top of page

Ada Apa Dengan Salib?


Hari ini kita memperingati dan merenungkan akan pengorbanan Tuhan kita Yesus Kristus di atas kayu salib. Hari ini kita diingatkan juga tentang betapa besarnya kasih Bapa sehingga Dia memberikan Anak-Nya jadi korban bagi dosa kita.

Dalam naratif Injil, kita dapat membaca dan membayangkan perjalanan Yesus sejak dia ditangkap sehingga ke Golgota dimana Dia diseksa, dipermalukan dan disalib. Ya, Yesus Anak Allah telah memilih untuk taat kepada perintah Bapa, menanggung kesakitan disalib supaya kamu dan saya mempunyai satu-satunya jalan untuk beroleh hidup yang kekal! Kasih yang tidak dapat diukur, yang melampaui pemahaman akal fikiran telah ditunjukkan pada hari ini. Dan pada hari ini Dia yang tidak mengenal dosa telah dibuat-Nya menjadi Dosa kerana kita, supaya dalam Dia kita dibenarkan oleh Allah (2 Korintus 5:21).


Salib bukan hanya menjadi simbol penderitaan tetapi juga simbol penebusan dan harapan. Hanya dengan jalan menjadi korban yang sempurna, maka murka Allah telah dipuaskan sepenuhnya dan justeru itu, kita telah menerima pengampunan yang total dan sudah diperdamaikan dengan Allah. Terpujilah Kristus, Tuhan kita! Sumber : Facebook Pr Edmund Kumar

Commentaires


bottom of page