top of page

Forum Posts

Lizawati Saran
Nov 22, 2023
Mengapa Penolakan tidak Mengecewakannya? content media
0
0
3
Lizawati Saran
Oct 04, 2023
In Kesaksian
Saya sedang bersarapan bersama ahli keluarga saya apabila seseorang menyebut tentang kenalan kami yang enggan datang ke gereja kerana berasa penuh dengan dosa dan tidak layak untuk berada dekat dengan Tuhan. Mendengar hal itu, saya terdiam, merenung sejenak. Saya teringat suatu masa dahulu, saya berasa sangat jauh dari Tuhan, hingga berdoa sahaja terasa seperti seorang yang munafik. Setiap kali saya ingin berdoa untuk sesuatu, suara keras di fikiran saya berkata, 'Kamu munafik! Kamu tidak berdoa pun apabila kamu makan! Sudah berbulan-bulan sejak kali terakhir kamu berdoa. Sekarang, apabila keadaan menjadi sukar, kamu mahu meminta pertolongan Tuhan? Alangkah hebatnya kemunafikan kamu! Adakah kamu fikir Dia akan mendengar doa kamu? Dia tidak akan!' Suara itu sangat kuat sehingga terasa seperti ada orang bercakap terus ke telinga saya. Pada suatu hari, seseorang menjemput kawan saya dan saya ke gerejanya, yang mana kami terima dengan senang hati. Gereja ini kecil, dengan kurang daripada 20 jemaat. Pada hari itu, seorang pengkhutbah dari luar negara telah dijemput untuk menyampaikan khutbah. Apabila panggilan altar diadakan, saya pergi ke hadapan, kerana saya berasa malu untuk tetap duduk apabila semua orang kelihatan menuju ke hadapan. Pengkhotbah meletakkan tangannya di atas kepala saya dan berkata, 'Tuhan berkata, Aku mengashimu anak Ku (I love you my daughter).' Pada ketika itu, saya merasakan kehangatan menjalar di dada saya dan air mata mengalir di pipi saya. Perasaan kekosongan yang saya rasakan sebelum ini kini hilang! Saya berasa segar dan dikasihi! Perkara ini berlaku beberapa tahun lalu semasa saya masih menuntut di universiti tempatan. Kemudian aku mendengar suara lantang berkata di syurga, "Sekarang penyelamatan, kekuatan, kerajaan Allah kita, dan kuasa Kristus-Nya telah tiba; kerana penuduh saudara-saudara kita, yang telah menuduh mereka siang malam di hadapan Allah kita telah disingkirkan. (Wahyu 12:10) Kepada yang selalu merasa tertuduh atas semua kesilapan dan dosa masa lalu, Tuhan berkata, 'Pulanglah wahai anak Ku, Aku mengasihimu' ❤️
Munafik! content media
2
0
8
Lizawati Saran
Sep 30, 2023
In Kesaksian
Beberapa tahun yang lalu, saya menghadiri satu program Kristian selama hampir dua bulan sambil menunggu kelulusan permohonan ijazah saya. Hampir segala-galanya disediakan oleh mereka, termasuk tempat untuk tinggal. Semasa program itu, kami kadang-kadang menghadiri gereja-gereja berbeza di kawasan itu dan mengambil bahagian dalam ibadah mereka. Pernah suatu ketika semasa kami melakukan pelayanan, hujan sangat lebat, jadi saya meminjamkan payung saya kepada orang-orang yang ada di sana. Selepas beberapa jam, kami semua bersedia untuk pulang ke tempat penginapan kami, yang mengambil masa kira-kira 10 hingga 15 minit menaiki kereta. Tetapi apabila kami hendak pergi, saya tidak menemukan payung saya yang mana agak menyakitkan hati, kerana saya sayang payung itu dan ia sangat berguna pada masa itu. Esok harinya, saya bertelefon dengan ibu saya. Saya memberitahunya mengenai payung yang hilang. Kemudian, dia berkata bahawa saya sepatutnya berdoa supaya ia dikembalikan kepada saya, yang mana pada masa itu sangat tidak masuk akal bagi saya. Apa yang hilang sudah hilang, saya tidak akan mendapatkannya kembali. Walau bagaimanapun, saya hanya diam dan tidak mengatakan apa-apa selepas itu. Selepas panggilan berakhir, dengan hati yang berat, saya berkata, "Tuhan, saya mahu payung saya kembali" dan melanjutkan hari saya. Pada petang itu, selepas menghadiri salah satu kelas, saya melihat payung saya, dengan nama saya di dalamnya, dibuka untuk dikeringkan di dalam bilik tamu. Saya agak terkejut. Saya bertanya kepada rakan-rakan saya tetapi tidak ada yang tahu. Kemudian, dengan diam-diam saya berkata dalam hati, "Saya tahu ini adalah Engkau, Tuhan." Saya fikir, seorang malaikat pasti telah meletakkannya di sana, dan ya, memang seorang malaikat. Ia adalah salah seorang mentor kami yang melihat payung itu pada hari berikutnya di gereja itu dan melihat nama saya lalu mengembalikannya. Kita mungkin berpikir bahawa perkara yang telah hilang, tidak akan pernah dikembalikan kepada kita. Ia mungkin sesuatu yang terlalu kecil atau terlalu tidak signifikan untuk diminta. Tetapi saya percaya bahawa tidak ada yang terlalu kecil atau tidak signifikan bagi Tuhan kita untuk diperhatikan. Apa pun yang mempunyai nama kita di atasnya, itu adalah milik kita dan akan dikembalikan kepada kita apabila masanya telah tiba. Bersedia dan terimalah ❤️ "APA YANG HILANG AKAN DIKEMBALIKAN!" AMIN.
Hilang content media
1
1
27
Lizawati Saran
Sep 14, 2023
In Muda Mudi
Dengan iman dan kepercayaan kepada Tuhan, kita dapat mengatasi segala rintangan dan mencapai potensi penuh yang telah diberikan-Nya kepada kita.
Iman dan Percaya Kepada Tuhan content media
1
0
8
Lizawati Saran
Sep 12, 2023
“Aku ini masih muda” content media
0
0
1
Lizawati Saran
Oct 21, 2022
In Kehidupan Kristian
Semalam, saya menghadiri latihan menari di gereja tempat saya beribadah. Salah satu tarian tersebut menggunakan alkitab sebagai prop tarian. Alkitab berada dalam keadaan terbuka sepanjang sesi tarian tersebut. Pada hujung sesi latihan, mata saya tertuju kepada ayat di kanan bawah pada bahagian terbuka di Hosea 2:18-20 (BM) Hai Israel, Aku akan menjadikan engkau isteri-Ku; Aku akan berlaku jujur dan setia; Aku akan menunjukkan kasih dan belas kasihan kepadamu, serta menjadikan engkau milik-Ku selama-lamanya. Aku akan menepati janji-Ku dan menjadikan engkau milik-Ku, dan engkau akan mengakui Aku sebagai TUHAN. Pada masa itu, Aku akan menjawab doa-doa umat-Ku Israel. Setelah melalui badai yang kuat di dalam hidup saya dalam beberapa tahun ini, Tuhan menyatakan isi hati-Nya melalui firman tersebut. Betapa Dia memujuk seorang Lizawati yang dihancurkan oleh dunia. Sedikit di atas ayat tersebut, ada ditulis “Aku akan membawa dia ke padang gurun lagi. Di sana, Aku akan memujuk dia dengan kata-kata cinta." (Hosea 2:13) Terkadang cara Tuhan menyampaikan cinta-Nya itu sedikit mengelikan hati namun membuat hati berbunga-bunga. Dalam diam seorang penari yang masih tertatih-tatih mengejar pattern tarian, tersenyum lebar menerima "surat cinta" dari sang Kekasih Hati. Tuhan memberkati. *Nama Israel di ubah menjadi namamu di ayat alkitab tersebut
Aku akan menjadikan engkau isteri-Ku content media
6
2
160

Lizawati Saran

More actions
bottom of page