top of page

Tuhan Penjagaku


“...Engkau menjaga aku supaya aku tidak ditawan, dan aku tidak pernah jatuh..." Maz 18:37


Pemazmur berkata bahawa “..Allah telah mengaruniakan kepada dirinya kekuatan secara jasmani untuk menjalani tugas peperangannya sehingga dia tidak pernah jatuh. Sebab Tuhan memberikan dia tempat yang luas untuk melangkah.


Oleh kerana Tuhan menyediakan tempat yang luas untuk dia melangkah maka langkahnya tidak pernah tersandung dan juga tidak akan goyah. Pemazmur melakukan segala tindakannya bersama-sama dengan Allah


Apa yang menjadi pengajaran bagi kita pada hari ini adalah dalam Tuhan tidak ada yang kita perlu ragui. Sebab Allah pasti memperlengkapi setiap orang yang memberi hidupnya kepada Allah dengan segala yang mereka perlukan setiap hari.


Ingat jika Tuhan memanggil kita jangan mengeraskan hati kita tetapi ikut sahaja apa yang diperintahkanNya kepada kita sebab jika Dia memanggil kita pasti Dia akan bertindak bagi pihak kita.


Oleh itu marilah kita menjadikan Tuhan sebagai penjaga dan pembimbing hidup kita pada saat ini, sebab didalamNya kita akan aman dan selamat.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon kekuatan untuk membolehkan saya berjalan melalui berbagai kesulitan dalam hidup ini, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

bottom of page