top of page

Cari

3266 results found with an empty search

  • Kemenangan Salib

    Oleh Pr Loter Sakai

  • Jangan Menyumpah Walaupun Dalam Kesesakan

    1 Samuel 14:26-29 (BM) Tetapi tiada sesiapa pun yang makan madu itu. Mereka takut akan kutukan yang diucapkan oleh Raja Saul. Tetapi Yonatan tidak tahu bahawa ayahandanya sudah mengancam rakyat dengan kutukan itu; maka dia menghulurkan tongkat yang dibawanya, dan mencucukkannya ke dalam sarang madu, serta mengambil madu itu lalu memakannya. Segera dia berasa segar dan bertambah kuat. Kemudian seorang daripada askar itu berkata kepadanya, "Kami semua sudah tidak berdaya kerana lapar. Tetapi ayahanda tuan mengancam kami dan berkata, 'Terkutuklah orang yang makan apa pun pada hari ini.'" Yonatan menjawab, "Alangkah dahsyatnya tindakan ayahandaku terhadap bangsa kita! Lihatlah, keadaanku sekarang jauh lebih baik setelah aku makan sedikit madu." Pengajaran/Refleksi Jangan cuba mengeluarkan kutukan pada waktu kesesakan kerana kutukan akan mengakibatkan kehancuran, sedangkan kebenaran menyelamatkan kehidupan. Cara yang benar dalam mengambil keputusan adalah dengan mencari petunjuk Firman Tuhan dan berdoa, kerana cara Tuhan bekerja sering kali melampaui pemahaman akal sihat kita, dan bukan dengan cara-cara yang tidak rasional. Doa Tuhan, berkati Firman-Mu hari ini dalam kehidupan kami, supaya kami tidak mengambil tindakan atau keputusan yang berdasarkan keinginan manusiawi kami. Biarlah kami bertindak menurut kehendak-Mu, ya Tuhan. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Amin! Rev. Ali Langgit

  • Segala Perbuatan Baik dan Jahat Ada Balasannya Daripada TUHAN

    1 Samuel 15:1-3, 8 (BM) Pada suatu hari Samuel berkata kepada Raja Saul, "TUHAN telah menyuruh hamba untuk melantik tuanku menjadi raja umat-Nya Israel. Sekarang dengarlah firman TUHAN Yang Maha Kuasa. Dia akan menghukum orang Amalek kerana nenek moyang mereka menentang umat Israel ketika umat Israel datang dari Mesir. Pergilah serang orang Amalek, binasakanlah mereka dan hancurkanlah segala yang ada pada mereka. Jangan tinggalkan sesuatu apa pun. Bunuhlah semua lelaki, perempuan, kanak-kanak, bayi, lembu, domba, unta, dan keldai." Raja Saul menangkap Raja Agag, raja orang Amalek, dan membunuh semua orang Amalek. Pengajaran/Refleksi TUHAN AKAN MEMBALAS SEGALA PERBUATAN MANUSIA, YANG BAIK DAN YANG JAHAT. DALAM CERITA TERSEBUT DI ATAS, ORANG AMALEK DIHUKUM OLEH TUHAN, KERANA NENEK MOYANG MEREKA MENENTANG UMAT TUHAN KETIKA MEREKA DATANG DARI MESIR. TUHAN MENYURUH RAJA SAUL DAN PARA TENTERANYA MEMBINASAKAN DAN MENGHANCURKAN SEGALANYA. (Mazmur 94:23; 62:13 TB) PEMBALASAN ITU ADALAH HAK TUHAN. Roma 12:19 TB: "Saudara-saudaraku yang kekasih, janganlah kamu sendiri menuntut pembalasan, tetapi berilah tempat kepada murka Allah, sebab ada tertulis: Pembalasan itu adalah hak-Ku. Akulah yang akan menuntut pembalasan, firman TUHAN." Doa Tuhan berikan kami hati yang sentiasa berharap kepada-Mu, dan menyerahkan segala persoalan hidup kami dan hak pembalasan hanya kepada-Mu, sekiranya ada orang yang berbuat jahat terhadap kami. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Amin! Rev. Ali Langgit

  • Orang yang Telah Berjasa untuk Bangsa Harus Dilindungi

    1 Samuel 14:44-45 (BM) Raja Saul bertitah kepadanya, "Biarlah beta dihukum Allah jika engkau tidak dihukum mati, Yonatan!" Tetapi rakyat berkata kepada Raja Saul, "Haruskah Yonatan dihukum mati? Bukankah dia yang sudah mendapat kemenangan yang besar ini? Kami berjanji demi TUHAN yang hidup, bahawa seutas rambut Yonatan pun tidak akan diusik! Dengan pertolongan TUHAN, dia telah mendapat kemenangan pada hari ini." Demikianlah rakyat menyelamatkan Yonatan daripada hukuman mati. Pengajaran/Refleksi Setelah umat TUHAN berperang melawan musuh mereka, mereka sangat kelaparan, tetapi pada masa itu juga Raja Saul bertitah kepada semua mereka, "Terkutuklah orang yang makan apa pun pada hari ini, sebelum beta membalas dendam terhadap musuh." Oleh itu tiada sesiapa pun yang makan sepanjang hari itu. Kemudian mereka semua sampai di suatu hutan dan menjumpai banyak sekali madu, tetapi Yonatan tidak tahu bahawa ayahandanya sudah mengancam rakyat dengan kutuk itu; maka dia menghulurkan tongkat yang dibawanya, dan mencucukkannya ke dalam sarang madu, serta mengambil madu itu lalu memakannya. Segera dia berasa segar dan bertambah kuat. Maka dengan itu raja bertitah untuk membunuh anaknya Yonatan, tetapi rakyat berkata kepada Raja Saul, "Kami berjanji demi TUHAN yang hidup, bahawa sehelai rambut Yonatan pun tidak akan diusik!! Dengan pertolongan TUHAN, dia telah mendapat kemenangan." Doa Tuhan kami mohon Engkau melindungi dan memihak kepada setiap orang yang benar yang melakukan pekerjaan-Mu. Berikan kemenangan kepada mereka, ya Bapa. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Amin! Rev. Ali Langgit

  • Sentiasa Bertanya Kepada Tuhan, Sebelum Melakukan Apa-apa

    1 Samuel 14:35-36, 41-43 (BM) Selepas itu Raja Saul membina sebuah mazbah untuk TUHAN. Itulah mazbah pertama yang dibina oleh Raja Saul. Kemudian Raja Saul bertitah kepada anak buahnya, "Mari kita pergi menyerang orang Filistin pada malam ini, dan merompak mereka sehingga fajar, serta membunuh mereka semua." Mereka menjawab, "Buatlah apa saja yang terbaik menurut pendapat tuanku." Tetapi imam berkata, "Baiklah kita lebih dahulu memohon petunjuk daripada Allah." Raja Saul berkata kepada TUHAN, Allah Israel, "Ya TUHAN, Allah Israel, mengapakah Engkau tidak menjawab aku hari ini? Ya TUHAN, jawablah aku melalui batu-batu yang suci ini. Jika Yonatan atau aku yang bersalah, jawablah dengan batu Urim; tetapi jika umat Israel yang bersalah, jawablah dengan batu Tumim." Jawapan TUHAN menunjuk kepada Yonatan dan Raja Saul; dengan demikian rakyat dinyatakan tidak bersalah. Kemudian Raja Saul berkata, "Sekarang tunjukkanlah, sama ada Yonatan atau aku yang bersalah." Yonatan dinyatakan bersalah. Raja Saul bertanya kepada Yonatan, "Apakah yang sudah engkau lakukan?" Yonatan menjawab, "Saya telah makan sedikit madu yang saya ambil dengan hujung tongkat saya. Saya bersedia untuk mati." Pengajaran/Refleksi Raja Saul mendirikan sebuah mezbah yang pertama dalam kerajaannya. Dia mendirikan mezbah tersebut supaya dia dapat bertanya kepada TUHAN sebelum dia melakukan sesuatu perkara. Pada kali ini Raja Saul bertanya kepada TUHAN mengenai siapa yang telah berbuat dosa. Setelah Raja Saul bertanya kepada TUHAN, TUHAN menjawab bahawa Yonatan telah berdosa kerana telah makan sedikit madu yang diambil dengan hujung tongkatnya. Yonatan mengaku di hadapan ayahnya, Raja Saul. Apa yang dikatakan oleh TUHAN pasti sesuatu yang benar. Oleh itu, apabila kita mahu melakukan sesuatu, adalah sangat baik jika kita bertanya kepada TUHAN yang Maha Kuasa dalam doa. Doa Tuhan, kami mohon pengampunan daripada Engkau sekiranya kami mengambil tindakan atau keputusan yang berdasarkan keinginan manusiawi kami. Biarlah kami bertindak menurut kehendak-Mu, ya TUHAN. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Amin! Rev. Ali Langgit

  • Tuhan Boleh Memberi Kemenangan Bagi Yang Bersandar Kepada-Nya Walaupun Sedikit Orang

    1 Samuel 14:6-10,12,15 (BM) Yonatan berkata kepada pemuda itu, "Marilah kita pergi ke perkhemahan orang Filistin yang tidak mengenal Allah. Mungkin TUHAN akan menolong kita, kerana Dia dapat memberikan kemenangan, baik dengan banyak orang mahupun dengan sedikit orang." Pemuda itu menjawab, "Apa saja yang hendak tuan lakukan, saya setuju." "Baiklah," kata Yonatan. "Pada masa kita pergi ke seberang, kita akan memperlihatkan diri kepada orang Filistin. Jika mereka menyuruh kita berhenti dan menunggu mereka datang kepada kita, maka kita akan tetap tinggal di situ dan tidak usah pergi ke seberang. Tetapi jika mereka menyuruh kita pergi kepada mereka, kita akan ke sana, kerana itulah tandanya mereka diserahkan oleh TUHAN kepada kita." Kemudian mereka berseru kepada Yonatan dan hambanya, "Marilah ke sini! Ada yang hendak kami tunjukkan kepada kamu!" Yonatan berkata kepada pemuda itu, "Ikutlah aku. TUHAN sudah menyerahkan mereka kepada Israel." Kejadian itu menggemparkan semua orang Filistin di kawasan luar bandar; pasukan perompak dan askar Filistin di perkhemahan gementar ketakutan; bahkan bumi pun bergegar, dan terjadilah keadaan kacau-bilau. PENGAJARAN/REFLEKSI: Terpujilah TUHAN Allah kita dalam Yesus Kristus kerana Dia memihak kepada kita orang yang percaya dan berharap kepada-Nya. Dia akan memberi kemenangan kepada kita walaupun sedikit orang, mengalahkan pergumulan dan masalah yang sedang kita hadapi ketika ini. Dalam Injil Matius 11:28,29 dikatakan, "Marilah kepada-Ku, hai kamu semua yang lelah kerana memikul beban yang berat; Aku akan membebaskan kamu daripada beban kamu." Ingatlah bahawa TUHAN tidak akan meninggalkan kita, sebab Dia adalah Allah Immanuel dan Dia akan menyertai kita sampai akhir zaman. (Matius 28:20). Terima kasih Tuhan atas janji-Mu. Kami yakin dan percaya bahawa ia akan terjadi dalam kehidupan kami. DOA: Tuhan, berkati Firman-Mu hari ini dalam kehidupan kami, supaya kami tetap berharap kepada-Mu sepanjang hidup kami. Kami yakin dan percaya bahawa Engkau akan memberikan kemenangan demi kemenangan kepada kami. Pimpin dan kuasai hidup kami sentiasa, ya Tuhan Allah kami. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Amin! Rev. Ali Langgit

  • Akibat Perbuatan Orang Yang Tidak Taat Kepada Perintah Tuhan

    1 Samuel 13:13-14 (BM) Samuel menjawab, "Perbuatan tuanku itu tindakan yang bodoh. Tuanku tidak mentaati perintah TUHAN, Allah tuanku, kepada tuanku. Jika tuanku taat, TUHAN pasti membenarkan tuanku dan keturunan tuanku memerintah Israel sampai selama-lamanya. Tetapi sekarang kerajaan tuanku tidak akan tahan lama. Oleh sebab tuanku tidak taat kepada-Nya, TUHAN akan mencari orang lain yang dikehendaki-Nya untuk dilantik menjadi raja umat-Nya." PENGAJARAN/REFLEKSI: Mari kita belajar daripada kesilapan Raja Saul, supaya kita tidak bertindak menurut kehendak kita sendiri. Oleh kerana tidak sabar menunggu Nabi Samuel yang seharusnya mempersembahkan korban kepada Tuhan, tindakan Raja Saul itu adalah suatu tindakan yang bodoh, kerana dia tidak mentaati perintah Tuhan, yang diberikan Tuhan kepada Nabi Samuel. Jika dia taat, Tuhan pasti membenarkan Raja Saul dan keturunannya memerintah sampai selama-lamanya. Oleh kerana kesilapannya, Tuhan akan mencari orang lain yang dikehendaki-Nya untuk dilantik menjadi raja umat-Nya. Kadang-kadang itulah yang kita lakukan, tanpa kita mengetahui akibatnya dan bahkan tidak memperdulikan apa akibatnya jika kita melanggar Firman Tuhan yang telah diberitahukan kepada kita. Kadang-kadang kita juga tidak mengindahkan apa yang diberitahukan oleh hamba Tuhan kepada kita, sehingga kita melakukan sesuatu menurut kehendak kita sendiri, bukan menurut kehendak Tuhan. Supaya kita tidak terkena akibat daripada kebodohan kita sendiri, ikutlah apa kata Firman Tuhan. DOA: Tuhan berkati Firman-Mu hari ini dalam kehidupan kami, supaya tetap mentaati setiap perintah-Mu sepanjang hidup kami. Pimpin dan kuasai hidup kami sentiasa ya Tuhan Allah kami. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Amen! Rev. Ali Langgit

bottom of page