top of page

Ajarlah Diri Kita Untuk Bertanya

ree

'Apabila dia mendengar bunyi orang ramai lalu, dia bertanya, “Apakah yang sedang berlaku?” ' (Lukas 18:36) AVB


Ketika orang buta itu mendengar suara orang banyak yang sedang melewati jalan di mana dia sedang duduk di pinggir jalan dan mengemis, maka dia pun bertanya kepada orang banyak yang sedang lalu di situ tentang “Apakah yang sedang berlaku?”.


Orang ramai yang lalu di situ memberitahu orang buta itu bahawa yang sedang melalui tempat itu ialah “Yesus, orang Nazaret, sedang lalu”. Oleh kerana dia buta, maka dia hanya mampu bertanya kepada orang ramai yang berada di situ tentang apa yang sedang terjadi sehingga keadaan menjadi sangat bising.


Hal ini mengajar setiap kita pada hari ini tentang sikap ingin tahu. Apabila kita bertanya tentang apa yang kita dengar, maka hal itu dapat menolong kita menemui jawapannya, iaitu sesuatu yang boleh memberikan faedah kepada kita. Secara umumnya, kita memerlukan “mata” orang lain untuk mendapat jawapan tentang hal yang kita dengar.


Sikap yang sering bertanya tentang hal-hal yang kita dengar boleh menolong kita mengetahui kebenaran dan perkara yang sebenarnya. Oleh itu janganlah kita malu untuk bertanya kepada orang yang ada di sekeliling kita tentang hal-hal yang kita dengar.


Tanpa bertanya, pasti orang buta itu tidak mengetahui bahawa yang membuat orang ramai bising ialah Yesus. Oleh kerana dia bertanya, maka dia tahu bahawa Yesus dari Nazaret sedang lewat. Apakah yang menyebabkan kamu sukar untuk bertanya pada hari ini?


Doa: Tuhan, ajarlah aku untuk bertanya tentang hal-hal yang aku dengar agar aku dapat menemui kebenaran yang sebenarnya. Dengan itu aku menyerahkan seluruh hidup aku kepada-Mu dan ajarlah aku untuk bertanya dan mengerti apa yang aku dengar selama ini. Di dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa, amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page