top of page

Golongan LGBTQA+ : Apa yang saya perlu fahami?

  • 12 hours ago
  • 1 min read

Bulan ini digelar Pride Month šŸ³ļøā€šŸŒˆ, yang menyanjung budaya, gerakan dan amalan LGBTQA+. Bendera ini dan sarung tangan dipakai oleh pemain bola sepak, pemain bola keranjang dan atlet. Untuk apa? Untuk menunjukkan solidariti dengan golongan yang mempunyai kecenderungan songsang.


Perlukah, patutkah orang Kristian menunjukkan "kasih" kepada golongan ini? Budaya moden dengan laungan "don't judge" atau "jangan menghakimi" sedang mendorong lebih ramai untuk "keluar" dan menayangkan kelainan mereka, sehinggakan ada orang "Kristian" juga keluar untuk menayangkan gaya hidup ini.


Dua jawapan ringkas kepada isu ini.


1. Alkitab jelas bahawa amalan LGBTQA+ ialah sesuatu yang pelik, ganjil, aneh dan melawan aturan Allah. Roma 1 menjelaskan bahawa manusia yang memberontak terhadap Allah akan memiliki kecenderungan yang songsang dan akan menerima murka Allah.

2. Kita diberitahu bahawa kita boleh berkawan dengan mereka, tetapi persekutuan dengan mereka tidak dibenarkan. 1 Korintus 5:9–11 menjelaskan hal ini. Hal ini demikian kerana apa yang kita sambut dan layan, kita sokong dan rayakan. Ini tidak membantu golongan LGBTQA+ dalam proses pemulihan dan pertaubatan mereka.


Akhirnya, amalan LGBTQA+ dan segala tambahannya bukan sesuatu yang wajar dibanggakan, sebaliknya sesuatu yang harus dirasa malu. Jika Tuhan menghalalkannya, maka kita sebagai orang Kristian patut berasa bangga. Namun, apabila ia mendatangkan murka Allah dan kita berasa mahu mempertahankannya, kita harus bertanya, di pihak siapakah kita? Oleh Pr Edmund Kumar Sumber : Facebook @ edmund kumar (Jika anda memerlukan sebarang bantuan atau bimbingan lanjutan, anda boleh menghubungi talian Komuniti Digital di +6012 2819861 atau +6012 7428201.Ā Kami akan menghubungkan anda dengan pembimbing rohani kami.)

Related Posts

See All

Comments


bottom of page