top of page

Tuhan Sentiasa Menghulurkan Tangan-Nya


“...Dari atas TUHAN menghulurkan tangan-Nya, Dia memegang aku, lalu menarik aku keluar dari air yang dalam..... Maz 18:17


Pemazmur berkata bahawa didalam segala kesulitan yang sedang dia hadapi didalam kehidupannya Tuhan sentiasa datang menghulurkan tangan-Nya dari langit untuk mengeluarkannya daripada segala kesulitan yang dia alami.


Tuhan membebaskannya daripada semua musuh-musuhnya yang sangat kuat dan mengancam dirinya dan daripada orang-orang yang sangat membencikan dirinya. Walaupun dia tidak berdaya dalam cengkeraman mereka.


Ketika dia merasa sangat lemah sewaktu musuh-musuhnya datang menyerangnya TUHAN memberikan dia kekuatan, sehingga dia merasa aman dan selamat sebab Tuhan bersama-sama dengannya melindunginya.


Demikian juga dengan diri kita pada hari ini, Tuhan yang sama akan datang menolong kita sewaktu kita sedang menghadapi berbagai kesulitan dalam hidup ini. Oleh itu janganlah khuatir atau menyerah sebab TUHAN sentiasa berada bersama kita dan mendokong kita.


Apakah anda merasa lemah dan mahu menyerah saat ini kerana kesulitan yang sedang anda hadapi hari ini? Ingat Tuhan yang sama yang disembah oleh pemazmur juga akan datang untuk menolong kita.


Doa: Bapa yang di surga, Engkau adalah kekuatan dan pelindung hidup saya, dalam-Mu saya merasa aman dan tenang, terima kasih Tuhan atas kebaikan-Mu, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, Amin. Oleh Pr Patrick Taie

1 Comment


Alfred
Alfred
Feb 28, 2023

Amen

Like
bottom of page