top of page

Mengapa Saya Memilih Mencintai Yesus?


Pertama sekali, kerana Dia yang pertama mencintai saya. Saya mengenali Yesus melalui petunjuk Tuhan untuk mengenal-Nya.


Ada sesetengah orang yang mengatakan mereka mencintai Yesus tetapi mereka mencintainya atas alasan yang berbeza. Biasanya, mereka mengatakan bahawa mereka juga mencintai Yesus dan Dia dipuja sebagai seorang nabi dan hidupnya serupa dengan cara mereka dalam doa, berpuasa, amal jariah, dan juga amalan pemakanan serta cara berpakaian yang serupa.


Tetapi soalan yang paling penting ialah apabila kita berkata "kita mencintai Yesus", adalah asas untuk bertanya "mengapa kamu mencintai Yesus?" atau "Apakah yang Yesus lakukan untuk membuat kamu mencintainya?". Sifat kasih memerlukan ikatan dalam hubungan dan bukan hanya pada siapa Dia atau cara hidupnya sahaja.


Kerana dosa saya, saya terasing dari Tuhan dan terpisah dari-Nya, di mana saya perlu menanggung hukuman mati. Yesus datang dan merestui saya kepada Allah yang sebenar dengan menjadi korban penebusan bagi dosa saya supaya pengampunan Allah diberikan kepada saya bukan melalui perbuatan baik saya tetapi melalui iman saya kepada Yesus. Melalui ini, Yesus membawa anugerah keselamatan Allah kepada saya dan melalui iman saya kepada Yesus, saya diisytiharkan sebagai orang yang benar dalam jalan Allah. Ini adalah makna apabila Yesus berkata "Aku adalah kebenaran, jalan dan hidup". "Jalan" adalah jalan lurus kepada perjanjian penebusan Allah. Tiada "jambatan penghakiman" yang perlu saya lintasi atau keperluan bagi malaikat untuk mencatat perbuatan saya. Inilah sebabnya mengapa saya mencintai Yesus.


Saya tidak perlu hidup dalam ketakutan akan penghakiman mengenai sama ada saya telah mencapai keseimbangan dengan melakukan lebih banyak perbuatan baik berbanding yang buruk, sesuatu yang saya tidak akan pernah pasti. Perbuatan baik bukanlah asas keselamatan saya tetapi perbuatan baik datang dari iman yang tulen kepada Yesus yang kita ikuti.


Pada hari ini, saya mempunyai keyakinan keselamatan di mana saya akan memperoleh kehidupan kekal selepas kematian. Oleh itu, Yesus bukan sahaja Tuhan saya tetapi Dia juga Penyelamat saya kerana Dia memberi saya keselamatan. Inilah sebabnya mengapa saya mencintai Yesus."


Kamu telah diselamatkan dengan kasih kurnia-Nya melalui iman — ini bukan daripada kamu sendiri tetapi adalah kurnia Allah — bukan kerana usaha amalmu supaya tiada seorang pun yang dapat bermegah. Efesus 2 : 8-9

bottom of page