Tanggalkan Segala Kepura-puraan dalam Hidup Kita
- Komuniti Digital 05

- Jul 20
- 2 min read

“….Malanglah kamu! Kamu membina kubur yang elok-elok untuk para nabi yang dibunuh oleh nenek moyang kamu. Dengan tindakan itu, kamu menyetujui perbuatan nenek moyang kamu. Mereka membunuh nabi-nabi itu dan kamu membuat kubur bagi para nabi itu......” Lukas 11:47-48
Yesus menegur sikap kepura-puraan ahli-ahli Taurat terhadap para nabi yang telah dibunuh oleh nenek moyang mereka, dengan kembali membangun dan menghiasi kubur-kubur para nabi, pada hal mereka yang menyetujui pembunuhan para nabi oleh nenek moyang mereka.
Oleh itu Yesus berkata kepada mereka bahawa “..mereka yang menyetujui perbuatan nenek moyang mereka yang membunuh para nabi, sebab mereka sendiri membenci dan menganiaya para nabi yang hidup pada masa mereka sendiri, yang diutus oleh Allah kepada mereka untuk melakukan tugas yang sama, iaitu untuk mengajak mereka bertaubat dan mengarahkan diri mereka kepada Kristus..."
Walaupun mereka menghiasi setiap kubur-kubur para nabi yang telah dibunuh oleh nenek moyang mereka dengan sangat baik sebagai tanda penghormatan, namun pada hari ini mereka dengan sangat keras memusuhi para nabi yang hidup dalam kalangan mereka, iaitu para nabi dan rasul yang telah diutus oleh Tuhan di dalam roh dan kuasa kepada mereka.
Mereka tidak mendengar pemberitaan mereka namun mereka (ahli guru Taurat) membunuh dan menganiaya mereka (para nabi dan rasul) yang diutus oleh Tuhan kepada mereka. Oleh itu Tuhan menguji mereka, dengan membongkarkan kemunafikan mereka yang sangat menjijikkan, dengan mengutus seorang nabi untuk menegur akan dosa-dosa mereka dan memperingatkan mereka akan penghakiman Allah yang akan datang.
Bagaimana dengan diri kita pada hari ini, sebagai seorang yang sesungguhnya percaya kepada Tuhan Yesus, kita harus menyingkirkan segala kepura-puraan dan kemunafikan kita yang ada di hadapan Tuhan. Kita menunjukkan sikap kita di hadapan orang dengan sangat baik, namun dalam hati, kita sangat membenci orang yang datang menegur kita. Hal ini adalah sebuah kepura-puraan.
Oleh itu hiduplah benar di hadapan Tuhan, jangan membenci mereka yang menegur kita.
Doa: Tuhan Yesus, saya datang kepadaMu, mengakui segala dosa kepura-puraan saya, ampunilah dan bersihkanlah hati saya, berilah hati yang ikhlas dan jujur dalam semua tindakan saya, agar setiap orang di sekeliling saya didorong dan diberkati. Di dalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin.
Pr Patrick Taie




Comments