top of page

Apakah Bukti Bahawa Yesus Itu Tuhan?


Kebangkitan Yesus merupakan nadi bagi iman Kristian. Justeru ajaran yang menyangkal kebangkitan Yesus, merupakan injil yang lain dan sesat. Kerana saksi mata bukan sahaja dari kalangan murid Yesus sendiri tetapi juga dari kalangan tentera Romawi yang diperintahkan menjaga kubur Yesus selama tiga hari itu. Matius 27:62-66.


Tentera Romawi berjaga dan memeterai kubur Yesus dengan batu besar agar

orang awam tidak mudah masuk dan mencuri jasad Yesus. Namun saat malaikat Tuhan turun menggulingkan batu besar itu sehingga pintu kubur terbuka luas. Ianya menjadikan para saksi mata dapat masuk dengan mudah dan melihat sendiri tempat Yesus berbaring. Ya, kubur Yesus kosong. Yesus bangkit dari kematian dan menggenapi sendiri ucapan-Nya bahawa Bait Suci yang dirombak akan didirikan oleh-Nya kembali dalam masa tiga hari, yang merujuk kepada tubuh-Nya.


Kebangkitan Yesus dari kematian menegaskan bahawa Dia adalah Anak Allah yang sejati. Dia memiliki kuasa atas kematian kerana Dia adalah Allah. Justeru tidak hairan jika para imam dan orang Yahudi ketika itu pernah beberapa kali mahu melempar batu kepada Yesus sehinggalah tiba pada penangkapan, penyeksaan dan penyaliban Yesus di kayu salib. Semua itu kerana pengakuan Yesus sendiri bahawa dia adalah Anak Allah, yang mana bagi fahaman agama Yahudi ketika itu sampailah hari ini, merupakan suatu bentuk hujatan kerana Yesus sedang menyamakan diri-Nya dengan Allah.


Dalam kebangkitan Yesus juga terletak segala pengharapan bagi orang percaya.


Hal ini terjadi kepada para murid Yesus, mereka hilang harapan dan arah tuju akibat kematian Yesus di kayu salib. Namun setelah khabar berkenaan kebangkitan Yesus dan bukti dari kosongnya kubur itu, para murid mula merasa gementar dan bersukacita. Apatah lagi apabila Yesus sendiri menampakkan diri dan mula dapat diraba oleh murid-Nya. Ini membuktikan bahawa ada kebangkitan tubuh setelah kematian.


Yesus yang sulung bangkit dari kematian dan menang atas dosa, memberikan harapan akan kebangkitan tubuh bagi orang percaya.


Komplot untuk menyangkal kebangkitan Yesus sudah terjadi saat kejadian itu lagi, para imam dari Mahkamah Agama menyogok para tentera Romawi tersebut agar pemberitaan akan kebangkitan Yesus dicegah dan malah digesa untuk menyebarkan ceritera jasad yang dicuri oleh para pengikut Yesus kepada orang-orang Yahudi. Matius 28:11-15.


Justeru tidak hairan juga jika timbul ajaran-ajaran yang menyangkal akan kebangkitan Yesus sepanjang zaman sehingga hari ini kerana kesan cerita palsu tersebut. Jika Yesus tidak bangkit dari kematian, maka Yesus bukanlah Tuhan. Dan hal ini menjadi pegangan kepada pengajar injil yang lain yang muncul ratusan tahun kemudian setelah kematian para saksi mata.


Dengan demikian, kebangkitan Yesus menjadi dasar iman Kristian akan kehidupan yang kekal. Pertanyaan sederhana, sudahkah anda meyakini akan keselamatan dari karya Yesus di kayu salib dan kebangkitan-Nya? Roma 10:9 Sebab jika kamu mengaku dengan mulutmu, bahwa Yesus adalah Tuhan, dan percaya dalam hatimu, bahwa Allah telah membangkitkan Dia dari antara orang mati, maka kamu akan diselamatkan.


Sumber : Facebook Pr Edmund Kumar

bottom of page