top of page

Berhati-hati Dalam Kehidupan Ini


“…Kata-katanya halus merayu, tetapi hatinya penuh kebencian; kata-katanya lemah-lembut, tetapi menikam hati seperti pedang yang tajam.…” Mazmur 55:22


Pemazmur menceritakan pengalaman hidup peribadinya, dimana dirinya telah mengalami pengkhianatan daripada orang yang dianggapnya paling dekat dengan dirinya. Dimana Ahitofellah berbisik kepada pemazmur untuk menyiasat dengan teliti, ancaman daripada Absalom yang ingin menghancurkan hidupnya.


Namun keduanya adalah pengkhianat, itulah pemazmur berkata kepada kita bahawa “....mulutnya manis, tetapi dalam hatinya penuh dengan permusuhan. Kata-katanya lemah lembut, tetapi di baliknya tersembunyi pedang yang terhunus...”


Apakah anda menghadapi hal yang sebegini didalam hidup anda hari ini? bagaimana pemazmur menghadapi pemberontakan daripada putranya Absalom. Ahitofellah yang bersubahat dengan Absalom berbisik pada pemazmur dengan kata-kata yang halus merayu, tetapi hatinya penuh kebencian; kata-katanya lemah-lembut, tetapi menikam hati seperti pedang yang tajam.


Apakah tindakan anda terhadap mereka yang bersikap demikian? Bagaimanakah anda menghadapi mereka. dalam kehidupan kita hari ini pasti kita akan menghadapi orang yang rapat dengan kita merancangkan kehancuran kita.


Ingat membalas dengan dendam bukanlah jalan penyelasaian, atau untuk mencari keadilan daripada pengadilan dunia. Tetapi kita harus meneladani pemazmur dengan datang kepada Tuhan dan menyerahkan segala masalah itu hanya kepada Tuhan.


Tuhan adalah setia dan Dia akan sentiasa bersedia menolong dan melindungi kita dari orang yang bermaksud jahat terhadap kita. Oleh itu jangan takut...


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, mengucap syukur kepada Tuhan kerana kasihMu yang sangat dalam terhadap hidup kita, Engkau adalah sandaran hidup saya, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

bottom of page