top of page

Berpegang Kuat Pada Matlamat Hati Kita

ree

'Orang yang di hadapannya memarahinya dan menyuruhnya diam, tetapi dia semakin kuat berseru, “Anak Daud, kasihanilah aku!” ' (Lukas 18:39) AVB


Oleh kerana keinginan hati orang buta itu akan kesembuhan daripada Tuhan Yesus, maka dia dengan hati yang sungguh-sungguh berseru kepada Yesus tanpa memperdulikan kemarahan orang ramai terhadap dirinya. Dia tetap berseru kepada Tuhan tanpa malu dan takut terhadap orang banyak kerana dia mahu melihat.


Semakin orang ramai memarahi dirinya (orang buta itu), semakin dia berseru dengan lebih nyaring memanggil nama Yesus untuk berbelaskasihan terhadap dirinya. Kemarahan orang ramai tidak sekali-kali membuat dia takut atau berhenti berseru kepada Yesus.


Kemarahan orang ramai terhadap orang buta itu tidak sedikit pun mematahkan semangatnya untuk terus-menerus berseru kepada Tuhan Yesus. Sebab orang buta itu hanya memiliki satu matlamat dalam hatinya yang ingin dicapai, iaitu memperoleh kesembuhan daripada Tuhan Yesus.


Demikian juga dengan diri kita pada hari ini. Sekiranya kita berpegang kuat pada matlamat yang ada dalam hati kita, maka rebut atau ombak hidup ini tidak dapat memadamkan usaha kita untuk mendapatkannya. Oleh itu marilah kita berpegang pada matlamat kita dengan teguh.


Doa: Tuhan, Engkaulah kekuatan hatiku. Kepada-Mu aku berserah untuk pertolongan. Oleh itu kuatkanlah hati aku untuk berusaha berlari ke arah-Mu. Di dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa, amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page