Berhati-hati Terhadap Pengaruh yang Jahat
- Komuniti Digital 05

- Jul 18
- 2 min read

“…Malanglah kamu! Kamu seperti kubur tidak bernisan, yang dipijak-pijak orang tanpa disedari.”.......” Lukas 11:44
Yesus berkata kepada kita bahawa orang-orang Farisi bagaikan kuburan yang tersembunyi atau kubur yang tidak kelihatan, di mana orang yang berjalan di atas kubur itu mereka tidak mengetahui bahawa mereka sudah menajiskan diri mereka..
Oleh itu apabila seorang ahli Taurat mendengar apa yang dikatakan oleh Yesus maka ahli Taurat yang sedang berdiri di situ berkata kepada Tuhan Yesus “…Guru, dengan kata-kata-Mu itu Engkau menghina atau menyinggungkan kedudukan kami juga."
Yesus berkata sedemikian kepada orang-orang ahli Taurat kerana kehidupan mereka yang sangat munafik, yang suka menutupi kekejian hati mereka dengan segala macam kepura-puraan dan hidup dalam berbagai macam kepalsuan.
Oleh sebab sifat hidup mereka yang penuh kepuraan-puraan ini maka mereka (orang ahli Taurat) telah menyebabkan orang lain terpengaruh “…iaitu orang mengikuti mereka (ahli Taurat) dengan itu secara tidak langsung mereka telah meresapkan sifat kemunafikan kehidupan ahli Tuarat yang tidak berkenaan di hadapan Allah di dalam hidup mereka…”
Itulah sebabnya Yesus berkata bahawa ahli Taurat digambarkan bagai kubur yang tertutup dengan rumput, yang tidak terlihat. Orang-orang yang berjalan di atasnya tidak sedar bahawa ada kubur di situ, sehingga mereka menyentuh kubur itu akhirnya mereka menjadi najis menurut hukum Taurat."
Dengan itu harus berhati-hati terhadap mereka yang hidup dalam kepura-puraan, seakan-akan mereka hidup sangat suci, namun di dalam hati mereka penuh dengan kepura-puraan. Oleh itu, kita harus hidup akrab dengan Tuhan agar kehidupan orang yang penuh kepalsuan itu tidak mempengaruhi kehidupan kita.
Doa: Tuhan ajar saya untuk menjalani kehidupan ini dengan penuh hikmat dan kebijaksanaan, agar saya tidak terpengaruh dengan cara hidup yang tidak berkenaan di hadapan-Mu, malah saya akan hidup terus-menerus memuliakan Tuhan. Di dalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin.
Pr Patrick Taie




Comments