top of page
Support Us
Support Us
Get Involved
I'm a paragraph. Click here to add your own text and edit me. I’m a great place for you to tell a story and let your users know a little more about you.
Search


Selamat Hari Krismas!
Krismas akhirnya sampai. Malam ini, esok sepanjang hari, kita akan rasakan kemeriahan yang tidak terungkapkan. Apa maksud Krismas “in a nutshell”? Apakah mesej Krismas seringkas-ringkasnya? Mungkin mesej itu tidak terlalu sukar, kerana ia ditemukan dalam ayat hafalan Sekolah Minggu — Yohanes 3:16. “Kerana begitu besar kasih Allah akan dunia ini sehingga Ia mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal (Yesus Kristus), supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak akan binasa melain


Dimanakah Damai Sejahtera Yang Dijanjikan Tuhan
“… Damai sejahtera di bumi bagi orang yang berkenan pada hati-Nya.” (Lukas 2:14, AVB) Di manakah damai sejahtera yang dijanjikan Tuhan? Tembakan dan pembunuhan. Kerja penat, tetapi duit dalam bank tidak cukup untuk keluarga menyambut Natal. Ahli keluarga masih terbaring di atas katil hospital. Di manakah damai sejahtera? Tidak dapat dinafikan, inilah realiti kehidupan kita yang dicemari dosa. Tiada satu hari pun yang sempurna. Ada sahaja yang tidak betul. Malah, kadangkala ba


Harga Natal
"Apabila kita benar-benar memahami erti Natal, kita akan menyedari betapa mahalnya harga sebuah penebusan; kerana dosa tidak dipadamkan dengan sekadar kemaafan, tetapi dengan penyerahan nyawa Anak Tunggal Bapa." Mahal kerana dosa tidak boleh ditebus dengan penyesalan semata-mata. Tidak cukup dengan niat untuk berubah. Tidak selesai dengan pelayanan, doa, atau air mata. Jika dosa itu murah, Yesus tidak perlu lahir ke dunia. Jika dosa itu remeh, palungan dan salib tidak pernah


Penerapan Krismas
Krismas... membawa kita untuk mengingati kedatangan Yesus ke dalam dunia ini, sebagai Juruselamat, Kristus dan Tuhan... Itulah yang diceritakan oleh malaikat kepada para gembala. Tapi, apakah penerapan Krismas bagi kita? Paulus menjelaskan itu dalam Filipi 2:5-11 dengan frasa, "Hendaklah kamu dalam hidupmu bersama, menaruh fikiran dan perasaan yang terdapat juga dalam Kristus Yesus..." Inilah kunci kepada penerapan Krismas – fikiran dan perasaan pada Yesus patut ada pada kit


Memberi Ruang Dalam Ketidaksiapan
Natal selalu membuat kita fikir tentang damai, tenang, dan harapan. Tentang suasana yang indah dan cerita yang kita sudah dengar sejak kecil. Tetapi Natal tahun ini buat saya merenung dengan lebih mendalam. Semalam, ketika saya berkongsi firman Tuhan tentang kisah Maria dan Yusuf, saya sedar satu perkara penting - Tuhan tidak menunggu hidup manusia selesai atau tersusun sebelum Dia datang. Maria dan Yusuf sendiri tak siap pada awalnya. Keadaan tidak jelas. Emosi bercelaru. Re


Keunikan Iman Kristian
Krismas bukan hanya kisah manis yang diucapkan ketika bertukar mesej WhatsApp pada 25 Disember, tetapi lebih dari itu, ia adalah pernyataan radikal tentang siapa Allah sebenarnya. Firman itu telah menjadi manusia. Bukan idea. Bukan simbol. Bukan metafora. Cuba kita fikirkan dengan kritis; jika inkarnasi tidak pernah berlaku, maka salib hanyalah cerita dongeng.Tiada penebusan. Tiada penumpahan darah. Dan semua kata-kata tentang “Allah memahami penderitaan manusia” hanyalah ken


Kedatangan-Nya Telah Dinubuatkan
Baca Daniel 9 dn Galatia 4 Salah satu keindahan Firman Tuhan (Alkitab) adalah ketepatan nubuatannya. Alkitab bukan sekadar catatan sejarah atau buku moral; ia adalah Firman Tuhan yang diilhamkan oleh Roh Kudus dan firman Tuhan itu hidup, benar, dan dapat dipercayai. Bukti paling kukuh bahawa Alkitab adalah Firman Allah ialah nubuat-nubuatnya yang digenapi dengan tepat sepanjang sejarah, terutamanya penggenapan nubuat teragung dalam seluruh Perjanjian Lama, iaitu kedatangan Y


Penggenapan Waktu
“Tetapi setelah genap waktunya, maka Allah mengutus Anak-Nya, yang lahir dari seorang perempuan dan takluk kepada hukum Taurat. (5) Ia diutus untuk menebus mereka, yang takluk kepada hukum Taurat, supaya kita diterima menjadi anak. (6) Dan karena kamu adalah anak, maka Allah telah menyuruh Roh Anak-Nya ke dalam hati kita, yang berseru: "ya Abba, ya Bapa!” Galatia 4:4 Ayat Galatia 4:4 membawa kita kembali ke Taman Eden. Penggenapan waktu bukan sekadar detik kronologi, tetapi d


Apa Kata Malaikat Pada Malam Natal Itu?
Langit malam tiba-tiba menjadi terang dan para gembala melihat ke atas lalu melihat seorang malaikat. Berita baik! Khabar baik untuk seluruh dunia! Damai sejahtera kepada manusia di bumi, kata malaikat itu, kemudian disusuli oleh koir syurgawi! Cerita itu sudah kita dengar berkali-kali sempena Natal! Tapi, apakah pelajarannya bagi kita? (Lukas 2:8-18 ... Tiba-tiba malaikat Tuhan muncul di hadapan mereka dan kemuliaan Tuhan menerangi mereka, lalu mereka ketakutan. Tetapi malai


Apakah maksud Imanuel? Apa kaitannya dengan Natal?
Tema Imanuel dalam Matius 1:23 membawa kita kepada dua kebenaran penting dalam iman Kristian, iaitu penyertaan Allah kepada umat-Nya dan kenyataan bahawa Allah benar-benar menjadi manusia melalui kelahiran Yesus Kristus. Ayat ini bukan sahaja menyatakan bahawa Allah dekat dengan manusia, tetapi menegaskan bahawa kehadiran Allah mengambil bentuk yang sangat nyata dalam sejarah melalui inkarnasi. Dengan kelahiran Yesus, Allah bukan lagi jauh atau abstrak; Dia hadir dalam dunia
bottom of page
