top of page

Mudarat Dosa

  • 14 hours ago
  • 2 min read

Jadi kamu mempunyai masalah dosa. Kamu mempunyai kecenderungan yang terbalik. Kamu mempunyai keinginan untuk memberontak terhadap aturan dan standard Allah yang baik. Namun kamu berfikir bahawa ia tidak mendatangkan mudarat kepada sesiapa. Tidak... Ia mendatangkan mudarat. Ia mendatangkan mudarat kepada masyarakat. Ia mendatangkan mudarat kepada keluarga. Ia mendatangkan mudarat kepada dubur! Ia mendatangkan mudarat kepada keindahan seksualiti. Ia mendatangkan mudarat kepada prokreasi. Ia mendatangkan mudarat kepada tubuh badan. Ia mendatangkan mudarat kepada pengertian anak-anak yang melihat kesongsangan ini. Dari manakah datangnya HIV dan AIDS? Penyakit apakah yang dihidapi oleh Freddie Mercury? Apakah masalah yang diwujudkannya kepada keluarga?


Saya masih ingat seorang isteri yang memberitahu saya tentang kurangnya minat seksual suaminya. Saya menyuruhnya memeriksa dan menyiasat suaminya. Beberapa bulan kemudian dia menghubungi saya untuk memaklumkan bahawa dia mendapati, dengan sedihnya, bahawa suaminya adalah seorang homoseksual. Saya menyuruhnya bercakap dengan suaminya dan meminta dia bertaubat, dan kalau tidak maka tindakan akan diambil. Pada Februari 2025, si isteri menghantar mesej kepada saya untuk memberitahu bahawa dia sebenarnya telah menceraikan suaminya pada tahun 2024. Dan pada tahun 2025 dia bersyukur kepada Tuhan atas keberanian untuk berbuat demikian, kerana bekas suaminya telah ditangkap oleh polis kerana mencabul seorang budak lelaki. Tiada kerosakan? Tiada mudarat? (Janganlah kita bercakap tentang isu perceraian di sini.)


Dosa mempunyai akibat, selain memalukan diri sendiri, menghancurkan kesatuan keluarga, dan juga mewujudkan penyakit-penyakit yang sehingga hari ini masih tiada penawar. Tidak boleh dinafikan, tidak boleh dielakkan. Akibat-akibat itu sendiri membuktikan bahawa LGBTQAI+ adalah satu dosa yang membawa akibat.


Rasul Paulus membicarakannya dalam Roma 1:27, “Demikian juga suami-suami meninggalkan persetubuhan yang wajar dengan isteri mereka dan menyala-nyala dalam berahi mereka seorang terhadap yang lain, sehingga mereka melakukan kemesuman, laki-laki dengan laki-laki, dan karena itu mereka menerima dalam diri mereka balasan yang setimpal untuk kesesatan mereka.”


Jadi apakah penawarnya? Pertaubatan adalah penawarnya. Berpaling daripada dosa adalah penawarnya. Berpaling kepada Yesus untuk mendapatkan pertolongan dan penyembuhan adalah penawarnya.


Kalau kamu fikir bahawa ia bukan dosa, kamu menipu diri sendiri. Kalau kamu fikir ini tidak ada kaitan dengan agama/iman, itu hanya alasan supaya tidak perlu berubah. Kalau kamu fikir ini perkara semula jadi, kamu menentang Sang Pencipta yang telah menjadikan lelaki dan perempuan. Kalau kamu fikir kamu sama seperti binatang yang kononnya melakukan amalan homoseksual juga, saya “no comment” – mahu tinggal di zoo?


Oleh Pr Edmund Kumar

Sumber : Facebook @ edmund kumar


(Jika anda memerlukan sebarang bantuan atau bimbingan lanjutan, anda boleh menghubungi talian Komuniti Digital di +6012 2819861 atau +6012 7428201. Kami akan menghubungkan anda dengan pembimbing rohani kami.)

Comments


bottom of page