top of page

Bernyanyilah dan muliakanlah nama-Nya


“…Bernyanyilah dan muliakanlah nama-Nya; hormatilah dan pujilah Dia!.....” Mazmur 66:2


Pemazmur mengajak semua orang yang ada seluruh negeri, seluruh bumi, seluruh penduduk dunia datang bersorak bagi Allah. Dengan menyanyikan pujian bagi kemuliaan nama-Nya, dan memberikan pujian bagi memuliakan namaNya.


Sebab Dia adalah Tuhan yang layak dipuji oleh semua orang yang ada dibumi ini, oleh itu kita harus memuji Tuhan kerana Dia adalah Tuhan yang baik kepada semua orang dan Dia juga menyediakan semua bangsa dengan pujian.


Itulah sebabnya pemazmur terus memuji Tuhan dengan sepenuh hatinya dan mengerahkan segenap tenaganya untuk melakukannya, agar semua orang diseluruh dunia memuji Tuhan sebab Dia Tuhan yang layak mendapat segala penghormatan.


Bagaimana dengan diri anda pada hari ini? Apakah anda sentiasa memuji Tuhan selama ini? Sebab ada kuasa didalam memuji Tuhan, dan pujian kita juga akan menggerakkan Roh Tuhan berkerja.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon agar Tuhan memberikan saya roh yang sentiasa memuji namaMu. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

Related Posts

See All

Dia Tuhan Yang Tidak Pernah Berubah

“...Tetapi Engkaulah Allah yang sudi mengampuni, yang pengasih dan penyayang, yang panjang sabar dan berlimpah kasih setia-Nya. Engkau tidak meninggalkan mereka....” Nehemia 9:17b Oleh kerana mereka t

コメント


bottom of page