Apakah yang Kita Fikirkan Terhadap Berkat Tuhan?
- Komuniti Digital 05

- Aug 2
- 1 min read

'Dia berfikir dalam hatinya, ‘Apakah yang harus aku buat? Tiada lagi tempat untuk menyimpan hasil tanahku.’ ' (Lukas 12:17) AVB
Yesus menceritakan sebuah perumpamaan kepada orang ramai tentang seorang kaya yang memiliki beberapa ladang gandum yang menghasilkan tuaian yang sangat banyak. Oleh sebab hasil tuaian yang melimpah, orang kaya itu mula berfikir dalam hatinya: “Apakah yang harus aku buat? Tiada lagi tempat untuk menyimpan hasil tanahku.”
Di tengah-tengah kelimpahan yang dialaminya, dia mula berfikir dalam hati tentang apa yang harus dilakukan dengan hasil tuaian yang begitu berlimpah. Oleh kerana tempat penyimpanannya telah penuh, hal itu mendorongnya untuk memikirkan tindakan selanjutnya.
Bagaimana pula dengan kita? Di tengah-tengah kelimpahan hidup yang kita alami, apakah yang kita fikirkan mengenainya? Adakah kita memikirkan tentang pekerjaan Tuhan melalui kelimpahan tersebut, atau kita hanya memikirkan tentang diri kita sendiri?
Oleh itu, marilah kita menyelidiki hati kita di hadapan Tuhan berkenaan berkat-berkat yang telah Dia limpahkan dalam kehidupan kita hari ini. Apakah yang sedang kita fikirkan tentang berkat-berkat itu? Tuhan mengetahui dan sedang memperhatikan isi hati kita — apa yang sedang kita fikirkan terhadap berkat-berkat yang telah Dia limpahkan.
Ingatlah, Tuhan memberkati kita supaya kita juga memikirkan keperluan orang lain di sekeliling kita, agar kita menjadi saluran berkat kepada mereka. Maka, fikirkanlah tentang pekerjaan Tuhan ketika kita sedang diberkati oleh-Nya.
Doa: Ya Bapa yang di syurga, terima kasih atas segala berkat dan kebaikan-Mu yang Engkau limpahkan dalam hidupku. Ajarilah aku untuk menjadi saluran berkat kepada semua orang di sekelilingku. Dalam nama Yesus, aku berdoa. Amin.
Pr Patrick Taie




Comments