top of page

Pada Firman Tuhan Kita Bergantung


“….Firman TUHAN itu benar, dan segala perbuatan-Nya boleh dipercayai. TUHAN mengasihi kejujuran dan keadilan; seluruh bumi penuh dengan kasih-Nya.!.…” Mazmur 33:5


Pemazmur berkata kepada kita bahawa Firman TUHAN itu “....benar, sempurna dan semua perkataannya dan pekerjaannya (Firman TUHAN) itu dapat dipercayai.”. Oleh itu kepada ajarannyalah pemazmur menyerah seluruh pergantungan hidupnya.


Sebab melalui Firman Tuhan segala sesuatu dijadikan, demikian juga melalui Firman Tuhan kekuasaan dan kedaulatan Tuhan dinyatakan. Hal ini berkata kepada kita bahawa segala yang ada didunia ini adalah milik Tuhan atau di bawah kekuasaan-Nya.


TUHAN mengasihi kejujuran dan keadilan; seluruh bumi penuh dengan kasih-Nya, pemazmur ingin meyakinkan orang benar untuk tetap percaya kepada Tuhan, sebab melalui Firman Tuhan segala kesetiaan, keadilan, hukum, dan kasih setia Tuhan diungkapkan kepada mereka.


Dengan itu mereka perlu membiarkan diri mereka dibimbing oleh kebenaran Firman Tuhan agar hidup mereka sesungguhnya kukuh dan tidak goyah oleh ancaman hal dunia ini, sebab kita tahu bahawa segala yang didunia ini adalah dibawah kekuasaan Tuhan dan milikiNya.


Oleh itu bergantunglah sepenuhnya kepada ajaran Kebenaran Firman Tuhan untuk membimbing kehidupan kita pada hari ini. sebab melalui Firman Tuhan kita akan menemui kesetiaan, keadilan, hukum dan kasih setia Tuhan kepada kita


Firman TUHAN itu benar, dan segala perbuatan-Nya boleh dipercayai...


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, berterima kasih kepadaMu kerana FirmanMu yang mengungkapkan segala perkara didalam hidup saya. Melalui FirmanMu saya menemui kasihMu. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

Komentáre


bottom of page