top of page
Support Us
Support Us
Get Involved
I'm a paragraph. Click here to add your own text and edit me. I’m a great place for you to tell a story and let your users know a little more about you.
Search


Pemimpin Yang Di Pimpin Oleh Firman
Perkongsian Peribadi dalam Kepimpinan dan Pelayanan Ada waktu-waktu tertentu dalam perjalanan pelayanan di mana kita benar-benar tidak tahu langkah seterusnya yang harus diambil. Dalam pelayanan dan kepimpinan, kita sering berhadapan dengan keadaan yang tidak pasti perancangan yang belum jelas, sumber yang terhad, dan cabaran di lapangan yang tidak kita jangka. Dalam saat-saat seperti itu, saya teringat akan firman Tuhan dalam Mazmur 119:105: “Firman-Mu adalah pelita bagi kak


Alat Sederhana Di Tangan Tuhan
Perkongsian Peribadi dalam Kepimpinan dan Pelayanan Saya teringat dengan kata-kata seorang pemimpin: “Bagi kita yang tinggal di dalam Dia, kita diperkaya dan sangat diberkati. Panggilan kita adalah besar dan mulia iaitu menyampaikan panggilan Tuhan kepada mereka yang patah hati yang memerlukan sentuhan daripada Juruselamat.” Dalam perjalanan saya melayani Tuhan dalam kepimpinan dan pelayanan, saya semakin menyedari satu kebenaran yang sangat mendalam: kekuatan sebenar dalam p


Pelajaran Dari Gembala Dan Domba
Perkongsian Peribadi dalam Kepimpinan dan Pelayanan Pelajaran Dari Gembala dan Domba (Mazmur 23: 1-6) Hari ini saya teringat satu pelajaran yang sangat menarik tentang hubungan antara gembala dan domba dalam latar belakang kehidupan di Timur Tengah seperti yang digambarkan dalam Mazmur 23. Dalam kehidupan sebenar seorang gembala, menjaga domba bukanlah tugas yang mudah. Domba adalah haiwan yang sangat bergantung kepada gembalanya. Mereka mudah tersesat, mudah takut, dan sanga


Kesetiaan Yang Meninggalkan Warisan
Perkongsian Peribadi dalam Kepimpinan dan Pelayanan Dalam perjalanan saya melayani Tuhan terutama ketika berada di lapangan pelayanan dan bekerja bersama banyak pemimpin, penginjil, dan jemaat dari pelbagai latar belakang saya belajar satu perkara yang sangat penting: kepimpinan bukan hanya tentang memimpin orang yang kita selesa bekerja bersama, tetapi juga belajar daripada orang yang mungkin tidak kita sukai atau tidak sehaluan dengan kita. Seorang mentor rohani pernah berk


Kelelahan Rohani Adalah Isyarat, Bukan Kegagalan
Ada satu musim dalam pelayanan di mana jadual sangat padat, lawatan lapangan, mesyuarat, dan keperluan di lapangan yang datang tanpa henti. Secara luaran semuanya berjalan baik, tetapi di dalam hati saya mulai terasa letih. Bukan letih fizikal semata-mata, tetapi letih yang membuat doa terasa pendek dan hati mudah gelisah. Pada waktu itu ayat Yesaya 40:29 “Ia memberi kekuatan kepada yang lelah” seakan menegur saya dengan lembut. Saya sedar kelelahan itu bukan tanda saya gagal


Apabila Pelayanan Menjadi Identiti, Bukan Panggilan
Marilah kepada-Ku… Aku akan memberi kelegaan kepadamu. — Matius 11:28 Dalam perjalanan pelayanan, ada satu musim di mana jadual sentiasa penuh, lawatan lapangan, mesyuarat, laporan, dan pelbagai keperluan pelayanan. Secara luaran semuanya kelihatan baik. Pelayanan berjalan, program terlaksana, dan banyak perkara selesai. Namun dalam diam saya sedar sesuatu: saya banyak bercakap tentang Tuhan, tetapi semakin kurang duduk diam di hadapan Tuhan. Saya masih berdoa, tetapi doa sa


Apabila Tuhan Menghantar Teguran Melalui Kesukaran
Ibrani 12:6 — “'kerana Tuhan mengajari orang yang dikasihi-Nya,,” Dalam perjalanan hidup dan pelayanan, kita semua pasti melalui musim yang tidak mudah. Ada waktu kita sudah berdoa, berusaha, dan melakukan yang terbaik, tetapi keadaan tetap tidak seperti yang kita harapkan. Ada pintu yang tertutup, ada perkara yang tidak menjadi, dan ada juga situasi yang membuat hati terasa berat. Pada saat-saat seperti itu, mungkin kita pernah bertanya dalam hati, “Tuhan, mengapa ini ter


Ketaatan Lebih Penting Daripada Kejayaan
Sebuah Perkongsian Peribadi dalam Pelayanan “Yang dituntut daripada pelayan-pelayan ialah supaya mereka didapati setia.” 1 Korintus 4:2 Semakin lama saya melayani Tuhan, semakin saya sedar bahawa ukuran Tuhan sangat berbeza dengan ukuran manusia. Pada awal pelayanan dahulu, saya juga seperti kebanyakan orang berfikir bahawa keberhasilan pelayanan diukur melalui angka. Berapa ramai yang hadir? Berapa banyak jiwa yang percaya? Berapa lokasi Penginjilan baru yang dibuka? Berapa


Ego Rohani: Musuh yang Paling Senyap
Sebuah Perkongsian Peribadi dalam Perjalanan Pelayanan Dalam perjalanan pelayanan saya selama bertahun-tahun, saya belajar banyak perkara tentang iman, kesetiaan, dan pengorbanan. Saya melihat Tuhan membuka jalan di tempat yang mustahil. Saya menyaksikan jiwa-jiwa menerima Kristus. Saya melihat gereja bertumbuh di kawasan pedalaman, dan di ladang-ladang penginjilan. Namun di sebalik semua pengalaman itu, saya menemui satu musuh yang tidak pernah saya jangka. Musuh itu bukan k


Terlalu Lama Sehingga Terlupa Cara Diajar
"Hai saudara-saudara yang kukasihi, ingatlah hal ini: setiap orang hendaklah cepat untuk mendengar, tetapi lambat untuk berkata-kata, dan juga lambat untuk marah " Yakobus 1:19 Ada satu fasa dalam perjalanan pelayanan di mana tanpa sedar, pengalaman mula berbicara lebih kuat daripada ketaatan. Bukan kerana saya berniat menolak nasihat, tetapi kerana di dalam hati ada suara halus yang berkata, “Saya sudah melalui semua ini.” Di situlah bahaya sebenar bermula. Firman Tuhan meng
bottom of page
