top of page

Tetaplah Memuji Nama Tuhan



“...Hendaklah mereka semua memuji nama TUHAN! Dia lebih agung daripada semua yang lain; Dia lebih berkuasa daripada semua yang di bumi dan di syurga........” Mazmur 148:13


Pemazmur menjemput setiap kita untuk memuji nama Tuhan sentiasa tanpa berhenti dengan menghormati nama-Nya selama-lamanya. Sebab Nama-Nya lebih besar daripada yang lain. Dia lebih mulia daripada langit dan bumi.


Oleh kerana siapa Tuhan itu bagi diri kita, maka kita perlu sentiasa memuji namaNya selama kita masih hidup. Kerana hidup kita ini adalah dibawah kekuasaan-Nya dan semua yang ada didunia ini adalah didalam kekuaasan-Nya. Hal ini bererti bahawa “Dia berkuasa ke atas hidup kita, tanpa Dia siapakah diri kita”


Sikap yang sentiasa memuji Nama Tuhan dalam hidup kita akan membina keyakinan dalam diri kita tentang “siapa Tuhan dalam hidup kita”.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, merendahkan diri saya didalam naungan kasihMu, berikan saya hati yang sentiasa menyembahMu. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin.


Pr Patrick Taie

bottom of page