Asingkan Dirimu daripada Kejahatan
- Komuniti Digital 05

- Nov 4, 2025
- 1 min read

'Sesiapa yang cuba memelihara nyawanya akan kehilangannya, tetapi sesiapa yang sanggup mengorbankan nyawanya akan menyelamatkannya. ' (Lukas 17:33) AVB
Yesus memperingatkan para pengikut-Nya tentang keselamatan mereka bahawa, “Setiap orang yang berjuang untuk mempertahankan nyawanya di dunia ini akan kehilangan nyawanya. Tetapi setiap orang yang rela mengorbankan nyawanya kerana mengikut Aku, dia akan memperoleh hidup yang kekal.”
Hal ini bermaksud bahawa para pengikut-Nya perlu menjauhkan diri daripada orang Yahudi dan tidak bekerjasama dengan mereka. Ini kerana tidak ada cara lain untuk mereka menyelamatkan nyawa mereka selain dengan meninggalkan orang-orang Yahudi. Terus bekerjasama dengan orang Yahudi sama sekali tidak akan dapat menyelamatkan diri mereka.
Oleh itu, mereka harus membezakan diri mereka daripada orang Yahudi yang tidak percaya kepada Tuhan Yesus dan meninggalkan mereka, termasuk kota serta negeri mereka. Seperti yang dilakukan oleh Nuh, dia meninggalkan bangsa yang jahat lalu masuk ke dalam bahtera, dan seluruh keluarganya diselamatkan.
Demikian juga dengan Lot yang melarikan diri ke Zoar untuk menyelamatkan diri daripada kemurkaan Tuhan terhadap kota Sodom dan Gomora. Tuhan ingin memusnahkan kota itu kerana kejahatan yang menguasai kehidupan ramai orang di sana. Oleh itu, Lot harus meninggalkan Sodom, kemudian api dan belerang turun dari langit dan membinasakan kota itu.
Demikian juga dengan kita pada hari ini, kita harus mengasingkan diri daripada orang-orang yang menolak Tuhan dalam kehidupan mereka.
Doa: Ya Bapa yang di syurga, ajarlah aku untuk mengendalikan seluruh kehidupanku supaya aku sentiasa memuliakan dan meninggikan nama-Mu dalam segala perkara yang aku lakukan. Pada waktu kedatangan-Mu, biarlah aku bersama-Mu. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin.
Pr Patrick Taie




Comments