top of page
Support Us
Support Us
Get Involved
I'm a paragraph. Click here to add your own text and edit me. I’m a great place for you to tell a story and let your users know a little more about you.
Search


Jangan Biarkan Ketakutan Membunuh Harapan Kita
Baru-baru ini saya membaca sebuah buku dan tertarik dengan satu istilah dalam bidang psikologi dan kesihatan yang dikenali sebagai Kesan Nocebo (Nocebo Effect). Secara ringkas, kesan Nocebo berlaku apabila jangkaan negatif, ketakutan atau kepercayaan bahawa sesuatu yang buruk akan berlaku boleh mempengaruhi seseorang sehingga dia benar-benar mengalami gejala negatif. Istilah ini membuatkan saya merenung kembali perjalanan kehidupan, pelayanan dan tanggungjawab sebagai seorang


Setia Memikul Panggilan
Semakin lama saya berada dalam pelayanan, semakin saya memahami bahawa pelayanan sejati tidak diukur pada mudahnya jalan, tetapi pada kesetiaan memikul panggilan Tuhan. Ada perjalanan yang indah untuk dikenang, tetapi ada juga perjalanan yang melelahkan, sunyi, berlumpur dan tidak diketahui ramai. Ada masa kita melayani dengan penuh semangat, tetapi ada juga musim ketika kita perlu terus berjalan walaupun tiada tepukan, tiada penghargaan dan mungkin tiada siapa pun memahami b


Di Tengah Badai, Tetap Tenang
Markus 4:35–41 | Yesaya 43:2 Bayangkan sebuah kapal papan yang kecil sedang berada di tengah lautan luas. Tiba-tiba kedengaran siren amaran tsunami. Gelombang yang sangat besar muncul dari hadapan dan dari setiap arah. Kapal-kapal lain kelihatan tidak berdaya, bahkan ada yang ditelan oleh ombak yang mengganas. Di tengah keadaan yang begitu mencemaskan, ada satu perkara yang luar biasa hati tetap tenang, sekalipun bahaya berada di hadapan. Demikian juga dalam perjalanan iman d


Apabila Dunia Berubah, Jangan Biarkan Dasar Kita Berubah
Melihat kembali perjalanan saya dalam pelayanan dan kepimpinan, saya semakin memahami bahawa iman Kristian bukan sekadar sesuatu yang kita tahu, tetapi dasar yang menentukan bagaimana kita hidup, membuat keputusan, menghadapi cabaran dan melihat masa depan. Kita boleh mempunyai pengalaman, kedudukan, pendidikan, jaringan yang luas dan pelbagai kemudahan. Namun, apabila dasar kehidupan kita tidak kukuh, semuanya boleh tergoncang ketika tekanan datang. Yesus sendiri memberikan


Tangan Yang Kosong, Hidup Yang Bermakna
Ada sebuah kisah popular mengenai Alexander Agung, seorang pemerintah yang pernah menakluki banyak wilayah, membina empayar yang besar dan mengumpulkan kekayaan yang luar biasa. Namun, ketika hidupnya hampir berakhir, segala kekuasaan, kemenangan dan kekayaan yang dimilikinya tidak lagi mampu menolongnya. Dikatakan bahawa sebelum meninggal dunia, dia meninggalkan tiga permintaan terakhir. 1. Pertama, dia mahu para tabib membawa kerandanya. Hal ini untuk mengingatkan bahawa se


TEGUH SAMPAI AKHIR — APA ERTI SEBUAH KEHIDUPAN YANG SETIA?
Beberapa hari ini saya merenungkan kisah daripada buku Strong to the End: The Simple Service and Sudden Sacrifice of the Martyrs in Haiti. Buku ini membawa saya melihat kembali satu persoalan yang sangat dekat dengan kehidupan dan pelayanan saya: Apakah sebenarnya ukuran sebuah kehidupan yang berjaya di hadapan Tuhan? Adakah kerana kita hidup lama? Adakah kerana pelayanan kita besar? Adakah kerana ramai orang mengenali kita? Adakah kerana pekerjaan kita berjaya? Atau kerana k


Sukacita Di Tengah Masalah
Ada waktunya hidup tidak berjalan seperti yang kita harapkan. Doa belum terjawab, jalan terasa sukar, tanggungjawab semakin berat, dan hati mungkin penat menanggung banyak perkara. Namun, sukacita bukan bukti bahawa hidup kita tanpa masalah. Sukacita adalah bukti bahawa di tengah segala masalah, kita masih percaya bahawa Tuhan lebih besar daripada apa pun yang sedang kita hadapi. Iman yang dewasa bukan hanya mampu berkata, “Tuhan itu baik” ketika semuanya baik-baik sahaja. Im


Tetap Setia Dalam Proses Tuhan
Dalam perjalanan iman, saya semakin memahami bahawa pertumbuhan rohani tidak berlaku dalam satu malam. Ada prosesnya. Ada musim kita sangat bersemangat, ada musim kita diuji, ada ketika kita berada di tengah-tengah ibadah dan persekutuan yang penuh sukacita, dan ada juga ketika kita harus belajar berjalan bersama Tuhan dalam kesunyian dan rutin kehidupan sehari-hari. Demikian juga dalam pelayanan. Saya pernah berada dalam ibadah yang kecil, persekutuan yang sederhana, program


Akar Menentukan Buah
Hendaklah kamu berakar di dalam Dia dan dibangun di atas Dia, hendaklah kamu bertambah teguh dalam iman. — Kolose 2:7 “Ramai orang Kristian berbuah tetapi tidak berakar. Atau berakar tetapi bukan pada tempat yang betul.” Ungkapan ini menarik untuk direnungkan, tetapi pada masa yang sama menimbulkan beberapa pertanyaan dan kemusykilan. Secara semula jadi, bolehkah sebuah pokok benar-benar menghasilkan buah tanpa akar? Bukankah buah merupakan hasil daripada akar yang menyerap a


Berkat Terbesar Adalah Kehadiran Tuhan
Semakin lama saya melayani Tuhan, semakin saya menyedari bahawa berkat terbesar bukanlah hidup tanpa masalah, melainkan mengetahui bahawa Tuhan sentiasa hadir di tengah setiap keadaan. Ada kalanya doa kita belum dijawab seperti yang kita harapkan, pintu pelayanan seolah-olah tertutup, rancangan berubah, tubuh letih, hati kecewa, dan cabaran datang silih berganti. Namun di situlah kita belajar bahawa Tuhan tidak pernah meninggalkan orang yang setia berjalan bersama-Nya. Dalam
bottom of page
