top of page

Seruan Dari Salib


Siri minggu pertama: Bertemu Kristus Melalui Kisah Paskah


Ke-4: “Allah-Ku, Allah-Ku, mengapa Engkau meninggalkan Aku?” (Matius 27:46 NIV).


Seruan ini adalah yang paling "bermakna" dari semua seruan Kristus Tuhan kita dari salib. Ahli-ahli teolog memanggilnya "the cry of dereliction" -Teriakan pengasingan. Mengenangkan suasana ini sudah terlalu biasa bagi para pastors untuk menggambarkan Allah memalingkan wajah-Nya dari Anak, ditolak oleh dosa-dosa dunia yang Yesus tanggung. Seruan Yesus ini, kata para ahli teolog, sememangnya “bukan hanya perasaan ditinggalkan. Dia benar-benar ditinggalkan. Dosa memisahkan diri dari Allah, sehingga Allah berpaling dari Yesus.”


Tiga seruan pertama adalah dalam jam pertama penyaliban-Nya. Apakah yang berlaku dalam hati dan fikiran Kristus selama lima jam berdiam diri antara tangisan ketiga dan keempat ini?


Tentunya ada kesakitan fizikal yang kuat: luka, saraf yang hancur, pening dan rasa kekeliruan semasa suhu badan meningkat, semuanya mengeksploitasi penderitaan yang hebat. Ingat, tujuan penyaliban dirancang adalah untuk memastikan mangsa hidup sekian lamanya untuk menghasilkan rasa sakit yang maksimal. Setiap pergerakan badan, walau sedikit pun, akan menambah penyiksaan fizikal yang sengit, mengoyakkan luka, menjadikannya lebih luas dan lebih besar dan lebih kesakitan.


Pada masa yang sama akan ada penderaan mental yang amat sangat. Tiada seorang pun yang mengasihi Tuhan seperti Yesus. Sekarang apa yang “orang” sedang lakukan terhadap Yesus di atas bukit yang dipanggil kalvary ialah menyakiti Anak sama seperti menyakiti Bapa.


Atas segalanya- di Kalvari itu, Yesus menanggung penderitaan spiritual yang luar biasa kerana memikul serta merasakan bentuknya dosa yang paling mengerikan: sengatan maut akibat dosa, dan berpisah dengan Tuhan! Namun bukan kerana dosa-Nya tetapi lerana dosaku, dosa manusia. Bahkan matahari pun seperti menyembunyikan wajahnya dari jam keenam (tengah hari) hingga jam kesembilan (jam 3 petang). John Stott berkata tentang kegelapan langit: “…ianya lambang lahiriah bagi kegelapan rohani yang menyelubungi Yesus Kristus: Sebab apa yang gelap dalam simbolisme alkitabiah ialah pemisahan dari Allah- yang adalah terang dan di dalam-Nya tidak ada kegelapan sama sekali.” (1 Yohanes 1:5).


Tidak heranlah, walaupun tahap tertinggi manapun tamadun manusia dan dari mana-mana generasi - bahkan generasi ketika itu - dalam undang-undang (empayar Rom), kepercayaan (agama Yahudi) dan budaya (bahasa Yunani), telah berubah secara langsung memberontak terhadap Tuhan yang telah mencipta mereka, dan terhadap Dia yang merupakan Anak tunggal Allah yang telah diutus Bapa-Nya ke dalam dunia.

BERDOA: Tuhan Yesus yang terpuji, bawalah aku ke dalam keheningan-Mu. Bawalah aku ke dalam musim kesedaran tentang apa artinya bagi-Mu untuk membayar hukuman atas dosaku di atas Kalvari. Aku amat bersyukur kepada Tuhan. Hatiku penuh dengan pemujaan terhadap keajaiban kesediaan-Mu menanggung penderitaan di kayu salib. Engkau adalah Anak Domba Ya Tuhan, dan bagaimanakah aku dapat berterima kasih kepada-Mu kerana telah memikul dosa-dosaku di dalam tubuh-Mu di kayu salib? Tiada kata-kata yang dapat menyatakan rasa terima kasih aku sepenuhnya kepada-Mu Bapa Syurgawi kerana membenarkan Putera-Mu mengalami neraka yang sepatutnya aku alami. PenderitaanMu Tuhan Yesus mengakhiri penderitaanku. Aku akan sentiasa bersyukur. Dalam nama-Mu yang paling berharga aku berdoa kepada Tuhan Yesus yang terkasih. Amin!


Pr Roland Satu Ukab

Comentários


bottom of page