top of page

Kebaikan Dari Siapa?


Anda pernah mendengarnya berkata demikian, “'Kekuatan dan keperkasaan tangankulah yang membuat aku memiliki kekayaan ini.’ Tetapi Tuhan berkata kepadamu, “Dialah yang memberikan kepadamu kekuatan untuk memperoleh kekayaan itu” (Ulangan 8:18).


Tuhan adalah Tuhan yang baik dan suci. Segala sesuatu datang dari-Nya. Rasul Yakobus berkata, “Segala pemberian yang baik dan sempurna diturunkan dari syurga oleh Bapa, sumber segala cahaya” (Yakobus 12:17). Tuhan adalah sumber segala kebaikan dalam hidup anda.


Adakah anda menjalani kehidupan bersyukur atau mementingkan diri sendiri? Adakah anda mengakui Tuhan dengan ucapan terima kasih setiap kali Dia memberkati anda. Atau adakah anda bercerita kepada rakan dan rakan sekerja anda bahawa projek telah berjaya kerana keinginan dan wawasan anda?

Sahabat, ingatlah semua yang baik itu datangnya dari Allah. Dia telah menjadikan kamu dan membekalkan kamu dengan segala kebaikan. Ingatlah Dia hari ini. Bersyukurlah kepadaNya. Firman Tuhan menyuruh kita, “Bersukacitalah sentiasa. Berdoalah sepanjang masa. Bersyukurlah dalam segala keadaan,” (1 Tesalonika 5:16-18a).


bottom of page