayani para tetamu.

 

Menjadi sibuk dalam pelayanan bukanlah sesuatu yang salah atau yang menyebabkan kita  berdosa. Sebenarnya, apa yang menyebabkan kita berdosa ialah apabila kita mula mengeluh dan bersungut-sungut terhadap tugas kita.

 

Oleh itu, kita haruslah bijak dalam segala perkara yang kita lakukan dalam hidup kita pada hari ini. Kita hendaklah berusaha untuk tidak menjadi batu sandungan kepada orang lain atau berdosa atas sikap negatif kita. Biarlah kita menjadi orang Kristian yang seimbang dalam hidup ini dan makin hari makin mengasihi Tuhan Yesus. Kita janganlah keterlaluan atau berlebih-lebihan dalam sesuatu perkara sehingga kita berkeluh-kesah dan bersungut-sungut kerana tidak ada orang menolong kita.

 

Tegasnya, jadilah bijak dan jangan mengikut perasaan ketika melakukan sesuatu. Biarlah kasih kepada Tuhan menjadi pendorong utama dalam semua tindakan kita. Sebab kasih kepada Tuhan akan mengelakkan kita daripada bersungut-sungut  apabila melakukan sesuatu.

 

Doa:

Ya Bapa yang di syurga, penuhilah aku dengan kasih-Mu agar setiap perbuatanku akan memuliakan nama-Mu. Ajarlah aku untuk melakukan segala perkara dengan penuh sukacita dan damai sejahtera tanpa bersungut-sungut. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page