top of page

Siapakah Nehemia dan Mengapa Doanya Penting?



Cerita ini bermula ketika Nehemia sedang berbual-bual dengan kawannya yang berbangsa Yahudi. Dalam perbualan itu, isu tembok Yerusalem muncul. Nehemia sedih ketika mendengar bahawa tembok Yerusalem masih runtuh walaupun ramai orang Yahudi sudah kembali ke Yerusalem untuk membangun semula Bait Suci: “Sebaik sahaja mendengar perkataan itu, duduklah aku lantas menangis dan berkabung selama beberapa hari. Aku berpuasa dan berdoa di hadapan Allah semesta langit,” (Nehemia.1:4)


Tembok Yerusalem runtuh semasa pemerintahan raja Nebuchadnezzar II (587 BC). Yerusalem ditawan dan dihancurkan kerana takut Mesir menggunakan jalan melalui Yerusalem ke kawasan Timur Mediterranean.

Allah mengizinkan perkara ini terjadi kepada umat-Nya kerana mereka telah membelakangi-Nya. Ini kita boleh rujuk dalam Yeremia 36:31; Yehzekiel 8-9; 22-23. Tujuan Allah mengizinkan Yerusalem ditawan untuk mencipta satu golongan ‘saki-baki Yahudi’ (remnant) yang akan kembali dan berbalik kepada Allah (Isaiah 10:21). Golongan ini telah pun kembali ke Yerusalem dibawah kepimpinan Jerubabel dan Ezra.


Golongan ini telah membangun semula Bait Suci, tetapi mereka memerlukan perlindungan. Bait Suci sudah ada tetapi tidak ada tembok sehingga mereka terdedah dengan musuh.


Ketika Nehemia mendengar keadaan kota dan Bait Suci yang tidak bertembok, dia menjadi gelisah dan terbeban. Dia kemudian menghadap raja Artahsasta memohon kebenaran untuk membangunkan semula tembok Yerusalem.


Dari kehidupan doa Nehemia, kita boleh belajar tiga perkara yang boleh diterapkan dalam kehidupan kita hari ini.


Pr. Eddy Marson

Comments


bottom of page