Support Us
Support Us
Cari
3189 results found with an empty search
- Hidup Sederhana Dan Bijaksana
Oleh Adonis dan Joanna
- Setialah Kepada Tuhan
Oleh Pr Delly Amera
- Biarlah Injil-Mu Hidup dalam Hatiku
“Kerajaan Allah seumpama ragi yang diambil seorang perempuan dan dicampurkan dengan tiga sukat tepung sehingga seluruh adunannya naik.” Lukas 13:21 AVB Yesus berkata kepada orang ramai bahawa kerajaan Allah sangat berbeza daripada kerajaan dunia ini. Sebab kerajaan Allah tidak menggunakan kuasa tentera untuk menundukkan bangsa-bangsa atau menggunakan kuasa lahiriah untuk mengalahkan pasukan tentera. Akan tetapi, kerajaan Allah bertindak seperti ragi, dengan diam-diam dan tanpa kita sedari, tanpa paksaan atau kekerasan untuk mengerjakan sesuatu. Kerajaan Allah terjadi dengan cara yang amat sederhana, seperti ragi yang dicampurkan oleh seorang perempuan ke dalam beberapa sukat tepung. Walaupun sedikit sahaja ragi dicampurkan dengan tepung yang sangat banyak, namun adunan itu akan naik atau mengembang beberapa kali ganda untuk dibakar menjadi roti. Demikianlah permulaan kerajaan Allah yang kelihatan sangat kecil, namun kemudian ia akan menghasilkan sesuatu yang sangat besar dalam hidup manusia. Sebagaimana ragi yang hanya sedikit bekerja secara diam-diam dari dalam tepung, kerajaan Allah juga akan makin hari makin besar, tersebar luas ke serata bumi dan mengubah hati nuraini manusia secara diam-diam dari dalam dengan penuh kuasa. Ajaran Tuhan Yesus yang mula-mula disampaikan oleh sejumlah murid yang kecil bilangannya akan tersebar dengan sangat ajaib ke seluruh dunia kepada bilangan orang yang tidak terkira ramainya. Kerajaan Allah akan sentiasa menang dengan membawa keharuman pengenalan Tuhan Yesus di mana-mana jua dengan cara yang tidak dapat difahami, melebihi apa yang dapat diharapkan dan difikirkan. Oleh itu, marilah kita berserah hanya kepada Tuhan Yesus dengan menerima Injil ke dalam hidup kita. Biarlah Injil bekerja dalam hati kita. Injil itu pasti akan melakukan perkara-perkara ajaib, dan mengubah jiwa manusia sehingga menjadi milik Tuhan. Pastilah bahawa Injil itu akan perlahan-lahan mengubah kita dan terserlah dalam hidup kita demi kemuliaan Allah. Doa: Ya Tuhan Yesus, ajarlah aku untuk membiarkan Injil-Mu menguasai hidupku dan mengubah hidupku. Biarlah keharuman Injil-Mu itu akan terus hidup dalam hatiku sehingga membawa orang lain percaya kepada-Mu. Dalam nama-Mu yang mulia aku berdoa. Amin. Pr Patrick Taie
- DOA NECF Hari 30: Menerima Panggilan Tuhan
Kitab Suci: Yesaya 6:8 “Lalu aku mendengar suara Tuhan berkata: "Siapakah yang akan Kuutus, dan siapakah yang mau pergi untuk Aku?" Maka sahutku: "Ini aku, utuslah aku!” Menerima panggilan Tuhan memerlukan hati yang takut akan-Nya dan mengakui kekuasaan-Nya. Tanggapan Yesaya datang selepas perjumpaan dengan keagungan Tuhan, yang tidak hanya mendedahkan ketidaklayakannya tetapi juga menyucikannya untuk pelayanan. Hal ini menyerlah bagaimana takut akan Tuhan mendorong kita untuk mentaati panggilan-Nya dengan kepercayaan dan kerelaan. Sepanjang siri ini, kita telah merenungkan tentang takut akan Tuhan sebagai individu: mengakui kedaulatan-Nya, mengejar kekudusan, berserah kepada kehendak-Nya, dan mempercayai keadilan-Nya. Setiap prinsip ini mempersiapkan kita untuk menerima panggilan Tuhan, ke mana pun Dia memimpin kita. Ketika Tuhan memanggil saya ke dalam pelayanan pastoral, itu menguji kepercayaan dan ketaatan saya. Namun, melangkah ke dalam panggilan-Nya mendatangkan berkat yang jauh melampaui apa yang dapat saya bayangkan. Ketika anda meneruskan puasa ini, semoga anda menanggapi panggilan-Nya dengan keberanian dan sukacita, percaya bahawa rencana-Nya bagi anda adalah baik. Renungkan: Bagaimana anda akan memberi respons kepada panggilan Tuhan dalam hidup anda hari ini? Doa Hari Ini: Tuhan, saya berserah kepada panggilan-Mu. Baik dalam tindakan iman yang kecil mahupun tugas-tugas besar, ajarlah saya untuk mentaati-Mu dengan rasa hormat dan percaya. Ketika penghujung puasa ini semakin hampir, semoga hati saya tetap peka kepada suara-Mu dan setia kepada tujuan-Mu. Inilah saya. Utuslah saya. Dalam Nama Yesus, Amin. Berdoalah agar kita, sebagai orang percaya Kristus, akan mengerjakan keselamatan kita dengan takut dan gementar, menjaga hubungan baik dengan Tuhan dan sesama, mengetahui bahawa kita secara peribadi bertanggung jawab atas perjalanan rohani kita dengan Dia. (Filipi 2:12) Skandal 1MDB telah dikenali sebagai kes kleptokrasi terbesar pada tahun 2016 dan salah satu skandal kewangan terbesar dalam sejarah dunia. Walau pun Kerajaan Perpaduan telah berjanji untuk membersihkan rasuah sistemik, berdoalah agar semua dana kerajaan akan dibelanjakan sesuai peruntukannya, dan agar perkhidmatan sosial dan awam yang penting seperti perkhidmatan kesihatan, pendidikan, dan kerja-kerja infrastruktur, tidak akan terjejas. Rev Datuk Jerry Dusing
- Hari 30: Yesus, Satu-Satunya Jalan
Tarikh: 5 September 2025 Ayat Fokus: Wahyu 20:11-15, terutamanya ayat 12 Dosa pertama Adam dan Hawa, penyembahan anak lembu emas, rungutan orang Israel walaupun Tuhan menjaga mereka, dan kegagalan mereka untuk mentaati perintah Tuhan, semuanya membawa kepada pemisahan daripada Nya. Apabila Yesus datang kembali, setiap daripada kita akan berdiri di hadapan Nya dan dihakimi atas dosa-dosa kita. Ini seperti kesalahan dalam ujian kita dibacakan di hadapan seluruh kelas! Ya, memang menakutkan apabila kita memikirkan tentang penghakiman terakhir! Setiap dosa tersembunyi, setiap kesalahan yang pernah kita lakukan, semuanya akan didedahkan di hadapan Tuhan, tanpa dapat disembunyikan. (Ya, Tuhan memang pakar dalam bermain “sembunyi-sembunyi”, kerana Dia mengetahui segala sesuatu dan Dia ada di mana-mana!) Sama ada menipu, mencuri, menyembah berhala, atau tidak mentaati Tuhan, semuanya akan ditunjukkan kepada kita, dan kita layak dihukum. Namun, masih ada harapan. Sama seperti orang Israel melihat kepada ular tembaga untuk disembuhkan, kita juga boleh melihat kepada Kristus. Melalui pengorbanan-Nya, nama kita akan ditulis dalam Kitab Kehidupan jika kita percaya kepada-Nya dan menerima-Nya sebagai Juruselamat. Tidak kira apa pun dosa yang telah kita lakukan, Yesus, dalam belas kasihan-Nya, telah menanggung semua hukuman kita dan berkata: “Aku telah membayar untuk dosa dosamu; sekarang kamu BERSIH!” Marilah kita menghafal ayat ini: “Allah begitu mengasihi dunia sehingga menganugerahkan Anak-Nya yang tunggal supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa melainkan mendapat hidup kekal” (Yohanes 3:16) Renungkan: Bukankah Allah itu pengasih? Semasa kita masih berdosa, Kristus telah mati untuk kita. Bayangkan betapa mengerikan jika kita tiada jalan keluar dan terpaksa menanggung hukuman dosa kita sendiri. Doa Hari Ini: Allah Bapa yang di syurga, kini saya memahami bahawa kasih setia-Mu tidak berkesudahan, rahmat Mu tidak pernah berakhir. Daripada menghukum saya, Engkau telah memberikan Anak-Mu kepada saya. Segala kemuliaan bagi Tuhan! Dalam nama Yesus saya berdoa. Amin. Gereja: Berdoa agar kita takut akan Tuhan dan mengikut Nya seumur hidup kita, walaupun banyak godaan dan pengaruh yang cuba membuat kita melupakan Yesus. (Filipi 2:12) Bangsa: Berdoa agar kerajaan kita menggunakan dana negara dengan bijaksana, dan laporan kewangan menjadi telus supaya rakyat Malaysia dapat mempercayai kerajaan dalam menguruskan dana awam.
- Doa Puji Harian
Disediakan oleh: 24-7 Prayer Malaysia
- Kemurahan Hati Sebagai Ibadah
Oleh Adonis dan Joanna
- Jangan Berhenti Berbuat Baik
Antara nasihat akhir Paulus kepada jemaah di Galatia ialah mereka janganlah jemu berbuat baik kerana pada musimnya nanti mereka akan menuai jika mereka tidak berputus asa. Oleh itu, apabila ada peluang, mereka haruslah berbuat baik kepada semua orang, lebih-lebih lagi saudara-saudara seiman. (Galatia 6:9-10 AVB) Sebab perbuatan baik merupakan hasil seseorang yang dipimpin oleh Roh Kudus setelah dia menerima Yesus ke dalam hidupnya. “Sebaliknya, buah Roh ialah kasih, sukacita, damai sejahtera, kesabaran, kemurahan, kebaikan, kesetiaan, lemah lembut dan penguasaan diri. Tiada hukum yang menentang segala ini.” (Galatia 5:22-23 AVB) Oleh itu, sebagai seorang yang mengakui diri dipimpin oleh Roh Kudus, dia haruslah sentiasa berbuat baik tanpa mengenal jerih lelah. Dengan kata lain, dia seorang yang kaya dengan amal kebajikan, sedia memberi, dan rela berkongsi walaupun dia menghadapi pelbagai cabaran atau usaha murninya seolah-olah tidak membuahkan apa-apa hasil. Berbuat baik kerana didorong oleh iman kepada Tuhan Yesus amat penting dalam hidup seorang Kristian. Sesungguhnya, sesiapa yang berbuat baik, maka dialah milik Allah dan diperkenan-Nya. Dia akan dilimpahi berkat Allah mengikut masa-Nya. Kesimpulannya, janganlah kita patah semangat atau putus asa untuk berbuat baik kepada orang lain selama kita hidup dan berpeluang, kerana kita tahu bahawa dalam Tuhan Yesus, jerih lelah kita tidak akan sia-sia. (1 Korintus 15:58) Doa: Ya Bapa yang di syurga, aku sangat bersyukur kepada-Mu kerana aku dikurniai hidup. Ajarlah aku untuk menjalani hidup ini secara bijak dengan memanfaatkan setiap peluang untuk berbuat baik kepada orang lain. Dalam nama Yesus aku berdoa. Amin. Pr Patrick Taie
- Hari 29: Mematuhi Lebih Baik Daripada Korban
Tarikh: 4 September 2025 Ayat Fokus: 1 Samuel 15:10-23, terutamanya ayat 22 Bagi kamu yang mempunyai adik beradik, pasti kamu faham kisah ini. Bayangkan ada satu peraturan di rumah yang mengatakan setiap orang hanya boleh mengambil dua keping biskut pada satu masa. Suatu hari, kamu pergi ke balang biskut dan mengambil empat keping. Apabila ibu bertanya mengapa kamu mengambil terlalu banyak, kamu menjawab kamu ambilkan untuk adikmu. Ibu pun berkata, “awww...” dan membiarkan kamu mengambilnya. Tetapi secara diam-diam, kamu makan tiga biskut dan hanya memberikan satu kepada adikmu. Kemudian, ibu mendapat tahu dan... PIAK! Kamu pun dirotan! Saul melakukan perkara yang sama. Tuhan telah memerintahkannya untuk memusnahkan segala-galanya milik musuhnya, termasuk semua kambing, lembu, dan domba, sebagai tanda ketaatan. Tetapi Saul menjadi tamak dan berfikir sendiri, “Alah, membazir saja. Aku bunuh yang buruk-buruk saja, yang elok aku simpan. Nanti aku buat sedikit korban untuk Tuhan, jadi dua-dua untung!” Namun, Tuhan sangat tidak berkenan dengan sikap Saul. Sebagai hukuman, Tuhan menolak Saul sebagai raja dan memilih Daud untuk menggantikannya. Nabi Samuel kemudian mengucapkan satu ayat yang sangat penting: “Mematuhi itu lebih baik daripada korban sembelihan.” Ingatlah, Tuhan Maha Tahu — Dia tahu segala sesuatu, termasuk semua kebaikan dan kejahatan yang kita lakukan. Tuhan melihat hati kita. Jadi, lain kali apabila kamu berfikir, “Saya curi gula-gula ni sebab nak kongsi juga mah,” atau “Saya tipu sikit saja untuk menyenangkan hatinya”, fikir semula — Tuhan melihat dosa kamu. Tiada dosa yang baik atau yang buruk, dosa tetap dosa. Renungkan: Apakah dosa yang sering kita lakukan tetapi kita fikir ia perkara yang baik? Adakah kamu fikir Tuhan akan menerima alasanmu? Doa Hari Ini; Ya Tuhan, terpujilah Nama Mu. Engkau tahu segala sesuatu dan melihat hatiku yang sebenar. Bentuklah saya dan ubahlah hati saya, ya Tuhan. Dalam nama Yesus saya berdoa. Amin. Gereja: Berdoa agar kita semakin mengenal Allah Bapa, Yesus, dan Roh Kudus apabila kita meluangkan masa membaca Alkitab setiap hari, kerana Alkitab menceritakan tentang mereka. (Baca Kolose 2:6-7) Bangsa: Berdoa agar kita tidak melabel bangsa lain sebagai pemalas, tamak, atau bodoh, tetapi menggunakan lidah kita untuk memuji dan memberi dorongan kepada sesama manusia.
- DOA NECF Hari 29: Mempercayai Keadilan Tuhan
Kitab Suci: Pengkhotbah 12:14 “Karena Allah akan membawa setiap perbuatan ke pengadilan yang berlaku atas segala sesuatu yang tersembunyi, entah itu baik, entah itu jahat. ” Mempercayai keadilan Tuhan bererti hidup dengan integriti, mengetahui bahawa Dia melihat segala sesuatu dan akan menghakimi dengan adil. Daud percaya keadilan Tuhan ketika dia membiarkan Saul hidup, meskipun Saul terus-menerus berusaha membunuhnya. Rasa takut akan Tuhan menuntunnya untuk bertindak dengan integriti, walau pun di bawah tekanan yang sangat besar. Pada tahun pertama saya menjadi Presiden SIB Sabah, kami menghadapi tantangan yang signifikan ketika bahan pengajaran kanak-kanak dan buku-buku seorang ahli dirampas. Setelah banyak berdoa dan berunding, kami memutuskan untuk mencabar perampasan tersebut. Meskipun prosesnya sukar, mempercayai keadilan Tuhan membawa kejelasan dan penyelesaian yang baik. Pengalaman ini menguatkan kepercayaan saya terhadap rencana Tuhan yang benar dan memperkuat kedudukan perundangan SIB. Ketika anda berpuasa dan berdoa, ingatlah bahawa Tuhan melihat pergumulan anda dan akan melaksanakan tujuan-Nya pada waktu-Nya yang sempurna. Renungkan: Apakah anda menaruh kepercayaan anda pada keadilan Tuhan, atau apakah anda tergoda untuk mengambil tindakan sendiri? Doa Hari Ini: Hakim yang Adil, saya menaruh kepercayaan saya pada keadilan-Mu. Tolong saya untuk hidup dengan integriti dan melawan perasaan buntu. Sepanjang puasa ini, ajar saya untuk bergantung pada masa dan kebenaran-Mu. Dalam Nama Yesus, Amin. Berdoalah agar kita, sebagai orang percaya Kristus, akan berakar dalam Firman Tuhan dengan merenungkan Firman-Nya yang hidup setiap hari, sehingga kita akan mengembangkan kebijaksanaan dan bebas daripada kekotoran dunia. (Kolose 2:6-7) Stereotaip perkauman telah tertanam dalam fikiran rakyat Malaysia sejak era penjajahan British, dan, pada masa kini, pernyataan yang dibuat oleh para pemimpin politik kita tidak membuat situasi menjadi lebih baik. Berdoalah agar rakyat Malaysia akan membuang semua prasangka ini dan belajar untuk menghargai satu sama lain. Rev Datuk Jerry Dusing
- Doa Puji Harian
Disediakan oleh: 24-7 Prayer Malaysia
- Menjadi Jemaat Teladan Untuk Kristus
Oleh Pr Maria Martin











