top of page

Segala Miliki Kita, Pemberian Tuhan


“...Berkat-Mu kepadanya berlanjutan, dan hadirat-Mu membuat raja sangat girang...Maz 21:7


Pemzamur berkata kepada kita bahawa “…. Tuhan telah memberkati dirinya dengan kebahagiaan yang kekal didalam hidupnya. Dimana melalui kehadiran-Nya, Tuhan telah memberikan kepadanya sukacita yang sangat besar.


Itulah sebabnya pemazmur menggambarkan segala yang dia miliki didalam hidupnya adalah pemberian yang datang daripada Tuhan untuk dirinya iaitu keberhasilan dan kemakmuran, mahkota daripada emas murni, umur yang panjng, kemegahan dan keagungan, berkat dan sukacita.


Tuhan telah memberikan segalanya kepadanya, sebelum dia meminta semuanya daripada Tuhan. Hal ini telah menyebabkan pemazmur sedar dan melihat bahawa semua yang dia miliki adalah pemberian yang datang daripada Tuhan


Dengan melihat segala yang dia miliki merupakan pemberian yang datang daripada Tuhan untuk dirinya maka dia tidak akan menjadi sombong terhadap berkat yang dia miliki, namun dia akan memuliakan Tuhan dengan semua yang dia miliki.


Demikian juga dengan diri kita pada hari ini, kita harus melihat semua yang kita miliki pada hari ini iaitu jawatan, keluarga, kekayaan, bakat adalah semuanya pemberian Allah untuk diri kita. Oleh itu kita harus menggunakan semuanya untuk memuliakan Tuhan.


Dengan memiliki pandangan yang demikian maka kita akan menggunakan semua yang kita miliki untuk memuliakan nama Tuhan. Dan tidak memegahkan diri. Sebab kita tahu bahawa semua berkat yang kita terima adalah berkat-berkat kebaikan Tuhan.


Doa: Bapa yang di surga, saya berterima kasih atas segala yang saya miliki pada hari ini, saya tahu semuanya ini adalah berkat kebaikanMu kepada saya. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

bottom of page