top of page

Bagaimana Jika Saya Ada Kecenderungan Songsang?

  • 2 days ago
  • 2 min read

Alkitab mengatakan bahawa amalan LGBTQAI+ adalah salah. Namun, ada yang berkata mereka dilahirkan demikian. Ada yang mengatakan bahawa ia sesuatu yang semula jadi. Ada juga orang Kristian yang berpandangan bahawa perkara ini "normal" dan bukannya jahat.


Jadi, persoalan yang sering timbul ialah: "Mengapa ada orang yang mempunyai kecenderungan sedemikian?" (Kejadian 1-2; Roma 1; Imamat 18:22, 20:13)


Saya teringat kira-kira 20 tahun yang lalu, seorang pemuda menghantar mesej kepada saya dan menceritakan tentang keinginan songsangnya. Dia memberitahu bahawa dia tidak pernah mengalami masalah emosi, gangguan seksual atau trauma. Dia membesar dalam keluarga Kristian, rajin ke gereja dan aktif dalam pelayanan. Namun, apabila meningkat remaja, dia "mendapati" dirinya tertarik kepada lelaki lain.


Saya memberitahunya bahawa walaupun keinginan itu wujud, ia tidak semestinya betul atau perlu dilayani. Seseorang boleh berasa marah, tetapi kemarahan itu tidak seharusnya dilayani dengan makian atau pembunuhan. Dia mendengar dan setujui apa yang saya katakan.


Kemudian saya meneliti profil Facebooknya dan mendapati semua kawannya ialah lelaki; tidak ada seorang perempuan pun. Salah satu gambar yang dimuat naik oleh rakannya pula ialah gambar zakar. Saya memberitahunya bahawa salah satu langkah pemulihan ialah memutuskan hubungan dengan semua pengaruh seperti itu. Dia menjawab, "You got me," lalu blok saya.


Dari manakah datangnya keinginan songsang ini? Bukan kerana dilahirkan demikian. Bukan kerana trauma. Bukan juga kerana gangguan seksual.


Sumbernya ialah hati yang telah rosak oleh dosa; hati yang memberontak terhadap ketetapan Allah; roh yang tercemar oleh keinginan kepada kegelapan. Semua faktor dan penyebab lain hanyalah buah daripada dosa itu sendiri. (Roma 3:23; Yohanes 3:19)


Hanya di dalam dan melalui Yesus Kristus dosa dipakukan pada salib dan kuasanya dihentikan. Keinginan songsang dapat dimatikan melalui karya penebusan-Nya. (Roma 3:24-25)


Oleh Pr Edmund Kumar

Sumber : Facebook @ edmund kumar


(Jika anda memerlukan sebarang bantuan atau bimbingan lanjutan, anda boleh menghubungi talian Komuniti Digital di +6012 2819861 atau +6012 7428201. Kami akan menghubungkan anda dengan pembimbing rohani kami.)

Comments


bottom of page