top of page

Cari

3262 results found with an empty search

  • Jikalau Kita Mahu Hidup, Berikan Hidup Kita kepada Orang Lain.

    Make your time on earth count for eternity. Kita semua diberikan saat dan minit yang sama di dalam satu hari. Kita semua diberikan satu matlamat yang sama iaitu menjadi lebih seperti Kristus. Salah satu karakter Yesus ialah “tidak mementingkan diri sendiri” (not selfish). Jadi, jikalau matlamat kita di hidup ini ialah untuk menjadi lebih seperi Kristus, kita haruslah menjadi orang yang “tidak mementingkan diri sendiri”. Kerana ini bermakna Yesus adalah kasih. “Allah sentiasa adil dan tidak akan melupakan kerja serta usaha kasih yang telah kamu tunjukkan untuk nama-Nya, iaitu kamu telah dan sedang melayan orang yang salih.” (‭‭Ibrani‬ ‭6‬:‭10‬ ‭AVB‬‬) Ganjaran kita di syurga adalah akan bergantung kepada apa yang kita lakukan di dunia. Satu hari kita semua akan berhadapan dengan Tuhan. Di dalam konteks masa kita di Marketplace, Tuhan akan bertanya “Apa yang telah anda lakukan, dengan apa yang diberikan kepada kita di Marketplace ? “ Apakah yang akan kita katakan ? “Saya dapat menjanakan banyak duit, bersara dan mati?” Kita diletakkan di dunia adalah untuk lebih daripada itu. Mari kita hidup dengan tidak mementingkan diri kita dan berikan hidup kita kepada orang lain demi kerajaan Allah. Mungkin apabila ditanya satu hari nanti kelak, kita boleh menyatakan “saya telah memberikan yang terbaik untuk Tuhan. Saya telah menyerahkan segalanya. Apa yang saya ada saya berikan untuk perkembangan kerajaan Tuhan dan untuk Injil” Salah satu perkara yang utama yang boleh kita lakukan ialah untuk memberikan hidup kita kepada orang lain. Menjadi murah hati dengan apa yang diberikan kita di Marketplace - wang, sumber tenaga, masa dan talenta kita. Upah kita adalah di syurga satu hari nanti. Make your time on earth count for eternity. Jadikanlah hidup kita bermakna untuk kekekalan. Bantulah orang lain untuk mengenali Kristus di Marketplace. Bantu mereka untuk menemui tujuan hidup mereka di dalam Kristus. Kita mendewasakan mereka di dalam Kristus di tempat pekerjaan. Kita membantu mereka mencari panggilan Tuhan di dalam pelayaran mereka. Kita membantu mereka melakukan dan mengambil bahagian di dalam misi. Apabila kita memberikan hidup kita, kehidupan kita bergerak ke dimensi yang baru. Kita akan mendapat makna yang baru di dalam kehidupan kita dan di dalam pekerjaan kita di Marketplace. Satu keterujaan yang baru. Satu “excitement” yang baru. Apabila kita mula memberikan hidup kita, kita mula hidup dengan kepenuhan berkat Kristus.

  • CiptaanNya Memberitakan KemuliaanNya

    “...Betapa terangnya langit menyatakan kemuliaan Allah! Betapa jelasnya cakerawala menunjukkan perbuatan-Nya!... Maz 19:1 Pemazmur berkata kepada kita bahawa “...langit menceritakan tentang kemuliaan Allah dan memperlihatkan pekerjaan tangan-Nya yang sangat menakjubkan. Dimana pemazmur menggabungkan kemuliaan Allah didalam keindahan alam semesta. Setiap hari yang baru memberitakan tentang pesanNya, manakala pada setiap malam hari Allah menjelaskan tentang kuasaNya. Walaupun kita tidak dapat mendengar suara atau berita atau kata-kata daripadaNya. Namun melalui ciptaanNya maka diperlihatkanNya kepada kita pekerjaan tangan-Nya, walaupun ciptaanNya tidak dapat berkata-kata secara bersuara namun cahaya yang di langit menceritakan kemuliaan Allah sehingga terdengar sampai ke hujung dunia. Ingat melihat ciptaanNya bererti melihat pekerjaan tanganNya, sebab segala ciptaanNya menceritakan tentang kemuliaanNua. Dengan itu kita harus sedar bahawa alam semesta adalah cara Allah memberitakan tentang kemuliaanNya kepada kita. Kebesaran, keteraturan, keajaiban alam semesta menyebabkan kita sedar bahawa betapa agung Allah yang telah menciptakan semuanya. Walaupun kesaksian alam semesta terbatas namun kebesaran, keteraturan dan keajaibanNya sudah cukup untuk memberitakan kemuliaanNya. Ingat alam semesta bekerja tanpa bersuara, melihatnya kita melihat kemuliaan Allah. Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memuji dan mengagungkan namaMu kerana ciptaanMu, yang sentiasa berkata kepada saya bahawa Engkau Tuhan, yang berkuasa dan agung. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin. Pr. Patrick Taie

  • Mengerjakan Visi Allah

    Oleh Pr Helfidiana Paris

  • Mengasihi Tuhan dan Orang Lain di Marketplace

    “Lakukan segala kerja dengan sebulat hatimu untuk Tuhan, bukan untuk manusia, kerana kamu tahu bahawa daripada Tuhan kamu akan menerima warisan sebagai ganjaranmu. Kristus ialah Tuanmu dan kamu hamba-Nya.” Kolose‬ ‭3‬:‭23‬-‭24‬ ‭AVB‬‬ “Daripada sikapmu yang saling mengasihi itu, semua orang akan tahu bahawa kamu murid-Ku." Yohanes‬ ‭13‬:‭35‬ ‭AVB‬‬ “Saudara-saudaraku, kami menyeru kamu supaya menghormati orang yang berjerih payah dalam kalanganmu, memimpin dan menasihatimu dalam Tuhan. Layanilah mereka dengan sepenuh hormat dan kasihilah mereka kerana segala yang diusahakan oleh mereka. Hiduplah bersama-sama dalam aman damai.” ‭‭1 Tesalonika‬ ‭5‬:‭12‬-‭13‬ ‭AVB‬‬ Bekerja - avodah - bukan sahaja sekadar kita menerima berkat daripada Tuhan, tetapi juga cara kita melayani dan menunjukkan kasih kita kepada Tuhan. Bagaimanakah kita boleh melayani Tuhan melalui kerja kita? Dengan melakukannya untuk menyenangkan Tuhan - dengan kecemerlangan, integriti, dan sukacita. Dengan bekerja dengan sepenuh hati untuk Tuhan, berbanding dengan manusia. Dengan membiarkan iman kita tercermin dalam cara anda melakukan kerja anda. Inilah cara kita melayani dan mengasihi Tuhan melalui kerja kita, dan bagaimana orang lain akan melihat iman kita. Melayani Tuhan dalam pekerjaan kita akan menyebabkan kita melayani orang lain. Tempat kerja kita boleh dipenuhi dengan keperluan, tekanan dan konflik. Konflik personaliti, kesalah-anggapan komunikasi, kesilapan dan isu di tempat kerja semuanya datang daripada karakter manusia. Kita akhirnya bekerja untuk Tuhan, tidak kira siapa bos kita di tempat kerja kita, atau bagaimana rakan sekerja kita, Kerja kita adalah peluang yang besar untuk membawa sukacita, kedamaian dan kasih sayang ke dalam situasi yang tertekan di tempat kerja. Roh Kudus dalam diri kita memberi kita kuasa untuk berkongsi belas kasihan dan simpati dengan orang lain. Dan untuk mencari cara untuk mengatasinya apabila kita melihat rakan sekerja, pemimpin atau pelanggan yang memerlukan bantuan, dengan penuh kasih sayang dan rasa hormat. Mengongsikan belas kasihan. Ia boleh melalui sesuatu yang mudah seperti perkataan yang menggalakkan, berdoa dengan seseorang yang mengalami masa sukar atau menawarkan untuk membantu seseorang yang sedang bergelut. Menunjukkan kasih sayang. Menghasilkan kerja yang cemerlang, mengiktiraf sumbangan orang lain, bersikap baik dalam semua keadaan, dan bercakap benar adalah cara kasih sayang boleh dikongsi di tempat kerja. Menunjukkan rasa hormat. Beri perhatian sepenuhnya kepada orang lain. Dengar dan hormati pandangan mereka. Kita tidak perlu bersetuju, tetapi kita sentiasa boleh menunjukkan rasa hormat dan berusaha untuk memahami. Tempat kerja menyediakan banyak peluang untuk melayani orang lain dengan kasih sayang dan dengan berbuat demikian, kita berkongsi kasih Kristus dengan mereka. Doa Allah Bapa, terima kasih atas keistimewaan dapat melakukan pekerjaan saya dalam perkhidmatan kepada-Mu dan orang lain. Bantu saya untuk menjadi cahaya kepada semua yang saya hubungi melalui kerja saya supaya saya menunjukkan orang lain kepada-Mu dalam semua yang saya lakukan. Semoga ia untuk kemuliaan-Mu. Dalam nama Yesus. Amen.

  • Pujilah dan Agungkanlah Tuhan

    “...TUHAN hidup! Pujilah pembelaku! Isytiharkanlah keagungan Allah penyelamatku!.... Maz 18:47 Pemazmur berkata kepada kita bahawa “…dia memuji TUHAN yang hidup, pembelanya dan mengagungkan kebesaranNya penyelamatnya. Sebab Dia memberikan dirinya kemenangan atas musuhnya dan menaklukkan bangsa-bangsa di hadapannya dan menyelamatkannya daripada lawannya Kemengan yang dinikmati olehnya ke atas musuh-musuhnya datang daripada Tuhah yang melindunginya daripada orang-orang yang jahat. Oleh itu pemazmur terus menaikkan pujian dan mengagungkan kebesaranNya. Pemazmur tidak lupa punca segala yang sedang dinikmati didalam kehidupannya pada saat ini, dia tahu bahawa segalanya berpunca daripada Tuhan. Dengan itu pemazmur memuji Tuhan dengan mengatakan aku memuji Batu karangku, Allah yang menyelamatkan aku”.. Bagaimana dengan diri anda hari ini? Apakah anda sedar bahawa segala yang anda nikmati pada hari ini adalah berpunca daripada campurtangan Tuhan. Tanpa Tuhan segalanya pasti tidak terjadi dengan luar biasa. Dengan itu pujilah dan agungkanlah Tuhan sepanjang hidup kita, sebab didalam Dia kita boleh menikmati kemenangan demi kemenangan didalam hidup ini. Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memuji dan mengagungkan namaMu kerana kehadiran Mu saya dapat menikmati perkara-perkara yang besar dalam hidup ini. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin. Pr Patrick Taie

  • Pekerjaan Adalah Ibadah Kepada Tuhan (Work is Worship)

    Ini adalah asas yang penting. Langkah-langkah yang lain bersiri di atas asas yang utama ini. Work is worship. Pekerjaan adalah ibadah kepada Tuhan. Pekerjaan adalah rancangan Tuhan dari awal lagi semasa manusia diciptakan. Buku Kejadian di dalam Alkitab mengatakan bahawa Tuhan menciptakan manusia untuk bekerja. Kita semua diciptakan menurut rupa Allah. Tuhan sendiri bekerja untuk 6 hari dan rehat pada hari yang ke 7 Di dalam ‭‭2 Tesalonika‬ ‭3‬:‭10 paulus mengatakan "Sesiapa yang tidak mahu bekerja, tidak boleh makan.". Ini penting untuk kita menukarkan polar kefahaman kita. Ada yang memikirkan bahawa pelayanan di gereja adalah lebih rohani daripada kita bekerja di pejabat, di hospital, di sekolah, di kolej, di tempat perniagaan dsb. Perkataan Ibrani “work” and “worship” atau “pekerjaan” dan “ibadah” adalah datangnya daripada perkataan yang sama iaitu “avodah” Apabila alkitab menyatakan di dalam keluaran Keluaran 20:9 (AVB) Enam hari lamanya engkau harus bekerja (Avodah) dan melakukan segala pekerjaanmu .... perkataan asli bekerja di sini ialah “avodah.” Apabila Tuhan menyuruh Musa berkata kepada Firaun, di dalam Keluaran 9:1 (AVB) Tuhan berfirman kepada Musa, "Pergilah menghadap Firaun dan katakanlah kepadanya, 'Beginilah firman Tuhan , Allah orang Ibrani, "Izinkanlah umat-Ku pergi, supaya mereka dapat beribadat (Avodah) kepada-Ku.... Perkataan asli ibadat, atau worship disini ialah “avodah” Jadi saudara pekerjaan adalah avodah, ibadah adalah avodah di dalam bahasa aslinya. Bermaksud, pekerjaan adalah ibadah kita kepada Tuhan. Apakah pekerjaan “secular” atau “sacred” (Sekular atau suci)? Kebanyakan orang akan memikirkan bahawa jikalau kita bekerja sebagai seorang misionari atau pastor sepenuh masa adalah lebih suci daripada mereka yang bekerja di tempat pekerjaan yang biasa. Bekerja sebagai seorang penyapu sampah, seorang pembantu rumah, seorang arkitect, seorang nurse, seorang doktor, seorang akauntan, seorang kontraktor dsb adalah tidak kurang sucinya berbanding dengan mereka yang bekerja di gereja dan badan misi sepenuh masa. Marketplace adalah tempat misi di zaman modern kita sekarang oleh kerana trend urbanisasi. Samada pekerjaan kita sekuler ataupun suci, bukanlah ditentukan oleh APAKAH jenis pekerjaan kita, tetapi adalah ditentukan oleh MENGAPA kita melakukannya. Wang tidak menentukan samada pekerjaan kita suci atau tidak Tugasan tidak menentukan samada pekerjaan kita suci atau tidak. Tetapi kepercayaan teras (Core Beliefs), nilai teras (Core Values) dan tujuan teras. (Core Purposes) yang akan menentukan samada pekerjaan kita sekuler atau sakred. Kita haruslah memberikan yang terbaik di dalam pekerjaan kita kerana itu adalah kita melayani Tuhan dan bukan manusia. Kolose 3:23 (AVB) 23 Lakukan segala kerja dengan sebulat hatimu untuk Tuhan, bukan untuk manusia, 24 kerana kamu tahu bahawa daripada Tuhan kamu akan menerima warisan sebagai ganjaranmu. Kristus ialah Tuanmu dan kamu hamba-Nya. Kita adalah sama sebagai seorang pekerja di marketplace dan saya adalah orang yang sama apabila saya menjalani tugas di gereja. Kita adalah orang yang sama walaupun fungsi dan tugasnya berbeza di dalam pelayanan di marketplace dan pelayanan di gereja. Kedua-duanya adalah disatukan di dalam kita dan tubuh saya adalah Bait Suci Roh Kudus. Selamat melayani di marketplace.

  • Made To Be Greater

    Pr Christina Ang

  • Mencari Tujuan Hidup Di Tempat Pekerjaan

    Selepas pekerjaan Penciptaan Tuhan, Kejadian 2:2 memberitahu kita, “Setelah Allah siap menyelesaikan kerja penciptaan-Nya pada hari ketujuh itu, Dia pun beristirahat daripada segala pekerjaan yang telah dibuat-Nya itu” Selepas Tuhan menciptakan Adam, Adam segera menerima tugas pertamanya untuk mengusahakan taman itu (Kejadian 2:15). Bekerja adalah satu rahmat, tetapi dosa memberi kesan kepada kerja (duri, tekanan, kecurangan dan sebagainya). Syukurlah, Yesus bukan sahaja menebus kita melalui kematian dan kebangkitannya, dia juga menebus pekerjaan kita. Kita haruslah memberikan yang terbaik di dalam pekerjaan kita kerana itu adalah kita melayani Tuhan dan bukan manusia. Kolose 3:23 (AVB) 23 Lakukan segala kerja dengan sebulat hatimu untuk Tuhan, bukan untuk manusia, 24 kerana kamu tahu bahawa daripada Tuhan kamu akan menerima warisan sebagai ganjaranmu. Kristus ialah Tuanmu dan kamu hamba-Nya. Maksudnya, untuk menjadi pelayan Tuhan, kita adalah sama di tempat pekerjaan kita dan sama di gereja. Kita mungkin adalah seorang kerani di pejabat dan pemimpin pujian di gereja. Tetapi, kita adalah orang yang sama tetapi berbeza fungsi dan tugasnya di dalam pelayanan di marketplace dan pelayanan di gereja. Kedua-duanya adalah disatukan di dalam kita. Kerana pekerjaan adalah sakred (suci) dan tubuh saya adalah Bait Suci Roh Kudus. (Temple of the Holy Spirit) Pekerjaan adalah ibadah kita kepada Tuhan. Perkataan Ibrani “work” and “worship” atau “pekerjaan” dan “ibadah” adalah datangnya daripada perkataan yang sama iaitu “avodah” Apabila alkitab menyatakan di dalam keluaran .. “Hendaklah kamu bekerja selama enam hari, tetapi hendaklah kamu berhenti pada hari ketujuh,”... perkataan asli bekerja di sini ialah “avodah.” Apabila Musa berkata kepada Firaun, “"Izinkanlah umat-Ku pergi, supaya mereka dapat beribadat kepada-Ku”.... Perkataan asli ibadat, atau worship di sini ialah “avodah” Jadi saudara pekerjaan adalah avodah, ibadah adalah avodah di dalam bahasa aslinya.Bermaksud, pekerjaan adalah ibadah kita kepada Tuhan. Setiap daripada kita diciptakan oleh Tuhan untuk pekerjaan tertentu yang Tuhan sediakan untuk kita lebih awal (Efesus 2:10) dan kita masing-masing diberikan dengan kurnia khusus yang membolehkan kita menyumbang kepada fungsi keseluruhan tubuh Kristus (Roma 12:4-8). Dari perspektif Tuhan, satu pekerjaan tidak lebih baik atau lebih penting daripada yang lain. Kita harus mengubah pemikiran kita dan postur kita, dengan menyatakan bahawa kerja kita adalah ibadah kepada Tuhan. Work is worship. Kita dicipta untuk tujuan: Tuhan telah mencipta dan memberkati kita dengan kemahiran khusus supaya kita boleh memberkati orang lain melalui kerja kita. Kita bekerja untuk Tuhan: Tidak kira siapa bos kita, ingatlah bahawa keredhaan Tuhanlah yang akhirnya penting untuk kita cari. Letakkanlah keperluan orang lain di atas keperluan kita sendiri: Kerendahan hati bukanlah meremehkan diri kita sendiri, tetapi memikirkan diri kita kurang, dengan melihat bagaimana kita boleh melayani orang lain. Apakah yang boleh kita lakukan untuk menjadikan kerja anda sebagai ibadah? Doa Bapa, terima kasih atas pekerjaan yang telah Engkau berikan kepada saya dan keistimewaan untuk melakukan pekerjaan saya dalam perkongsian dengan-Mu demi kemuliaan-Mu. Bantulah saya untuk menggunakan kemahiran saya sebagai ibadah kepada-Mu dan dalam pelayanan kepada-Mu dan orang lain. Dalam nama Yesus. Amen.

  • Tuhan Penjagaku

    “...Engkau menjaga aku supaya aku tidak ditawan, dan aku tidak pernah jatuh..." Maz 18:37 Pemazmur berkata bahawa “..Allah telah mengaruniakan kepada dirinya kekuatan secara jasmani untuk menjalani tugas peperangannya sehingga dia tidak pernah jatuh. Sebab Tuhan memberikan dia tempat yang luas untuk melangkah. Oleh kerana Tuhan menyediakan tempat yang luas untuk dia melangkah maka langkahnya tidak pernah tersandung dan juga tidak akan goyah. Pemazmur melakukan segala tindakannya bersama-sama dengan Allah Apa yang menjadi pengajaran bagi kita pada hari ini adalah dalam Tuhan tidak ada yang kita perlu ragui. Sebab Allah pasti memperlengkapi setiap orang yang memberi hidupnya kepada Allah dengan segala yang mereka perlukan setiap hari. Ingat jika Tuhan memanggil kita jangan mengeraskan hati kita tetapi ikut sahaja apa yang diperintahkanNya kepada kita sebab jika Dia memanggil kita pasti Dia akan bertindak bagi pihak kita. Oleh itu marilah kita menjadikan Tuhan sebagai penjaga dan pembimbing hidup kita pada saat ini, sebab didalamNya kita akan aman dan selamat. Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon kekuatan untuk membolehkan saya berjalan melalui berbagai kesulitan dalam hidup ini, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin. Pr Patrick Taie

  • 10 Kebenaran Utama Tentang Marketplace Yang Setiap Orang Kristian Harus Tahu

    Alkitab jelas menyatakan bahawa pekerjaan adalah penting untuk Tuhan. Tidak kesah, apakah pekerjaan kita - samada kita seorang ibubapa, pemandu lori, artist, engineer, doktor atau businessman dsb - Tuhan mengambil penting tentang pekerjaan kita. Di bawah adalah sedikit sebanyak senarai penting tentang teologi pekerjaan menurut Alkitab. Ini akan menjadi asas praktikal untuk Kristian tentang apakah yang dinyatakan Alkitab tentang pekerjaan kita. #1: Pekerjaan adalah sebahagian daripada gambaran besar Tuhan. Tuhan menciptakan segalanya dan dia menunjukkan kedaulatannya. Tuhan bermula dengan penciptaan, kemudian berlakunya kejatuhan manusia ke dalam dosa dan penebusan Tuhan. Urutan ciptaan Tuhan bermula di Taman Eden (Garden of Eden) dan berkembang dan berakhir di Kota Baru Yerusalem (New Jerusalem). Kita boleh belajar tentang semua ini di dalam Kejadian 1 Kejadian 2 Yesaya 65 Wahyu 21:1-22:5 #2: Pekerjaan kita penting kepada Tuhan, untuk sekarang dan selama-lamanya. Tuhan telah memilih untuk menciptakan manusia - lelaki dan perempuan mengikut gambar rupa Nya. Dan ini termasuk bekerja dan menjaga ciptaannya untuk kebaikan kemanusian. Jadi, apa yang kita lakukan sekarang, yang baik, akan menjadi sebahagian daripada Yerusalem Baru. Pekerjaan mempunyai nilai yang intrinsik. Kita boleh belajar di dalam Kejadian 1:27 Kejadian 2:5 & 2:15 Yesaya 65:21-23 Efesus 2:10 Wahyu 21:24-27 #3: Tuhan memberikan kita kemahiran, kurnia dan talenta yang unik Tuhan memanggil kita untuk melakukan sesuatu yang tertentu menurut kurnia yang telah Tuhan berikan kepada kita. Panggilan kita semua adalah sama pentingnya. Panggilan kita adalah panggilan rohani. Tidak ada panggilan Tuhan yang “second class” .. “kelas yang kedua”. Kita akan layak menerima panggilan kita jikalau kita mengabdikan diri kita di dalam perhubungan dengan Tuhan dan mengikut pimpinan dan mendapat kekuatanNya. Kita boleh belajar di dalam Keluaran 21:1-5 Roma 12:6-8 1 Korintus 12:28 Efesus 4:11-16 Matius 25:14-30 #4: Kualiti, Karakter dan Etika adalah asas untuk pekerjaan kita Kita bertanggungjawab bukan sahaja untuk kualiti kerja kita, tetapi juga untuk kesetiaan kita kepada Tuhan dengan cara kita menjalankan pekerjaan kita - karakter kita. Kita akan dihakimi dan diberikan ganjaran sewajarnya. Tuhan sahaja yang tahu, impak yang kita lakukan di tempat pekerjaan kita. Kita boleh belajar di dalam Yehezkiel 36:30 Yeremia 17:10 Matius 25:21 Matius 16:27 Kolose 3:23-24 1 Korintus 3:10-15 & 15:58 2 Tesalonika 1:11 Wahyu 22:12 #5: Pekerjaan kita adalah disatukan dengan Kristus (Yoked with Christ) Kita bekerja seolah-olah kita disatukan dengan Yesus Kristus. Dasar takhta Tuhan adalah kebenaran dan keadilan, dengan kasih dan kesetiaan”. Oleh itu, kerja kita, keputusan yang kita buat, haruslah berdasarkan dengan prinsip ini. Kelakuan kita dan karakter kita adalah selaras dengan apa yang dinyatakan di dalam Alkitab dan menyatakan kasih Kristus kepada semua orang. Kita boleh belajar di dalam 2 Korintus 6:14-15 Matius 11:29-30 Mazmur 89:14 Keluaran 20:2-17 Markus 12:31 Matius 25:35-36 #6: Pekerjaan Kita haruslah tertumpu kepada pelayanan untuk orang lain. Ini termasuk produk dan servis yang kita berikan haruslah berpatutuan - jualannya dan kosnya. Juga untuk memberikan peluang untuk orang lain untuk menggunakan bakat dan talenta mereka. Pekerjaan kita ialah peluang untuk mencari kesejahteraan untuk organisasi, kota dan negara kita. Kesyukuran dan kerendahan hati haruslah menjadi ciri khas kita yang percaya. Kita harus sentiasa mengakui bahawa Tuhan adalah ketua kita dan kita hanyalah duta Tuhan. Kita boleh pelajari di dalam 2 Korintus 5:16-21 Markus 12:31 Matius 7:12 Filipi 2:3-4 Galatia 5:13 1 Petrus 4:10 Roma 12:16 Matius 5:13-14 1 Petrus 3:15 2 Korintus 5:20 Matius 28:19-20 1 Tesalonika 4:11-12 #7: Rentak kerja dan rehat (Rhythm of work) adalah penting untuk kehidupan. Tuhan menjemput kita ke dalam rehat yang teratur. Rehat bertujuan memulihkan kita dan merapatkan hubungan kita dengan Kristus. Matius 11:28-30 menyarankan untuk kita bergantung kepada Tuhan. Kita boleh pelajari di dalam Keluaran 20:8-11 Yohanes 15:4 Ibrani 4:10 1 Yohanes 3:19 #8: Penggunaan kekayaan kita dan pelaburan kita haruslah dipimpin oleh Tuhan. Kita harus membenarkan Tuhan untuk mengarahkan penggunaan semua yang telah dia berikan kepada kita - melalui pekerjaan kita. Ini adalah untuk kebaikan orang lain dan memperkembangkan kerajaan Tuhan. Pemberian seperti karunia kita, kewangan kita, masa kita, kemampuan kewangan kita dan pengaruh kita. Kita boleh pelajari di dalam 1 Korintus 4:7 1 Timotius 6:17-19 Yesaya 58:10 KPR 2:45 Roma 12:13 Ibrani 13:16 Filipi 4:15-19 #9: Pekerjaan Tuhan dilipat-gandakan melalui perhubungan dan melalui gereja lokal. Kita perlu mempunyai hubungan dengan pengikut Kristus yang lain untuk memberikan sokongan dan akauntabiliti. Kita harus mencari mentor dan melihat untuk mentor orang lain. Kita harus komited kepada badan gereja tempatan kita dan membantu untuk membawa dunia pekerjaan ke dalam gereja dan gereja ke dalam dunia pekerjaan. Kita boleh pelajari di dalam 1 Timotius 3:15 1 Korintus 12:27 Efesus 4:12-13 KPR 2:42-47 & 11:26 Titus 2:3-8 Amsal 27:17 1 Tesalonika 2:8 Ulangan 6:4-9 #10: Pekerjaan adalah anugerah dari Tuhan Kita harus sentiasa mengakui bahawa kerja adalah anugerah Tuhan, seperti juga keupayaan kita untuk bergembira di dalamnya. Sebagai alternatif, kerja dan pencapaian yang timbul daripada iri hati kita terhadap orang lain adalah tidak bermakna dan tidak akan membawa kepuasan dan kegembiraan. Kami menantikan hari apabila kami akan bekerja bersama dalam keharmonian yang sempurna di hadapan Tuhan di Yerusalem Baru. Kita boleh pelajari di dalam Pengkhutbah 5:19 Pengkhutbah 4:4 Pengkhutbah 2:4-11 Yesaya 65:21-23 Dipetik dari Theology of Work Project (https://www.theologyofwork.org/resources/what-does-the-bible-say-about-work)

  • Melukis Bagi Tuhan - Tommy Chen

    Tommy Chen telah tamat pengajian di Malaysian Institute of Art pada 1990, dan dia telah mengfokus kepada menghasilkan lukisan ikan koi dan biasanya akan menyelitkan unsur-unsur Feng Shui dalam lukisan-lukisannya. Walau bagaimanapun, selepas dia menerima dan menyerahkan hidup kepada Yesus, dia mula melukis bagi Tuhan. Ini adalah petikan daripada kesaksian yang ditulis oleh Tommy Chen. Sebelum mengenal Kristus, hidup saya tidak bertujuan. Karir saya sebagai artis yang melukis "Koi Fish" telah membawa saya ke tahap yang lebih tinggi, di mana saya bersikap mementingkan diri dan menjadi sangat angkuh. Bagaimanapun, keadaan hanya bertahan selama satu dekad. Pada tahun 2000, perniagaan saya gagal. Saya mengalami depresi dan langsung hilang hala tuju dalam hidup. Kakak saya berkongsi dengan saya mengenai Yesus Kristus. Dia memberitahu saya bahawa Tuhan mengasihi saya, dan bahawa Dia akan menyelamatkan saya, memberi saya harapan dan tujuan dalam hidup (Yeremia 29:11). Dengan itu, saya membuat keputusan untuk menerima, mengikut dan menyerahkan hidup kepada Yesus Kristus sebagai Tuhan saya pada 2001. Dalam perjalanan saya bersama Kristus dalam tiga tahun pertama, saya benar-benar telah mengalami kasihnya dan melihat banyak mukjizat dalam hidup saya sendiri yang membuat saya ingin mengongsikan kasih-Nya dengan kawan-kawan dan pelanggan-pelanggan saya. Yeremia 29:11Sebab Aku ini mengetahui rancangan-rancangan apa yang ada pada-Ku mengenai kamu, demikianlah firman TUHAN, yaitu rancangan damai sejahtera dan bukan rancangan kecelakaan, untuk memberikan kepadamu hari depan yang penuh harapan. Tuhan telah memberi saya penglihatan sebatang lilin yang sudah ditinggalkan dalam laci, yang tidak pernah dinyalakan. Dia berkata kepada saya, "Sekarang, kamu dinyalakan untuk menyinar. Aku akan menyalakan hidupmu supaya orang akan dapat melihat Yesus Kristus melalui kamu." Kemudiannya saya menjumpai ayat dalam Alkitab bahawa kita harus menjadi cahaya dunia, dan garam bagi dunia. Saya juga sangat tersentuh oleh kata-kata Ibu Theresa yang mengatakan, "Saya sebatang pensil yang kecil dalam tangan Tuhan yang menulis, yang sedang mengutus surat cinta kepada dunia." Pada suatu hari semasa saya sedang memandu dalam kesesakan jalan raya yang sangat teruk untuk pergi kebaktian doa di DUMC, Roh Kudus berbicara kepada saya, "Anakku, kamu adalah berus, Aku akan mencelupkan kamu dalam Warna Hidup-Ku dan memakai kamu untuk mewarnai kehidupan orang-orang lain." Lalu saya berdoa, "Tuhan, bagiku hikmat. Aku akan gunakan Firman Tuhan untuk berkongsi dengan lukisan-lukisanku." Sebelum saya menjadi Kristian, Tuhan telah mengutus seorang Saudara Jason Tan (ketua dan hos FGB untuk cabang Jaya One) untuk meminta saya melukiskan baginya sebuah lukisan ikan koi, dengan menyertakan satu ayat Alkitab di dalamnya (Markus 10:8). Itu adalah benih yang telah ditanam ke dalam hidup saya, sebab itu adalah kali pertama saya memasukkan Firman dalam lukisan saya. Di bawah cara lama saya menjual, saya telah menamakan lukisan-lukisan saya "Prelude - The Fresh Water Series," Motivasi utama saya melukis pada waktu itu adalah hanya untuk wang dan kemuliaan diri. Dulunya saya sering menekankan mengenai unsur-unsur Feng Shui untuk mempelawa pelanggan-pelanggan saya membeli lukisan saya. Saya telah mendengar ajaran Pastor Senior saya bahawa Feng Shui itu ada kaitan dengan ilmu ghaib. Jadi saya menanyakannya apakah yang saya harus lakukan. Dia berkata, "Kita semua orang berdosa, carilah kehendak Tuhan. Berdoa dan biarlah Tuhan tunjukkan pada kamu jalannya." Pada tahun 2003, apabila saya berdoa ketika melukis, saya mendengar Tuhan menanya saya, "Anakku, kamu rasa sukacitakah untuk melukis? Ketepikan unsur-unsur Feng Shui, carilah wajah Bapa-Ku," Saya merenungkan perkataan 'air' yang saya sentiasa gunakan. Satu perkataan datang kepada saya, "Jangan panggilnya fresh water (air tawar), panggillah ianya sebagai Living Water (Air Kehidupan." Pada masa itu saya baru setahun jadi orang Kristian. Saya berkongsi ini dengan Pastor Senior saya, Dr Daniel Ho, dan memberitahunya bahawa Tuhan telah memberi saya satu ayat dari Nehemia 8:10 - sebab sukacita daripada Tuhan ialah kekuatan kamu - dan bahawa Dia ingin saya menggunakan ayat ini untuk siri baru lukisan ikan koi saya. Sejak dari masa itu, saya mula meletakkan ayat Firman Tuhan dalam lukisan-lukisan saya yang dipamerkan di pasaran. Pada satu kali, saya telah membuat temujanji untuk menunjukkan seorang pengumpul seni yang adalah orang kaya tetapi tidak memiliki tujuan yang sebenar dalam hidup. Lukisan itu bernilai RM4,000 tetapi saya telah memberitahu Tuhan bahawa oleh kerana tujuan saya sekarang ialah untuk menyebarkan Injil, saya akan menerima apa pun harga yang ditawarkan oleh orang itu dengan kesyukuran. Orang itu kemudiannya menawarkan harga RM2,500 untuk lukisan ikan koi saya. Walaupun kebanyakan artis biasanya tidak akan membenarkan diskaun yang begitu besar, saya menerimanya sebagai satu komitmen kepada Tuhan. Jika anda sungguh-sungguh ingin mendengar suara Tuhan, Dia akan memimpin anda. Saya memasangkan lukisan itu untuk orang itu dan menanya samada saya boleh mengucapkan doa berkat untuk lukisan itu dan untuknya. Saya berdoa, "Aku menyembah Engkau, Tuhan dengan lukisan ini. Ini adalah untuk kemuliaan-Mu. Saya berdiri dan berdoa untuk orang ini. Roh Kudus datanglah dan penuhi tempat ini." Menakjubkan sekali, orang itu mulai menangis dan saya memberitahunya, "Air matamu adalah air mata sukacita bukan kesedihan." Sebagai orang Kristian yang muda, saya sudah cukup gembira dan fikir bahawa saya telah melakukan tugas saya tetapi mengimbas kembali, saya sedar bahawa saya terlepas satu kesempatan besar untuk membawa orang itu kepada Kristus. Pada tahun 2007, Tuhan berkata dengan saya lagi, "Anakku, Aku telah memberikan kamu berkat dan hidup berkelimpahan. Letakkan tajuk siri lukisan kamu yang akan datang "Abundant Life" (Hidup yang Berkelimpahan). Dan dengan itu, saya mentaati dan terus menggunakan "The Abundant Life Series" untuk semua lukisan saya sejak tahun 2007 hinggalah sekarang. Pada Oktober 2011, saya dan seorang kawan telah membuat permohonan untuk mengadakan pameran dua pelukis di salah satu galeri seni yang paling terkemuka di Mont Kiara. Kebiasaannya taraf para undangan sangat tinggi, dengan lukisan dijual dengan harga setinggi RM100,000 sekeping. Dari perspektif dunia, ianya tidak mungkin, tetapi dengan Tuhan, segalanya mungkin. Saya meminta Tuhan untuk satu tanda, dan Dia menunjukkan saya banner untuk satu pertandingan golf dengan kata-kata "For the glory" (Demi kemuliaan). Saya memohonnya untuk diri saya, sambil mengucapkan, "Demi kemuliaan Tuhan" dan kami secara ajaib mendapat tempat itu! Sekarang ada masalah baru bagi kami berdua. Walaupun kami sudah mendapat tempat itu, kami tidak cukup lukisan untuk dipamerkan. Bagaimanapun, kami membuat keputusan bahawa pertamanya, kami akan menyerahkan 10 peratus daripada keuntungan kepada Tuhan. Membahagikan kerjanya di antara kami, kami menyedari bahawa kami setiap orang perlu menyediakan 22 lukisan, dan saya hanya punya 4 lukisan yang siap. Biasanya saya hanya dapat menyiapkan paling banyak satu lukisan dalam satu bulan. Jadi 18 lukisan biasanya akan mengambil masa setahun setengah. Tapi kami cuma ada masa dua bulan setengah. Pada waktu itu saya juga terlibat dalam design pentas untuk penerbitan drama Krismas DUMC dan menghabiskan banyak masa di situ. Saya membuat keputusan mengutamakan Tuhan terlebih dahulu walaupun dalam keadaan masa yang sangat mendesak. Tambah teruk lagi, saya jatuh sakit, tetapi pada hari saya sakit, Tuhan telah memberi saya kekuatan untuk pergi ke gereja dan mengerjakan design pentas itu. Kerja-kerja di gereja telah selesai pada 16 Disember 2011 tetapi pameran itu sudah dijadualkan akan bermula pada 3 Januari 2012, dan saya perlu menyiapkan 18 lukisan saya. Sebagai amalan biasa saya, saya menutup pintu bilik saya dan berdoa, berseru kepada Tuhan dan mencari-Nya. Tuhan berkata kepada saya, "Aku akan memberi kuasa kepadamu" dan tangan saya merasa panas. Menakjubkan sekali, saya mendapati diri saya secara luar biasa dapat menyiapkan semua lukisan itu, dan sehingga lebih awal dari masanya. Seperti kebiasaan saya, saya memasukkan ayat Firman Tuhan dalam lukisan-lukisan saya dan seorang kawan mengucapkan rasa bimbangnya bahawa saya menghadkan pasaran saya kepada hanya orang-orang Kristian. Di tempat pameran itu, saya menumpang tangan ke atas setiap lukisan dan memohon Roh Kudus memenuhi tempat itu dan melepaskan kuasa dan pengurapan-Nya ke atas setiap lukisan di dinding. Pameran itu sangat berjaya dan hampir 50 peratus lukisan-lukisan itu telah dijual. Lebih menakjubkan lagi, sebilangan orang membeli lukisan saya sambil menangis. Seorang wanita dari Brazil, seorang penulis puisi yang Katolik telah datang melihat pameran seni saya. Dia menangis di galeri seni itu dan memberitahu saya bahawa dia mengalami pertemuan dengan Yesus Kristus di ruang galeri itu, di mana Tuhan telah berbicara kepadanya secara peribadi. Pada mulanya saya fikir bahawa memilih Tuhan itu adalah menjawab satu soalan pelbagai pilihan jawapan, dan saya telah membuat keputusan memilih Yesus Kristus. Walau bagaimanapun, tidak lama selepas itu, Tuhan berbicara kepada saya melalui satu ayat Alkitab (Yohanes 15:16) bahwa Dialah yang telah memilih saya. Dengan berlinangan air mata, saya mengucap terima kasih kepada Tuhan kerana Dialah yang telah memilih saya. Yohanes 15:16Bukan kamu yang memilih Aku, tetapi Akulah yang memilih kamu. Dan Aku telah menetapkan kamu, supaya kamu pergi dan menghasilkan buah dan buahmu itu tetap, supaya apa yang kamu minta kepada Bapa dalam nama-Ku, diberikan-Nya kepadamu. (Dipetik dan diterjemah oleh SDP daripada artikel Christianity Malaysia bertajuk, "Painting Unto The Lord - Tommy Chen" yang ditulis oleh Tommy Chen bertarikh 31 Disember 2013) dipetik dari domba2domba.blogspot.com

  • Kekuatanku, Tuhan

    “...Dialah Allah yang menguatkan aku, dan menjadikan jalanku aman...... Maz 18:33 Pemazmur berkata kepada kita bahawa Allah sentiasa memenuhi dirinya dengan kekuatan, untuk menguatkan dan melindungi dia ke mana pun dia akan pergi, sehingga perjalanannya menjadi aman, sebab kehadiran Tuhan. Oleh kerana Tuhan menolong dan memberikan dirinya kekuatan untuk membantu dirinya maka dia dapat berlari seperti rusa. Dia menjadi kuat di tempat-tempat yang tinggi. Sebab Tuhan melatihkan dirinya untuk berperang maka tangannya dapat melengkungkan tombak yang kuat. Tuhan membuat kakinya dan pergelangan kakinya menjadi kuat sehingga dia dapat berjalan cepat tanpa tersandung. Kemenangannya ke atas musuhnya terjadi oleh kerana perlindungan dan penyertaan Tuhan ke atas dirinya. Dia dapat mengalahkan, mengusir dan menangkap musuh-musuhnya kerana Tuhan menopang dirinya dengan tangan kananNya dan menolong dirinya. Sehingga dia tidak mahu pulang sampai musuh-musuhnya binasa. Pemazmur telah memusnahkan musuh-musuhnya bukan kerana kekuatan dirinya sendiri tetapi oleh kerana pertolongan dan penyertaan Tuhan didalam hidupnya. Secara manusia pemazmur lemah namun kehadiran Tuhan dalam hidupnya dia menjadi kuat. Demikian juga dengan diri kita, secara manusiawi kita lemah tetapi bersama dengan Tuhan kita kuat. Oleh itu marilah kita menjadikan Tuhan tempat perlindungan bagi diri kita disaat badai menerpa kita, sebab bersama Tuhan kita pasti tidak akan goyah Doa: Bapa yang di surga, terimakasih kerana menjadi tempat perlindungan dan kekuatan bagi hidup saya, ajar saya berlindung dalamMu, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin. Pr Patrick Taie

bottom of page