top of page

Menjemput Tuhan Ke Tempat Pekerjaan Kita

Mazmur 143:6 (AVB) Aku menadahkan tanganku kepada-Mu; jiwaku merindui-Mu seperti tanah yang dahaga.


Efesus 1:18-19 (AVB) Semoga Allah menerangkan mata hatimu untuk mengetahui harapan daripada panggilan-Nya, limpah kemuliaan warisan-Nya dalam orang yang salih, dan betapa besar kuasa-Nya bagi kita yang beriman. Demikianlah pelaksanaan kuasa-Nya yang agung itu



Masyarakat menggalakkan kita untuk membahagikan kehidupan kita ke dalam bahagian kerja, rumah-tangga, keluarga, iman dan sebagainya. Ramai yang menyatakan bahawa tempat yang paling sesuai untuk iman adalah dalam gereja dan kumpulan belajar Alkitab. Namun, Tuhan mahu menjadi ketua di dalam setiap bahagian kehidupan kita. Mengasingkan iman anda daripada kerja anda, atau mana-mana bahagian dalam hidup anda, membantut apa yang boleh Tuhan lakukan.


Tanpa Tuhan, kita akan melakukan kerja kita di bawah kekuatan kita sendiri, menggunakan pengetahuan dan kemampuan kita sendiri. Berapa kerap anda sampai ke penghujung minggu - atau mungkin juga hari itu - dan kita benar-benar letih dan tertekan? Kita mempunyai kelebihan luar biasa oleh Roh Kudus dalam diri kita untuk mengubah setiap pemikiran, perasaan dan tindakan supaya tingkah laku kita dapat dipimpin oleh Roh Kudus dalam diri kita. Dan kita boleh mendapat kekuatan dan kebijaksanaan yang hanya datang dari Tuhan.


Apabila kita mendapat kuasa Roh Kudus, yang bekerja memberikan kita kuasa dengan cara yang luar daripada fikiran kita, kita dapat melakukan pekerjaan yang luar biasa. Tetapi, Ini memerlukan kita memilih. Kita perlu memilih untuk menjemput Tuhan ke dalam pekerjaan kita dan menyediakan ruang untuk-Nya.


Kita boleh mendapat kuasa Tuhan dalam kerja anda melalui langkah yang mudah ini:


1. Buka hati dan minda. Sebelum hari anda bermula, lihat kalendar anda dan berdoa untuk sebarang mesyuarat yang telah anda jadualkan. Jemput Tuhan ke dalam hari kerja anda dan kembangkan kesedaran tentang kehadiran-Nya melalui amalan mencari-Nya sepanjang hari, dan bersyukur kepada-Nya apabila anda melihat-Nya bekerja.


2. Sediakan ruang untuk Tuhan dalam hari kerja anda. Berhenti sejenak pada titik-titik yang berbeza pada hari itu untuk mengikuti bimbingan Tuhan, malah mengulurkan tangan anda kepada Tuhan seperti yang dilakukan oleh Daud dalam Mazmur 143:6.


3. Berusaha untuk memahami kuasa-Nya dalam diri anda. Kita mempunyai kuasa yang sama yang membangkitkan Yesus daripada kematian yang hidup di dalam diri kita.


4. Berdoalah agar Tuhan membantu anda memahami kebesaran kuasa-Nya yang luar biasa.


Apakah anda sedia untuk menjadikan Tuhan di tempat pekerjaan kita?


Doa:


Bapa Syurgawi, terima kasih atas Roh Kudus-Mu yang tinggal di dalam diri saya. Tolong terangkan hati saya supaya saya dapat memahami harapan yang yakin dan kuasa luar biasa yang telah Engkau berikan kepada saya melalui Roh-Mu. Tunjukkan saya cara menyediakan ruang untuk Tuhan hadir dalam pekerjaan saya. Dalam nama Yesus. Amin.


1 Comment


bottom of page