top of page

Lampu Tanpa Minyak


Matius 25:3–4


Sepuluh gadis membawa pelita. Pada awalnya, semuanya kelihatan bersedia. Namun apabila malam semakin panjang, perbezaan mula tersingkap.


Lima pelita padam bukan kerana tiada lampu, tetapi kerana tiada minyak. Cahaya luaran ada, tetapi bekalan dalaman tidak dipelihara.


Begitulah juga dengan setiap orang percaya dan kehidupan iman. Ia boleh kelihatan terang di hadapan manusia, namun sebenarnya gelap/redup dalam kerohaniannya apabila minyak rohani tidak dijaga.


Minyak tidak boleh dipinjam saat krisis tiba; ia dipupuk melalui ketaatan dan keintiman dengan Tuhan setiap hari.


Tetapkan masa yang konsisten untuk doa peribadi. Beranikan diri mengurangkan aktiviti, dan dengan sengaja menambah keintiman dengan Tuhan.


Nilai semula keutamaan hidup kerana hadirat Tuhan sentiasa mendahului di setiap hasil pelayanan.


Tanyakan kepada diri anda sendiri: adakah cahaya saya bergantung pada orang lain, atau lahir daripada hubungan peribadi saya dengan Tuhan?


Peliharalah minyak rohani dengan setia dan berterusan. Tuhan menghormati persiapan yang tekun, dan Roh Kudus memenuhi mereka yang sungguh-sungguh mencari-Nya.


"Cahaya yang bertahan lama lahir daripada minyak yang dijaga dengan setia."


Oleh Pr Jerry Ignacio

Sumber : Whatsapp Channel @ jerry ignacio

Comments


bottom of page