Sukacita Di Tengah Masalah

Ada waktunya hidup tidak berjalan seperti yang kita harapkan. Doa belum terjawab, jalan terasa sukar, tanggungjawab semakin berat, dan hati mungkin penat menanggung banyak perkara.
Namun, sukacita bukan bukti bahawa hidup kita tanpa masalah. Sukacita adalah bukti bahawa di tengah segala masalah, kita masih percaya bahawa Tuhan lebih besar daripada apa pun yang sedang kita hadapi.
Iman yang dewasa bukan hanya mampu berkata, “Tuhan itu baik” ketika semuanya baik-baik sahaja. Iman yang dewasa tetap berkata: “Tuhan itu baik, walaupun saya belum memahami apa yang sedang berlaku.”
Kita mungkin tidak dapat mengawal setiap keadaan, tetapi kita boleh memilih kepada siapa kita meletakkan kepercayaan. Masalah boleh datang, keadaan boleh berubah dan rancangan boleh terganggu, tetapi Tuhan tidak pernah berubah.
“Bersukacitalah senantiasa dalam Tuhan! Sekali lagi kukatakan: Bersukacitalah!” Filipi 4:4
Hari ini, jangan ukur kebaikan Tuhan berdasarkan keadaan yang sedang kita lalui. Sebaliknya, lihatlah keadaan itu berdasarkan kebesaran dan kesetiaan Tuhan.
Teruskan berjalan. Teruskan berdoa. Teruskan percaya. Kerana masalah kita mungkin besar, tetapi Tuhan yang kita percayai jauh lebih besar.
Oleh: Pr. Jerry Ignacio
Sumber: Whatassap Channel@Pr. Jerry Ignacio




Comments