top of page
Support Us
Support Us
Get Involved
I'm a paragraph. Click here to add your own text and edit me. Iβm a great place for you to tell a story and let your users know a little more about you.
Search


Anak-Anak Yang Hilang
Kita sering menganggap perumpamaan anak yang hilang sebagai kisah seorang anak nakal yang melarikan diri dari rumah.Tetapi jika kita benar-benar meneliti teks ini, sebenarnya terdapat 2 orang anak yang hilang. Seorang yang meninggalkan rumah, dan seorang lagi yang tetap tinggal di rumah. 1. Gereja dipenuhi dengan anak-anak yang hilang. Ada orang yang telah menghancurkan kehidupan mereka sendiri. Merosakkan keluarga dan perkahwinan mereka. Mereka inilah golongan yang jelas kel


Yesus Tangga Ke Syurga
Dalam Kejadian 28, Yakub bermimpi melihat sebuah tangga. Tangga itu berdiri di bumi dan hujungnya sampai ke langit. Malaikat-malaikat naik turun di tangga itu. Waktu itu Yakub sedang keseorangan di padang gurun. Dia takut dan lari dari abangnya Esau. Melalui mimpi itu, Tuhan mahu menunjukkan bahawa walaupun Yakub sendirian, syurga masih terbuka untuknya. Tuhan masih menjaganya. Gambaran "langit terbuka dan malaikat turun naik kepada Anak Manusia" merujuk pada kisah tangga Yak


Jangan Hatimu Menjadi Dingin Kerana Dunia
Bacaan renungan: 2 Timotius 3:1-9 " Ketahuilah, bahawa pada akhir zaman, akan datang suatu masa yang sukar. Manusia akan menjadi pencinta diri, pencinta wang, bercakap besar, berlagak bongkak, mencaci maki, ingkar terhadap ibu bapa, tidak bersyukur, tidak suci, tidak mengasihi, tidak mengampuni, suka memfitnah, tidak menguasai diri, buas dan pembenci kebaikan, khianat, gopoh, angkuh, serta lebih mencintai keseronokan daripada mengasihi Allah. Mereka menjalankan kewajipan agam


Tetap Berdiri Teguh Menghadapi Dunia
πΊππππ‘ππ 6:7 (π΄ππ΅) π½πππππππβ π‘πππ‘πππ’: π΄πππβ π‘ππππ πππππ‘ ππππππππππππ, ππππππ πππ π¦πππ πππ ππππ πππβ π ππ ππππππ, ππ‘π’ππβ π¦πππ ππππ πππ‘π’ππππ¦π. Bacaan tambahan: Lukas 21:7-19 Baru-baru ini kita melihat negara Perancis mengalami rusuhan yang amat teruk. Kebakaran berlaku di merata-rata tempat, kedai-kedai dirompak, dan anggota berkuasa kelihatan tidak berdaya mengawal keadaan. Pe


Pemulihan Bermula Dengan Pertaubatan!
Sambungan dari tema slogan rohani yang disalah pakai. Slogan yang balik-balik dipakai dan balik-balik diulangi berpotensi kedengaran sebagai kebenaran. Jikalau disuarakan dengan lantang dan dipakai dalam konteks gereja, tidak hairan hal itu dianggap Alkitabiah. Tapi di sanalah bahayanya ketika maksud sebenar sudah terbuang. Salah satu lagi slogan atau ayat Alkitab yang balik-balik diucapkan ialah bahawa Tuhan akan "memberi masa depan yang penuh harapan" kepada kita. Memang ad


Jangan Menghakimi
Slogan yang balik-balik dipakai dan balik-balik diulangi berpotensi kedengaran sebagai kebenaran. Jikalau disuarakan dengan lantang dan dipakai dalam konteks gereja, tidak hairan hal itu dianggap Alkitabiah. Tapi di sanalah bahayanya ketika maksud sebenar sudah terbuang. "Jangan menghakimi!" ialah salah satu daripada slogan itu. Anak-anak generasi ini sangat suka menggunakan frasa ini, kerana mereka tidak mahu dikritik atau ditegur. Sebarang kata negatif disusuli dengan kenya


Tidak Mengikuti Yesus Lagi
Bacaan ayat : Yohanes 6:51-66 Dalam grup Telegram sekolah, cikgu akan minta alasan untuk ketidakhadiran anak ke sekolah. Ada-ada saja alasan yang diberi β tiada kenderaan (atau kereta rosak), demam (sampai berminggu-minggu), sakit perut (balik-balik sakit perut dan cirit-birit), dan baru-baru ini alasan baru βtrauma kerana terjatuh di tandas.β Itu alasan untuk tidak mahu hadir ke sekolah! Apakah alasan-alasan yang orang akan beri untuk tinggalkan Kristus? Kerana tidak dapat j


Kita Bebas. Tapi Siapa Tuan Kita?
Setiap kali kita bercakap tentang kemerdekaan, kita suka bercakap tentang kebebasan. Bebas menentukan hidup sendiri. Bebas membuat pilihan. Bebas menjadi siapa yang kita mahu. Tetapi Roma 6:18 memberi kita satu pandangan yang sangat menarik: βKamu telah dimerdekakan daripada dosa dan menjadi hamba kebenaran.β Pernahkah kita berfikir, kalau sudah merdeka, kenapa masih menjadi hamba? Mungkin inilah yang selalu kita terlepas pandang. Dalam Alkitab, kemerdekaan bukan bermaksud ki


Kenapa Bangga?
Bulan Jun sering dikaitkan dengan Pride Month. Istilah ini bukan lagi sesuatu yang asing dalam dunia hari ini, khususnya di negara-negara Barat. Seiring dengan perkembangan idea hak asasi manusia, pelbagai perkara yang suatu ketika dahulu dianggap bertentangan dengan norma masyarakat kini semakin diterima dan diraikan secara terbuka. Isu seperti hubungan sejenis, perkahwinan sejenis, pertukaran jantina, dan pelbagai identiti lain kini dihimpunkan di bawah istilah LGBTQ+. Jika


Bagaimana Jika Saya Ada Kecenderungan Songsang?
Alkitab mengatakan bahawa amalan LGBTQAI+ adalah salah. Namun, ada yang berkata mereka dilahirkan demikian. Ada yang mengatakan bahawa ia sesuatu yang semula jadi. Ada juga orang Kristian yang berpandangan bahawa perkara ini "normal" dan bukannya jahat. Jadi, persoalan yang sering timbul ialah: "Mengapa ada orang yang mempunyai kecenderungan sedemikian?" (Kejadian 1-2; Roma 1; Imamat 18:22, 20:13) Saya teringat kira-kira 20 tahun yang lalu, seorang pemuda menghantar mesej kep
bottom of page
